Nusrah Care

Call Directions Website Contact the business

Nusrah Care Nusrah Care adalah produk bidara yang diformulasi oleh Pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Nusrah. " Customer Service is our Top Priority "

Nusrah Care adalah produk bidara keluaran Pusat Rawatan Islam Darul Nusrah. Bagi pesakit-pesakit gangguan yang berada jauh dari pusat rawatan, ini adalah alternatif untuk anda dapatkan rawatan secara jarak jauh dengan kami. Insyaallah semua produk bidara Nusrah Care diruqyah khusus mengikut keadaan pesakit. Penafian/Disclameir: Nusrah Care tidak mempunyai wakil jualan, ejen jualan, stokist atau sebagainya, semua produk bidara NUSRAH CARE hanya boleh dibeli melalui pihak kami, jualan hanya melalui online (private messenger/pm), whatsapp dan di pusat rawatan. Ini bagi menjaga kualiti rawatan, tiada penipuan berlaku pada pesakit, memudahkan pihak kami memantau dan membantu pesakit. Nusrah Care memastikan setiap pesakit dibantu sepanjang proses rawatan.

KESAN POSITIF NUSRAH CAREAlhamdulillah atas izin Allah. Perkongsian salah seorang pesakit ustaz yang selalu bantu ahli k...
16/09/2026

KESAN POSITIF NUSRAH CARE

Alhamdulillah atas izin Allah. Perkongsian salah seorang pesakit ustaz yang selalu bantu ahli keluarga nya, semoga Allah berkati usaha beliau & seluruh kehidupan nya dirahmati Allah.

Boleh hubungi ustaz ya, 0105662523

Sebotol 300 ml
RM38 termasuk pos
(Handmade khusus untuk rawatan)

PRODUK BIDARA NUSRAH CARE6 sebab utama sahabat-sahabat yg mengalami gangguan perlu memiliki produk bidara Nusrah Care.1)...
16/09/2026

PRODUK BIDARA NUSRAH CARE

6 sebab utama sahabat-sahabat yg mengalami gangguan perlu memiliki produk bidara Nusrah Care.

1) Sebagai usaha untuk merawat gangguan saka, sihir, histeria yang dialami.
2) Sebagai langkah berjaga-jaga melindungi diri dan keluarga dari diserang kembali gangguan jin (gangguan kerap berulang)
3) Pesakit dapat rawat gangguan dengan lebih mudah, efektif dan tidak perlu berulang ke pusat rawatan. Hanya rawat secara konsisten dirumah.
4) Sesuai digunakan untuk semua peringkat umur dan sesiapa sahaja bukan hanya untuk pesakit gangguan.
5) Sebagai pilihan untuk berubat gangguan jin dan rawat secara jarak jauh, tanpa perlu datang ke pusat rawatan.
6) Semua produk bidara Nusrah Care diformulasi khas bagi merawat/mengubati gangguan jin. Terdapat 4 produk Nusrah Care iaitu mandian bidara, balm bidara, roll on bidara dan travel kit (gabungan minyak pati bidara dan wangian kasturi)

*setiap pembelian produk Nusrah Care dipantau dan dikawal selia oleh ustaz sendiri. Pesakit-pesakit ustaz boleh hubungi ustaz utk sebarang pertanyaan berkaitan gangguan.

âś…Whatsapp: www.wasap.my/60105662523/NusrahCare/

Apa perlu dilakukan bila diri kita ada simptom gangguan saka?1. Mulakan rawatan bagi melindungi diri dan rawat kesakitan...
16/09/2026

Apa perlu dilakukan bila diri kita ada simptom gangguan saka?

1. Mulakan rawatan bagi melindungi diri dan rawat kesakitan yang dialami akibat saka.

2. Rawat menggunakan rawatan ruqyah yang benar-benar mengikut landasan agama. Cari ilmu, Jaga Akidah!

3. Buang dan matikan semua alatan pusaka yang ada kaitan dengan saka.

4. Tinggalkan amalan atau ayat-ayat amalan di terima dari mimpi (walau pun ayat yang di terima itu ayat alquran)

5. Salah satu kaedah merawat gangguan jin adalah mandi ruqyah ( gunakan air dan bahan yang telah dijampi ruqyah) ini saranan dari Rasulullah SAW. Diriwayatkan dari Ibn' Abbas R A, Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Penyakit 'Ain adalah benar-benar wujud. Sekiranya terdapat sesuatu yang mendahului takdir, nescaya 'ain akan mendahuluinya. Sekiranya kamu di minta mandi, maka mandilah.(Hadith Riwayat Muslim no.hadith 5702)

Pesakit-pesakit gangguan boleh gunakan gel mandian bidara ini semasa mandi. Gunakan 2 kali sehari bagi merawat dan melindungi diri dari gangguan jin. Ini salah satu usaha yang boleh kita lakukan bagi membantu ahli keluarga kita yang sakit.

6. Jika ahli keluarga yang lain tidak mahu rawat kerana tidak percaya tentang gangguan saka. Biarkan itu masalah mereka, utamakan isteri dan anak-anak kita dahulu. Fokus pada rawat dan lindungi keluarga kita. Usaha sungguh-sungguh untuk menyekat kemaraan jin ini menganggu keturunan kita.

7. Jangan rasa gusar dan gelisah hingga tinggalkan terus rawatan pd diri kita. Jangan hilang fokus bila mak ayah datuk nenek tidak mahu buang amalan saka, tidak mahu rawat saka. Jika terus memaksa mereka untuk buang tetapi mereka tetap tidak mahu.. buang lah macam mana pun amalan ilmu hitam itu tetap akan berada dalam diri mereka, jin itu tetap bertuan kan mereka. Teruskan rawatan bina benteng pertahanan diri untuk kita dan anak-anak.

8. Sembuh itu hak Allah, yakin pada kekuasaan Allah beri kesembuhan pada kita. Bila akan sembuh? itu atas izin Allah. Jangan stress lebih bersangka baik pada apa yang Allah beri.

16/09/2026

Bkn saja2 nk gelisah,bkn saja2 nk takut bila waktu asar,tak pikir nk serabutkn diri,bkn saja2 nk b'sedih, tp ini kerana gangguan

LEBIH SEGAR !Lebih bertenaga dengan mandian bidara Nusrah Care Boleh hubungi ustaz untuk dapatkannya: 0105662523
15/09/2026

LEBIH SEGAR !

Lebih bertenaga dengan mandian bidara Nusrah Care

Boleh hubungi ustaz untuk dapatkannya: 0105662523

KESAN POSITIF NUSRAH CAREAlhamdulillah atas bantuan Allah SWT pada pesakit ustaz.Semoga Allah beri kesembuhan pada semua...
15/09/2026

KESAN POSITIF NUSRAH CARE

Alhamdulillah atas bantuan Allah SWT pada pesakit ustaz.

Semoga Allah beri kesembuhan pada semua pesakit-pesakit ustaz ya.

KESAN BURUK SIHIR TERHADAP EMOSI & MENTALSihir pada kebiasaannya akan mempengaruhi jiwa dan fikiran mangsa(i) Mangsa men...
15/09/2026

KESAN BURUK SIHIR TERHADAP EMOSI & MENTAL

Sihir pada kebiasaannya akan mempengaruhi jiwa dan fikiran mangsa

(i) Mangsa menjadi resah dan gelisah sehingga tidak boleh tidur malam, sering bermimpi buruk dan mengerikan. Biasanya, mangsa bermimpi dikejar binatang buas atau lembaga berwarna hitam, didatangi atau disengat haiwan berbisa seperti dipatuk ular, kala jengking, mimpi ditikam, dibunuh, atau terasa seperti hendak jatuh dari tempat yang tinggi. Terdapat juga keadaan apabila mangsa bangun dari tidur, beliau mendapati ada tompok lebam berwarna biru kehitaman di bahagian-bahagian tertentu pada tubuh, dan ada juga yang merasa sakit selepas dipatuk ular didalam mimpi.

(ii) Fikiran mangsa menjadi tidak keruan dan berserabut. Kadang-kadang tindakannya terjadi dengan sendiri tanpa dapat dikawal. Mangsa mungkin akan meracau-racau, ketawa mengilai-gilai atau bercakap seorang diri. Lama-kelamaan, mangsa boleh menjadi gila, hilang ingatan, tidak siuman, mereng, kurang rasa malu dan seumpamanya.

(iii) Sentiasa terkenang atau teringat seseorang dan terasa hendak lari dari rumah, sentiasa tercengang-cengang dan lupa, meracau-racau, mata terbeliak, tidak tetap di satu-satu tempat, tidak fokus pada suatu pekerjaan, kerap berjalan waktu
tidur. Biasanya ini adalah satu bentuk sihir untuk menyebabkan mangsa menjadi gila.

(iv) Jika terkena sihir pengasih, antara tandanya perasaan cinta dan sayang yang menggila, merasa terlalu ingin melakukan persetubuhan, tidak dapat menahan sabar ketika melihat isteri atau kekasihnya, melihat perempuan tersebut (yang menyihirnya) sebagai wanita paling cantik, mengikut perintah isteri atau suami membabi buta.

(iv) Terdengar suara atau bisikan yang memanggil atau menyuruhnya melakukan sesuatu seperti memukul seseorang, membunuh orang, membunuh diri sendiri atau bisikan yang mengatakan:"kamu akan mati tidak lama lagi.." dan sebagainya.

Sumber: Prospek Pemakaian Qarinah & Pendapat Pakar Dalam Pembuktian Jenayah Sihir, Universiti Malaya.

15/09/2026

Orang yang mengasihi walaupun hanya ke atas 'asfour' (burung kecil), Allah akan mengasihinya di hari kiamat nanti"

(Mafhum hadis riwayat Al-Bukhari)

TIDUR LEBIH INDAH DENGAN NUSRAH CAREUstaz kongsikan tanda-tanda tidur kita diganggu jin.1) Susah tidur malam- mata rasa ...
14/09/2026

TIDUR LEBIH INDAH DENGAN NUSRAH CARE

Ustaz kongsikan tanda-tanda tidur kita diganggu jin.

1) Susah tidur malam

- mata rasa mengantuk tetapi bila baring sahaja atas katil, mata kembali segar dan tak boleh tidur.
- mula rasa resah gelisah serabut, otak mula berfikir macam-macam, macam-macam cerita mula berlegar didalam kepala, rasa penat tak dapat juga tidur, pusing kiri kanan cuba untuk tidur tetap sama tidak boleh tidur.
- bila tiba waktu subuh azan mula bekumandang baru rasa mengantuk nak tidur.

2) Terlalu awal rasa mengantuk

- kebiasaannya pesakit gangguan akan mula rasa terlalu mengantuk sehingga nak buka mata pun tak mampu bermula waktu asar hingga ke maghrib
- rasa mengantuk ketika asar dan maghrib ini sehingga badan menjadi lemah, lesu dan tak berdaya nak angkat badan.

3) Tertawa, menangis, bercakap-cakap ketika tidur

4) Selalu terkejut semasa tidur

- Selalu terkejut semasa tidur kerana mimpi buruk yang menakutkan, mimpi jatuh atau terkejut kaki rasa seperti direntap (tarik) atau terkejut begitu saja (gangguan yang tidak menampakkan dirinya), baru sahaja pejam atau lelapkan mata kita terjaga kerana merasa diri kita bagaikan diberi kejutan,

5) Rasa cemas, gelisah setiap kali mahu tidur

- rasa cemas dan gelisah ketika mahu tidur kerana risaukan mimpi yang akan diterima semasa tidur.
-Sentiasa rasa gelisah dalam tidur kadang-kadang terjaga tanpa sebab sekejap-sekejap sepanjang malam.

6) Mata pejam dan kita tidur, tetapi ahli keluarga beritahu anak mata kita bergerak-gerak, meliar seperti mencari sesuatu.

7) Tangan atau kaki bergerak-gerak atau cuma jari jemarinya saja yang bergerak gerak atau jika gangguan jin yang dialaminya melibatkan silat tangannya akan bergerak-gerak seperti bunga silat.

8) Berdiri dan berjalan ketika tidur

9) Bila diruqyah/dijampi dengan ayat suci Al-Quran rasa mengantuk yang luar biasa tiba-tiba datang sehingga nak buka mata pun tak mampu, yang peliknya bila selesai ruqyah kita segar kembali.

10) Kerap mimpi seperti mimpi dipatuk ular, mimpi menyusu bayi, mimpi jatuh tempat tinggi,mimpi melihat mayat, mimpi tempat kotor seperti tandas dan sebagainya,mimpi yang menakutkan, menyeramkan, mimpi jumpa lelaki berjubah putih beri ilmu, mimpi orang berjubah beri cincin atau sebagainya, mimpi binatang berbisa, mimpi bersetubuh ketika tidur atau pun baru mahu tidur.

11....ini agak bahaya, setiap kali mahu tidur ada lembaga hitam berbulu ( atau apa-apa ciri yang lain) yang pasti jin menemani kita tidur ada juga yang boleh rasa tangannya...(selalu pada pesakit gangguan perempuan)

Jika ada salah satu dari 10 tanda-tanda diatas, kemungkinan besar ada gangguan jin pada tubuh badan. Sebagai bantuan awal boleh ikhtiar guna produk bidara ustaz Nusrah Care. Ada gel mandian bidara, travel kit,balm bidara, roll on bidara dan losyen bidara.

Untuk khidmat rundingan dan nasihat boleh wasap ustaz 0105662523.

Nusrah Care tak ada wakil jualan di mana-mana ya. Segala pembelian hanya melalui ustaz sahaja. Ini bagi menjaga kualiti rawatan dan memudahkan pesakit hubungi ustaz sepanjang rawatan.

KESAN POSITIF NUSRAH CAREAlhamdulillah atas bantuan Allah SWT pada pesakit ustaz.Ada perubahan positif selepas guna set ...
14/09/2026

KESAN POSITIF NUSRAH CARE

Alhamdulillah atas bantuan Allah SWT pada pesakit ustaz.

Ada perubahan positif selepas guna set rawatan Nusrah Care.

" Kak zu s**a sabun bidara ni. Mandi segar je, kak selesa serasi dgn gel mandian bidara "

" Bdn ringan seblom ni kak malas sgt rasa nak baring seharian. Nak buat pa pun malas, bgn pagi lepas sarap kak baring smpi ke zohor sebab bdn berat, berat sungguh nak angkat bdn "

" Fikiran kusut runsing tiap masa Ustaz, ni lepas rawat dgn Ustaz kak guna betul-betul set rawatan alhamdullah ringan kepala kak. Kak tak gelisah mcm selalu. Anak menakan yg duduk sekali dgn kak pun, nampak kak dh berubah muka pun berseri dia ckp "

Semoga pesakit terus sihat & dibawah perlindungan Allah SWT.

Address

27A, Jalan Persiaran Makmur, Taman Slim Makmur
Slim River
35800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nusrah Care posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Nusrah Care:

Shortcuts

Share