PMG Medical Clinic - Sibu Pedada

PMG Medical Clinic - Sibu Pedada General Practitioner under Public Medicare Group Sdn Bhd (PMG) that provides affordable, friendly, professional, and comprehensive healthcare services to all.

Your Perfect Healthcare Partner!

14/07/2026

Hypothyroidism is when your thyroid gland doesn’t make enough of certain key hormones. Symptoms to watch for: https://wb.md/4grqbh1

13/05/2026

Selama bertahun-tahun, ramai wanita dengan PCOS disuruh “turunkan berat badan”, “jaga makan”, “nanti kahwin okeylah”, atau dianggap cuma ada masalah cyst.

Sedangkan badan mereka sedang bergelut dengan hormon, insulin, haid tidak teratur, jerawat, bulu berlebihan, rambut gugur, masalah kesuburan, emosi dan risiko metabolik.

Kini PCOS dinamakan semula sebagai PMOS, Polyendocrine Metabolic Ovarian Syndrome.

Nama baharu ini lebih tepat kerana ia tidak lagi buat orang fikir masalah ini cuma tentang cyst pada ovari.

Ia adalah keadaan hormon dan metabolik yang kompleks, dan boleh memberi kesan besar kepada kehidupan seorang wanita.

Yang paling penting, ini bukan salah wanita itu.

Bukan sebab dia malas.
Bukan sebab dia tak jaga diri.
Bukan sebab dia “mengada”.

Kadang-kadang nama yang salah boleh buat diagnosis lambat. Bila diagnosis lambat, rawatan lambat. Bila rawatan lambat, seseorang itu hidup bertahun-tahun menyalahkan diri sendiri.

Jadi kalau selama ini anda ada PCOS, dan rasa macam orang tak pernah benar-benar faham apa yang badan anda lalui, semoga nama baharu PMOS ini membuka ruang untuk lebih ramai doktor, keluarga dan masyarakat melihat keadaan ini dengan lebih adil.






Nota fakta: Penamaan semula PCOS kepada PMOS diumumkan pada Mei 2026, selepas usaha global lebih sedekad dan diterbitkan dalam The Lancet. Ia bertujuan mengurangkan kekeliruan bahawa keadaan ini hanya berkaitan “cyst”, sedangkan ia melibatkan aspek hormon dan metabolik yang lebih luas. 

12/04/2026

不是你一睡不好,
就一定是缺 Magnesium

这阵子,
Magnesium 很红。

睡不好,讲Magnesium。
容易累,讲Magnesium。
抽筋、情绪差、migraine,
还是讲Magnesium。

讲到最后,
好像只要人不舒服一点,
都可以往Magnesium身上放。

但先讲一句重点:

不是你一睡不好,
就一定是缺Magnesium。



Magnesium当然重要。

它不是最近才突然有用,
而是以前很多人没认真注意它。
神经、肌肉、心脏、骨骼、血糖调节,
甚至身体里300多种化学反应,
都跟它有关系。

所以,
它重要,这个无可否认。

问题是现在很多人把它听到太神了。



好像你睡不好,
就是缺Magnesium。
你累,就是缺Magnesium。
你脚抽筋,就是缺Magnesium。

现实没有这样简单。

因为这些症状,
本来就可以有很多原因。

睡不好,
👉🏻可能是压力大。
👉🏻可能是焦虑。
👉🏻可能是咖啡喝太多。
👉🏻可能是作息乱。
👉🏻可能是晚上手机滑到太迟。

不是每一个失眠的人,
最后都能靠一粒supplement 救回来。



那Magnesium deficiency会不会有症状?

会。

如果真的不够,
可能会有:
✔️容易累
✔️没胃口
✔️恶心
✔️手脚麻
✔️肌肉抽筋
✔️严重时甚至心律不整

但问题就在这里,

这些表现,
不是Magnesium deficiency专属。

很多别的情况,
也会让你有一样的感觉。

所以不是你一有症状,
就自己下结论:
“啊,我一定是缺Magnesium。”



那为什么最近这么多人一直在讲它?

因为有些研究发现,
如果一个人本来就缺Magnesium,
补回去以后,
某些方面可能真的会改善。

例如:
✔️血压
✔️睡眠
✔️情绪
✔️migraine
✔️血糖控制
✔️便秘

但要讲老实话:
不是每一种效果,证据都很强。

有些研究样本不大,
有些结果也不完全一致。
所以Magnesium不是神药,
不是你只要不舒服就先吞一粒看看。



尤其“帮助睡眠”这一点,
很容易被讲到太夸张。

是,
有些研究提到,
Magnesium supplementation可能帮助
某些人比较快入睡,
也可能让睡眠时间变长。

但这个不等于:

每一个睡不好的人,
都是缺Magnesium。

而且现在市面上的 Magnesium,
也不是只有一种。

🌟Magnesium citrate,
很多人拿来帮助排便。

🌟Magnesium glycinate,
常常被拿来主打sleep 和 anxiety。

🌟Magnesium oxide,
也常见在便秘或消化不适的产品里。

所以不是看到 “Magnesium” 这几个字,
就以为全部都一样。



还有一个重点很多人会忽略:

不是每个人都需要补 Magnesium supplement。

如果你平时饮食还可以,
有吃绿叶菜、豆类、坚果、种子、全谷类这些,
很多时候其实已经拿到不少 Magnesium。

换句话讲,

有些人不是缺supplement。
是缺一个比较正常的饮食习惯。

平时三餐乱吃,
蔬菜很少,
外食很多,
睡眠又乱,
压力又高。

然后身体一出问题,
就想靠保健品一次过补回来。



如果你真的想补,
也不是完全不能。

但不要把supplement当糖果吃。

因为Magnesium 吃多了,
最常见的副作用就是:
👉🏻腹泻
👉🏻恶心
👉🏻呕吐

如果肾功能不好,
更要小心。
因为身体排不掉太多Magnesium,
严重时可能会肌肉无力,甚至呼吸困难。

而且它也可能和某些药物互相影响。

所以不要看到别人说:

“我吃了比较好睡。”
“我吃了精神比较稳。”

你就直接跟风。

别人适合,
不代表你也适合。



讲到底,

Magnesium不是没用。
它是真的重要。

但它最怕的,
不是被忽略。

而是现在被讲到太万能。

很多时候,
身体给你的问题,
不是在提醒你缺某一种保健品。

而是在提醒你,
你是不是已经太久没有好好吃饭,
好好睡觉,
好好照顾自己了。

Dr Chris 秦医生|急诊医生

Planning to lose weight but not sure which to choose or how? Kindly visit PMG Clinic Sibu Pedada to consult for further ...
23/03/2026

Planning to lose weight but not sure which to choose or how? Kindly visit PMG Clinic Sibu Pedada to consult for further information.

19/03/2026

WE ARE STILL OPEN
🌙 Hari Raya Aidilfitri Opening Notice 🌙
Good news! Our clinics will remain OPEN during Hari Raya Aidilfitri and will be operating as usual. All appointments and treatments will proceed as scheduled without interruption.

Wishing you and your loved ones a Selamat Hari Raya Aidilfitri! ✨

13/02/2026

🧧 Chinese New Year Opening Notice 🧧

Good news! All our clinics are open during Chinese New Year and operating as usual. Appointments and treatments will proceed as scheduled.

Wishing everyone a happy & healthy CNY 🧧✨

12/02/2026

Feeling a little anxious today? Here are a few natural ways you can try to manage it: https://wb.md/4aaik3Z

11/01/2026

Lepas pakai hand sanitizer, terus pegang resit? Adakah ia sesuatu yang baik?

Pernah tak buat macam ni?

Masuk kedai, picit sanitizer, gosok tangan sampai kering, lepas tu bayar dan AMBIL RESIT.

Kemudian selit resit tu dalam dompet atau poket seluar.

Nampak bersih. Nampak selamat.

TAPI ANDA SILAP BESAR.

Tanpa sedar, anda baru saja membuka "pintu pagar" kulit anda seluas-luasnya untuk bahan kimia berbahaya masuk terus ke saluran darah!

Apa Benda Putih Licin Pada Resit Tu?
Itu bukan kertas biasa. Itu THERMAL PAPER.

Ia disalut dengan bahan kimia Bisphenol A (BPA) supaya tulisan timbul bila kena haba.

Masalahnya, BPA pada resit ini bersifat "Bebas" (Free Monomer). Ia tak melekat kuat, ia cuma "tumpang lalu".

Kenapa Kombinasi "Sanitizer + Resit" Ini MERBAHAYA?

Kajian Universiti Missouri membuktikan fakta yang menakutkan:
Bila tangan anda ada alkohol (Sanitizer) atau berminyak (Losyen/Makan Ayam Goreng)
1. Kulit anda hilang lapisan pelindung minyak semula jadi.
2. Liang roma kulit menjadi "Span".
3. BPA dari resit diserap masuk 100 KALI GANDA LEBIH PANTAS ke dalam darah!


Risiko Jangka Masa Panjang (Jangan Main-Main):
BPA adalah Endocrine Disruptor (Pengganggu Hormon). Ia "menyamar" jadi hormon Estrogen dalam badan.
Kesan kumpul sikit-sikit lama-lama?
❌ Gangguan kesuburan (Sperma & Telur merosot).
❌ Risiko obesiti & Diabetes.
❌ Risiko Kanser berkaitan hormon (Payudara/Prostat).

Apa Patut Anda Buat Sekarang?
✅ Katakan TIDAK: Kalau juruwang tanya "Nak resit?", jawab TAK NAK (kecuali resit penting waranti/claim).

✅ Minta e-Resit: Gunakan teknologi. Selamatkan pokok, selamatkan hormon.

✅ Cuci Tangan: Jika terpaksa pegang, jangan makan terus! Basuh tangan dengan sabun untuk buang sisa BPA.

✅ Asingkan Dompet: Jangan campur resit dengan duit kertas. BPA boleh berpindah (cross-contamination).

Malam ni,
cuba cek dompet korang sekarang.
Kalau tebal sebab duit takpe.
Tapi kalau tebal sebab simpan resit tahun lepas, BUANG SEKARANG!

Jangan simpan "racun" dekat dengan pangkal rahim atau alat sulit anda (dalam poket seluar).

Tag kawan korang yang dompet dia penuh sampah resit. Selamatkan dia!

08/01/2026

You've probably heard that eggs are a great way to get protein. But lots of other foods, from chickpeas to h**p seeds, offer just as much or more. https://wb.md/49rX2x6

02/01/2026

Aku makan sikit dah, tapi berat tak turun.

Ayat ni selalu keluar bila anda dah mula kawal nasi, dah kurang manis, dah cuba tahan nafsu, tapi nombor atas penimbang macam tak ada perasaan.

Benda yang ramai tak sedar: berat badan bukan sama dengan lemak badan.
Penimbang cuma kira keseluruhan. Lemak, air, makanan dalam perut, otot, hormon, bahkan sembelit pun boleh masuk sekali.

Jadi bila berat “stuck”, itu tak semestinya anda tak progress. Cuma penimbang sedang cerita benda yang anda tak nampak.

Ini antara punca paling biasa kenapa “makan sikit” tapi berat tak turun:

1) “Makan sikit” tapi kalori tetap tinggi
Sikit di mata, besar di kalori. Sambal berminyak, kuah pekat, keropok “dua tiga keping”, kacang “sambil lalu”. Semua tu kecil, tapi power.

2) Minuman yang nampak innocent
Kopi susu, teh tarik kurang manis, jus, yogurt drink, air berperisa. Anda rasa tak makan pun, tapi badan kira.

3) Hujung minggu yang merosakkan 5 hari baik
Isnin sampai Jumaat kemas. Sabtu Ahad jadi “reward”. Akhirnya purata seminggu balik ke asal. Ini paling ramai terlepas pandang.

4) Bila diet, badan automatik jadi lebih jimat
Anda tak sedar anda bergerak kurang. Jalan makin pendek, banyak duduk, cepat penat. Ini dipanggil “NEAT” turun. Kalori keluar jadi kecil tanpa anda perasan.

5) Tidur dan stres buat badan pegang air
Kurang tidur dan stres boleh buat selera naik, craving naik, dan badan simpan air. Anda rasa “tak makan pun”, tapi baju rasa ketat sebab air.

6) Garam tinggi, berat naik sementara
Makan sup, mi, makanan proses, kicap, sos. Esoknya berat boleh naik 1–2 kg sebab air. Bukan lemak, tapi anda terus down.

7) Anda mula bersenam, otot simpan glycogen
Bila mula workout, otot simpan tenaga dan air. Penimbang tak turun, tapi badan sebenarnya tengah “restructure”. Kadang pinggang mengecil dulu, baru berat turun.

8) Sembelit dan “food volume”
Anda makan kurang kalori, tapi kalau kurang serat dan air, najis terkumpul. Timbang pun jadi tak adil.

9) Ubat dan keadaan hormon tertentu
Sesetengah ubat, masalah tiroid, PCOS, atau isu hormon boleh ganggu berat. Ini bukan salah anda.

Kalau anda nak “buka misteri” dengan cara paling jujur, cuba 3 langkah ini selama 7 hari:

Langkah 1: Jejak realiti 3 hari sahaja
Ambil gambar semua yang masuk mulut. Termasuk minuman, sos, snek kecil. Bukan untuk menghukum, untuk nampak pola.

Langkah 2: Naikkan protein dan serat
Protein buat anda kenyang lama. Serat buat perut rasa stabil dan bantu lawas. Ini senjata paling tenang untuk kurangkan craving.

Langkah 3: Tambah pergerakan yang tak nampak
Bukan perlu gym pun. Tambah langkah, berdiri lebih, naik tangga, kemas rumah. Benda kecil ini yang paling konsisten bakar kalori.

Dan tolong ingat satu benda:
**Kalau anda hanya percaya penimbang, anda akan rasa gagal walaupun sebenarnya anda sedang berubah.**
Kadang yang perlu diukur ialah pinggang, tenaga, tidur, selera, dan baju yang makin longgar.

Bila patut anda check dengan doktor?
Kalau berat naik mendadak tanpa sebab, cepat letih, rambut gugur teruk, haid jadi tak teratur, berdebar, atau ada ubat yang baru dimulakan. Biar jelas puncanya, supaya anda tak berperang dengan badan sendiri.

Akhirnya, ayat yang paling ramai perlu dengar:
Anda bukan “tak disiplin”. Anda cuma belum jumpa punca yang sebenar.
Penimbang bukan hakim. Penimbang cuma alat.

Pernah tak anda diet elok-elok, tapi berat tetap degil? Apa yang paling buat anda rasa down masa itu?

Address

G/F, No 97, Lot 2797, Block 4, Sungai Merah Town District , Jalan Drive Wong Soon Kai
Sibu
96000

Opening Hours

Monday 08:00 - 15:00
18:30 - 20:30
Tuesday 08:00 - 15:00
18:30 - 20:30
Wednesday 08:00 - 15:00
18:30 - 20:30
Thursday 08:00 - 15:00
18:30 - 20:30
Friday 08:00 - 15:00
18:30 - 20:30
Saturday 08:00 - 15:00
18:30 - 20:30
Sunday 08:00 - 15:00
18:30 - 20:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PMG Medical Clinic - Sibu Pedada posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share