02/10/2026
π²πΎπΏ SAMBUTAN BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA πΏπ²πΎ
π SMK Methodist Sibu
π
30 September 2026
Meriah dan penuh warna-warni! π Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera di SMK Methodist Sibu berlangsung dengan penuh keceriaan, menghimpunkan warga sekolah, agensi kerajaan, institusi pendidikan serta pelbagai rakan strategik dalam usaha memupuk budaya hidup sihat dan sejahtera.
β¨ MAJLIS PENUH KEMERIAHAN
Majlis dimulakan dengan ketibaan Yang Berusaha Puan Siti Suryani binti Jarmi, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, diikuti nyanyian Lagu Negaraku, Sarawak Ibu Pertiwi dan Lagu Sekolah, bacaan doa serta persembahan 7 Langkah Cuci Tangan Berirama daripada TITISAN ART DANCE TROUPE SMK Methodist. πΆπ
Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian dan gimik perasmian, yang turut menceriakan suasana sambutan. β¨
π PENGHARGAAN & PENCAPAIAN
Kemuncak program diserikan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang:
π¨ Pertandingan Melukis Poster
β»οΈ Pertandingan Kitar Semula
π Pertandingan Senamrobik
π₯ Pertandingan Video Tujuh Langkah Mencuci Tangan Berirama
Turut diadakan penyampaian cendera kenangan kepada Pengetua SMK Methodist serta Pegawai Pendidikan Daerah Sibu sebagai tanda penghargaan atas kerjasama dan sokongan yang diberikan.
π₯ PAMERAN KESIHATAN & KESEJAHTERAAN
Antara tarikan utama program ialah pameran yang menghimpunkan pelbagai unit, agensi dan rakan strategik, antaranya:
πΉ Kelab Doktor Muda SMK Methodist
πΉ Seksyen Pembangunan dan Kesihatan Keluarga
πΉ Entomologi & Pest
πΉ Unit Pemakanan
πΉ Unit Kualiti dan Keselamatan Makanan
πΉ Unit Kaunseling
πΉ Unit Fisioterapi
πΉ Pejabat Farmasi Bahagian Sibu
πΉ Pejabat Pergigian Bahagian Sibu
πΉ Unit Inspektorat dan Perundangan
πΉ Unit STD dan HIV/AIDS
πΉ Unit Kawalan Infeksi
πΉ Universiti Teknologi Sarawak
πΉ Kolej Laila Taib
πΉ Amanah Saham Berhad
πΉ Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu
πΉ Askar Wataniah
πΉ Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Sibu
π Program ini bukan sahaja menjadi platform untuk menyampaikan informasi dan perkhidmatan berkaitan kesihatan, malah berjaya mewujudkan suasana ceria, interaktif dan penuh semangat kebersamaan antara warga sekolah, komuniti serta pelbagai agensi yang terlibat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera. π
π± Bersama Membudayakan Hidup Sihat, Demi Malaysia yang Lebih Sejahtera! π²πΎπ