Farmasi Ahmad Slim River

Farmasi Ahmad Slim River Farmasi Ahmad rakan kesihatan anda. Dibuka setiap hari termasuk cuti umum dari 9 pagi - 10 malam.

Farmasi Ahmad "KAMI BERKHIDMAT UNTUK ANDA SEKELUARGA" dibuka setiap hari dari 9pg-10mlml termasuk cuti umum serta memastikan kesihatan anda sentiasa terpelihara. Ahli farmasi dan pembantu farmasi kami akan menjelaskan cara pengambilan ubat yang betul untuk memaksimumkan keberkesanan ubat kepada pesakit. Kedai farmasi terletak di tingkat bawah, menyediakan pelbagai jenis barangan farmaseutikal. Ter

masuk:

-Vitamin
-Makanan Kesihatan
-Makanin Kesihatan Traditional
-Produce Bayi
-Produk Penjagaan Kulit
-Produk Kebersihan mulut
-Pembalut Pembedahan
-Alat diagnostik

Rendang dah masak, baju raya dah siap, tapi ubat gastrik atau ubat darah tinggi dah habis? Alamak! 😱Relaks... jangan 'pa...
17/03/2026

Rendang dah masak, baju raya dah siap, tapi ubat gastrik atau ubat darah tinggi dah habis? Alamak! 😱

Relaks... jangan 'panic' dulu. Farmasi Ahmad Slim River kan ada! πŸ˜‰
Kami faham musim raya ni macam-macam boleh jadi. Terlebih makan la, cuaca panas la... sebab tu kami buat keputusan untuk KEKAL BUKA bagi memudahkan urusan anda semua.

Sama ada anda perlukan:
βœ… Ubat-ubatan asas (demam, sakit perut, ubat tahan sakit)
βœ… Kit bantuan kecemasan
βœ… Konsultasi kesihatan segera

Kesihatan anda keutamaan kami, tak kira hari biasa atau hari raya.
πŸ“ Singgah ke Farmasi Ahmad Slim River sekarang atau hubungi
kami

untuk sebarang pertanyaan:
πŸ‘‰ 018-230 6211 (WhatsApp)
πŸ‘‰ 05-360 8981 (kedai)

"Ingat Farmasi Ahmad Slim River, baru tenang nak beraya!" πŸŒ™βœ¨

πŸ“£ JAWATAN KOSONG PART-TIME!Kami sedang mencari PEMBANTU FARMASI (PEREMPUAN) yang berumur 18-30 tahun untuk sertai pasuka...
12/09/2025

πŸ“£ JAWATAN KOSONG PART-TIME!
Kami sedang mencari PEMBANTU FARMASI (PEREMPUAN) yang berumur 18-30 tahun untuk sertai pasukan kami di Farmasi Ahmad, Slim River! πŸ’Šβœ¨

βœ… Kelayakan minima: SPM
βœ… Keutamaan kepada lepasan Diploma Farmasi
βœ… Boleh kerja berikut jadual shift dan hujung minggu
βœ… Berdisiplin & berakhlak baik

πŸ“ Lokasi: Farmasi Ahmad, Slim River
πŸ“„ WAJIB sediakan resume!
πŸ“§ Email ke: [email protected]
πŸ“² WhatsApp: 013-288 5116

πŸ‘‰ Jangan lepaskan peluang ini! Tag rakan yang sesuai atau mohon sekarang! πŸ’Ό

27/09/2024

Psoriasis adalah sejenis penyakit keradangan kulit kronik yang boleh berulang, di mana kulit menjadi merah, tebal dan bersisik. Komplikasi psoriasis boleh melibatkan radang pada sendi dikenali sebagai β€œpsoriatic arthritis”. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi.

Lakukan pemeriksaan di fasiliti kesihatan bagi membolehkan penilaian keadaan dan rawatan awal yang sesuai dimulakan.



26/09/2024

Ahli farmasi merupakan individu terlatih dengan pengetahuan khusus dan mendalam berkaitan ubat-ubatan.

Tugas ahli farmasi tidak terhad di kaunter farmasi sahaja, bahkan turut melibatkan pelbagai bidang termasuk bidang pengurusan, regulatori, penguatkuasaan, industri farmaseutikal, farmasi komuniti, fasiliti kesihatan swasta, akademia, militari dan maritim.

Jom jadikan ahli farmasi sebagai rakan ubat anda!



25/09/2024

πŸ“’ Pengumuman Penting! πŸ“’

Kami ingin memaklumkan kepada semua pelanggan tentang waktu operasi kedai kami:

πŸ•’ Isnin - Jumaat: 09:00AM - 10:00PM

πŸ“ Alamat Kedai: 22, Jalan Mahsuri, Taman Wira Baru, 35800 Slim River, Perak
https://maps.app.goo.gl/SjRJ9DzznP6AczFD6

Jangan ragu untuk mengunjungi kami di Farmasi Ahmad Slim River pada waktu operasi yang telah dinyatakan. Kami menantikan kehadiran anda!

25/09/2024

πŸ“Œ Dengarkan temu bual bersama Dr Mohd Izzar Anwari bin Abdul Khani, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kawalan Penyakit, KKM hari ini.

Platform: TV Alhijrah πŸ“»
Tarikh: 25 September 2024 (Rabu) πŸ—“οΈ
Masa: 9.00 Pagi
Topik: Bahaya Wabak MPOX (Monkeypox)



24/09/2024

πŸ“Œ Seharian di tempat kerja kadangkala menyebabkan pekerja berasa mudah stress dan kepenatan.

πŸ’ͺ😍 Jom kita lakukan bersama tip seperti yang dikongsikan ini sebagai panduan untuk kita meningkatkan flesibiliti diri terutamanya dalam melakukan aktiviti yang boleh menyumbang kepada produktiviti ketika bekerja.



23/09/2024

Semasa membeli bahan makanan di kedai runcit ataupun pasar raya, kita diingatkan agar sentiasa membeli secara selamat πŸ‘πŸ»

Kita juga disarankan untuk merancang urusan pembelian barangan terutamanya barangan mentah πŸ₯•πŸ₯šπŸ— sama ada kering mahupun basah. Ianya penting agar tidak berlakunya percampuran di antara bahan mentah kering dan basah sehingga boleh mengakibatkan keracunan makanan.

‼️ Jom ikuti tip membeli bahan makanan secara selamat



20/09/2024

⚠️ Kanser mulut merupakan ketumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut.

πŸ”Ž Lakukan pemeriksaan mulut kendiri.

Pengesanan dan rawatan awal dapat mencegah berlakunya hilang upaya yang teruk dan dapat meningkatkan kualiti kehidupan pesakit.



19/09/2024
18/09/2024

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang meningkatkan pengawasan dan aktiviti advokasi mengenai mpox selepas WHO mengisytiharkan mpox sebagai kecemasan kesihatan awam yang menjadi kepentingan antarabangsa.

KKM ingin menasihati individu yang mempunyai sejarah aktiviti berisiko dan mengalami gejala seperti ruam dan lepuh pada kulit untuk mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan tanpa bertangguh. Elakkan bersentuhan secara langsung dengan individu yang dijangkiti dan segera cuci tangan sekiranya tersentuh objek yang tercemar.

Langkah pencegahan kesihatan awam perlu diamalkan bagi mengelakkan penularan jangkitan mpox.



Address

No. 22, Jalan Mahsuri, Taman Wira Baru
Slim River
35800

Telephone

+60132885116

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Farmasi Ahmad Slim River posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Farmasi Ahmad Slim River:

Share