08/09/2026
PERTANDINGAN KECERIAAN SEMPENA HARI KEBANGSAAN KE-69 & HARI MALAYSIA 🇲🇾
Klinik Kesihatan Ayer Tawar | 20 Ogos 2026 – 8 September 2026
Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69 dan Hari Malaysia, satu Pertandingan Keceriaan antara unit-unit Klinik Kesihatan Ayer Tawar telah diadakan sepanjang tempoh 20 Ogos 2026 hingga 8 September 2026.
Pertandingan ini menyaksikan warga Klinik Kesihatan Ayer Tawar berganding bahu mencurahkan kreativiti, idea dan semangat patriotisme dalam menghias ruang serta sudut di unit masing-masing.
Pelbagai hiasan yang kreatif, inovatif dan penuh warna-warni telah menghiasi setiap sudut klinik, menjadikan suasana Klinik Kesihatan Ayer Tawar lebih meriah, ceria dan sarat dengan semangat kemerdekaan serta kecintaan kepada Malaysia.
Pada 8 September 2026, sesi penilaian pertandingan telah berlangsung dengan barisan panel juri yang terdiri daripada:
👨⚖️ Haji Khusairi
Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Ayer Tawar
👨⚖️ En. Lau
Bendahari Panel Penasihat Klinik Kesihatan Ayer Tawar
👩⚕️ Dr. Khairunisa, Pakar Perubatan Kesihatan, unit Primer dan Kesihatan Keluarga Pejabat Kesihatan Daerah Manjung
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua unit yang telah mengambil bahagian dan memberikan komitmen yang sangat baik! 👏🏻🎉
🏆 KEPUTUSAN PERTANDINGAN
🥇 TEMPAT PERTAMA
💊 Unit Farmasi
🥈 TEMPAT KEDUA
🏢 Unit Pentadbiran
🥉 TEMPAT KETIGA
👩🏻🍼 Unit KKIA
🎖️ SAGUHATI
🏥 Unit OPD
🏫 Unit Pasukan Sekolah
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga Klinik Kesihatan Ayer Tawar atas semangat kerjasama, kreativiti dan komitmen yang telah diberikan dalam menjayakan pertandingan ini.
Semoga semangat Malaysia MADANI, perpaduan dan patriotisme terus subur dalam kalangan warga kerja serta menjadi inspirasi dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada masyarakat. ❤️🇲🇾
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 dan Hari Malaysia!