21/06/2026
SIAPA BOLEH JADI JURU URUT
1. Mesti ada minat. Boleh belajar secara formal. Ada minat lebih tekun belajar.
2. Rajin. Bila ada kerajinan. Dah ada ilmu. Selalu buat latoh tubi untuk asah kemahiran.
3. Guru. Belajar sesuatu ilmu. Mesti ada guru supaya tak tersasar. Ada orang betul boleh dirujuk.
4. Duit. Duit penting tapi elak kerja urut asal boleh ketika nampak peluang duit. Do the best service. Ada Keberkatan. Dimudahkan jalan.
5. Betulkan niat. Buat kerja urut bukan senang. Kena ikhlas. Kita uruskan orang yang sakit, lemah dan perlukan sokongan emosi dan fizikal.
6. Ilmu penting. Usah hanya berharap hanya ilmu urut sahaja. Belajar juga ilmu bisnes, marketing, closing sales, urus wang keluar masuk, perundangan dan banyak lagi ilmu perlu topup selalu.
7. Faham Anatomi dan fisiologi. Tanpa faham ilmu ini kita umpama hanya urut tanpa ilmu diagnosis dan urutan yang sesuai dengan masalah tubuh seseorang. Lain orang. Lain urusnya. Bukan semua sama.
8. Ubah diri. Jangan sombong ketika sedang belajar. Lembutkan hati. Hati yang lembut dan lunak mudah terima ilmu dan jadikan diri lebih baik. Tindakan yang betul hasilkan result.
9. Ubah mind set. Cara berfikir menentukan siapa diri kita di masa depan. Ubah fikiran menjadi orang yang positif melihat kejayaan diri. Urut orang bukan kerja sahaja, ia adalah ibadah. Dalam ibadah boleh dapat rezeki yang baik dan halal.
10. Siap sedia dengan cabaran. Ini normal bagi dalam berniaga. Tanpa ilmu, tanpa strategi. Seseorang pun akan kalah dalam perang. Siapkan perisai. Always get ready.
11. Simpan duit. Dalam duit bisnes meti pandai urus duit keluar masuk. Semua perlu direkodkan dengan betul. Simpan duit untuk pusingan modal.
Nak belajar lagi tentang urus bisnes spa, mobile spa? Say 'Ya'