26/02/2020
Perbezaan Antara Cocoa Powder Dengan Chocolate Powder
Sebenarnya, serbuk koko ataupun Cocoa Powder adalah bahan yang selalu digunakan untuk membuat pelbagai dessert. Hal ini kerana serbuk coklat ataupun Chocolate Powder sangat jarang berada di kedai bakery dan tak semua kedai ada.
Kebanyakan Chocolate Powder ni mahal sikit harganya berbanding Cocoa Powder. Perbezaan rasa chocolate powder lebih lighter, tidak sekuat coco powder. Namun kedua-duanya tetap mempunyai rasa yang sedap!
Cocoa powder atau serbuk koko dihasilkan apabila cacao liqour ditekan untuk mengasingkan mentega koko. Ia menghasilkan serbuk yang tidak manis dan sangat halus.
Serbuk koko boleh terdapat dalam dua jenis yang berbeza tau. Semulajadi dan Dutched. Serbuk koko semulajadi mengekalkan tahap asid cacao manakala Dutched p**a dineutralkan dengan campuran kimia alkali.
Hasilnya, koko Dutched kurang berasid dan mempunyai warna yang lebih gelap serta rasa yang ‘mellow’.
Kebaikan Cocoa Powder kepada diri kita:
1) Bukan Penyebab Kegemukan
Likur koko mengandungi zat yang dapat menghalang pencernaan dan penyerapan lemak yang menyebabkan kegemukan.
2) Mengawal Kencing Manis
Kandungan antioksidan polifenol di dalam koko membantu menghalang penyakit kencing manis. Coklat diabetik sesuai untuk penghidap penyakit diabetes menggunakan 10% pes koko, 25% lemak koko.
3) Baik Untuk Jantung
Koko adalah makan yang kaya dengan antioksidan flavanoids yang dapat mengurangkan risiko atherisclerosis serta mengurangkan kematian berpunca daripada penyakit koronari jantung.
4) Benteng Kerosakan Gigi
Koko mengandungi tannin iaitu sejenis bahan yang bertindak sebagai benteng kerosakan gigi kerana menghalang pembiakan bakteria yang membentuk plak dan asid di dalam mulut.
5) Baik Untuk Kulit
Lemak koko megandungi 34 hingga 36% asid oleik yang boleh bertindak sebagai perapi, 31 hingga 35% asid stearik yang berupaya melembapkan kulit dan vitamin E yang bertindak sebagai antioksidan.
Contoh brand Cocoa Powder yang berada di pasaran dan juga kedai bakery di Malaysia:
Van Houten
Beryls
Cocoa Barry
Hershey
Delfi
Dr. Oetker
Pada sebuah kajian, dinyatakan bahawa coklat dapat mengelakkan seseorang terkena penyakit kardiovaskular.
1) Mengelakkan diabetes dengan memperbaiki rintangan insulin.
2) Melancarkan aliran darah.
3) Menurunkan tekanan darah.
4) Meningkatkan HDL (high-density lipoprotein) yang juga dikenali sebagai kolesterol baik.
Contoh brand Chocolate Powder yang berada di pasaran dan juga kedai bakery di Malaysia:
Callebout
Barry
Beryls