16/09/2026
Day 2: Pemeriksaan Kesihatan Percuma di Perkarangan Stadium MPM 🩺❤️
Hari kedua, kami turun sebelah petang p**a, dari 5.30 hingga 6.30 petang.
Seronok tengok ramai golongan belia yang sangat ambil berat tentang kesihatan. Habis kerja, masih gigih datang jogging dan bersenam sekejap. Walaupun penat bekerja, tetap luangkan masa untuk diri sendiri. Kagum kami tengok semangat mereka! ❤️
Bersenam secara konsisten boleh membantu menjaga kesihatan jantung, mengawal gula dan tekanan darah serta membantu pengurusan berat badan bersama pemakanan yang sesuai. Kalau baru nak mula, cuba luangkan 20 minit, tiga kali seminggu dahulu. Kemudian tambah sedikit demi sedikit mengikut kemampuan. Yang penting, mula dan teruskan. 💪
Terima kasih kepada semua yang singgah untuk pemeriksaan hari ini!
Esok program kita berehat sehari sempena Hari Malaysia 🇲🇾
Kita jumpa semula pada Khamis, 17 September, pukul 8.00–9.00 pagi, di perkarangan Stadium MPM.
Jumpa di sana! 😊
Farmasi i-SIHAT fans