07/10/2022
Retinol adalah sejenis Vitamin A yang digunakan untuk merawat pelbagai masalah kulit. Penambahan Retinol dalam skincare terbukti membantu mempercepatkan proses penukaran sel kulit baru. Disebabkan itu pada awal penggunaan retinol, anda mungkin akan mengalami pengelupasan pada permukaan kulit, proses ini akan membantu memperbaiki tekstur, dan tona kulit. Bukan itu sahaja, Retinol juga mampu memudarkan garis-garis kedutan, mencerahkan bintik-bintik gelap atau jeragat serta kesan jerawat.
Tapi boleh ke guna retinol untuk kecilkan pori-pori? Liang pori kita tidak boleh mengecil atau membesar, tetapi apabila kita tambah rutin pakai retinol dalam skincare, kita wajib untuk kukuhkan asas penjagaan kulit wajah iaitu pencuci, pelembap, hydration toner/mask serta sunscreen. Penggunaan retinol secara konsisten mampu untuk meningkatkan pengeluaran kolagen kulit, serta mengurangkan pengeluaran sebum/minyak, jadi pori-pori anda akan lebih tampak mengecut kerana lebihan sebum telah disingkirkan.
Sekiranya anda nak tambah retinol dalan skincare, pastikan anda jaga kelembapan serta hydration kulit untuk elakkan kulit jadi terlalu kering.
Perhatian: Retinol tidak sesuai oleh wanita mengandung dan menyus**an bayi.
Jon sertai telegram group https://bit.ly/JardinSkincareEst untuk bertanyakan tentang masalah kulit anda.