Nura Sihat Jelita

Nura Sihat Jelita Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Nura Sihat Jelita, SUBANG, Subang Jaya.

Petua Orang Kampung Rawat Mata Rabun Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Jadi tak perlu mengeluh saat nikmat dari sudu...
30/05/2019

Petua Orang Kampung Rawat Mata Rabun

Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Jadi tak perlu mengeluh saat nikmat dari sudut fizikal ditarik atau mula 'hilang'. Beberapa petua ini mungkin akan jadi salah satu penawar bagi anda yang ada masalah rabun mata. Jom, semak...

1. Wap nasi
Apabila memasak nasi, halakan mata ke arah wap yang keluar dari periuk nasi. Amalkan setiap kali masak nasi.

2. Sawi
Rebus secekak sawi dengan 2 gelas air sehingga mendidih dan tutup api. Minum setelah sejuk pada suhu bilik. Amalkan 3 kali seminggu.

3. Lobak merah
Boleh makan mentah-mentah atau minum air lobak merah. Amalkan selalu InsyaAllah semakin baik nanti. Lobak merah kaya dengan Betacaotene (pelopor kepada Vitamin A, nutrien yang diperlukan untuk penglihatan), Lycopene (nutrien perlindungan sinaran UV pada mata) dan Lutein (nutrien yang melindungi kerosakan pada radikal mata). Jika anda mengalami masalah penglihatan, disarankan makan lebih banyak lobak merah.

4. Teh
Mencegah katarak mata. Teh membantu mengawal pertumbuhan darah baru di belakang mata. Pakar menjelaskan jika terlalu banyak saluran darah di sebalik retina, ini akan menyebabkan kebocoran darah dan cecair yang menjurus kepada bintik buta.

5. Bawang Putih & Bawang Merah
Bawang putih dan merah sangat penting dalam pengeluaran Glutation, sejenis sulfur yang bertindak sebagai anti oksidan untuk kanta mata.

6. Kacang Walnut
Kacang Walnut mengandungi sumber Omega- 3, Vitamin E dan antioksidan yang tinggi. Nutrien ini amat penting dalam memerangi radang mata.

7. Tomato
Tomato juga mengandungi dua nutrien penting untuk mata iaitu lycopene dan lutein. Tomato juga berkesan mencegah kanser mata.

8. Kacang Soya
Kacang soya mengandungi antioksidan yang kuat yang dipanggil isoflavon. Antioksidan ini melindungi mata daripada sindrom mata kering.

9. Telur
Sebatian sulfur, protein dan cysteine dalam telur membantu melindungi mata daripada pertumbuhan katarak. Makan telur sehari sekali sudah memadai bagi penjagaan mata.

10. Brokoli
Brokoli mengaktifkan enzim anti – radang dalam badan untuk menggalakkan detoksifikasi termasuk mencegah keradangan di bahagian belakang mata.

PARUT JERAWAT1. Walaupun tak s**a, parut tetap berlaku kerana ia adalah sebahagian daripada proses healing kulit yang lu...
25/05/2019

PARUT JERAWAT

1. Walaupun tak s**a, parut tetap berlaku kerana ia adalah sebahagian daripada proses healing kulit yang luka akibat jerawat.

2. Makin dalam luka jerawat tu, makin dalam lah parut jerawat yang terbentuk nanti. Maknanya makin susah nak dirawat.

3. Macam mana nak elak parut jerawat? Kita tak dapat elak sepenuhnya, tapi kita boleh kurangkan kesan parut yang berlaku nanti.

4. Caranya, rawat jerawat pada muka serta-merta. Boleh juga letak serum supaya jerawat mengecut.

Takde jerawat = Takde parut.

5. Jangan kutis atau picit jerawat pada muka. Kalau tak, nanti boleh berlaku infection. Parut mungkin jadi makin dalam.

6. Parut jerawat perlu dirawat sesegera mungkin. Parut baru boleh hilang dalam tempoh sebulan sahaja dengan produk/rawatan yang betul (depends, serius mana masalah parut tu, etc). Parut lama pun boleh dirawat, tapi agak s**ar.

==========

25/05/2019

MUKA BREAKOUT - KENA BUAT APA?

Banyak sangat dapat DM kulit breakout kesan guna produk skincare sembarangan maka meggelabah tak tahu nak buat apa. Sini aku terus terangkan once and for all ja senang apa yang korang kena buat bila kulit breakout.

1. TINGGALKAN PRODUK PENYEBAB BREAKOUT
Hentikan penggunaan skincare yang cetuskan breakout tersebut. Seterusnya tinggalkan dulu mekap macam primer, foundation & loose powder etc sebab taknak bagi pori tersumbat. Pori tersumbat = jerawat.

2. KEMBALI KEPADA ASAS
-cleanser
-hydrating toner
-moiturizer
-sunscreen

Cari produk yang tinggi kandungan soothing, hydrating skin repairing ingredients macam:
- centella asiatica
- green tea
- licorice root
- niacinamide
- ceramides
- hyaluronic acid
- allontoin
- penthanol
- beta glucan

Tujuannya adalah untuk tenangkan radang breakout dan repair balik skin barrier yang dah terganggu.

3. EXFOLIATE
Pakai dulu yang asas untuk beberapa minggu bila kulit dah rasa baik sikit, tambah produk untuk mempercepatkan proses peralihan sel-sel kulit mati kedalam rutin. Tujuannya:
- elak pori dari tersumbat
- elak bekas jerawat jadi parut hitam (PIH)

Aku sarankan CHEMICAL EXFOLIATE sebab lagi santun dari scrub macam st ives tu.

Gentle chemical exfoliater untuk inflammed skin:
- Mandelic Acid 5% <
- Lactic Acid 5% <

Contoh produk: AM+PM Mandelic Acid 5%, The Ordinary Lactic Acid 5%

4. MERAWAT JERAWAT
Antara bahan paling berkesan untuk mengurangkan jerawat:

-Salicylic Acid
Berfungsi membersihkan pori penyebab jerawat.
Contoh: Oxy Spot Treatment, The Ordinary Salicylic Acid 2%, Paula's Choice BHA 2%,

-Benzoyl Peroxide
Berfungsi membunuh bakteria penyebab jerawat.
Contoh: Bezac AC BP 5%, Paula's Choice BP 2.5%

Sulfur & Claymask pun boleh membantu juga.

5. SUNSCREEN
Pakai sunscreen setiap hari untuk mengelakkan skin barrier dari semakin rosak akibat UV dan juga untuk mengelakkan dari jerawat mati meninggalkan parut gelap.

6. BAHAN UNTUK DIELAK
Untuk kulit breakout, elakkan sensitizing ingredients seperti
- Drying Alcohols
- Fragrance
- Essential Oils

Dalam mekap pun banyak ya. Bahan-bahan seperti ini hanya akan membuatkan kulit lebih sensitif.

Ini sahaja guys. Semua ni adalah tips umum. Korang kena pandai adjust ikut kesesuaian kulit memasing. Ni untuk breakout akibat salah pakai skincare saja kalau hormonal acne tu lain pulak ceritanya okay. Terima kasih awaa sebab baca.

P/s: sebelum guna apa-apa AHA (eg Lactic Acid) atau BHA (eg Salicylic Acid) pastikan korang dah jelas tentang asas skincare dan tak skip sunscreen untuk mengelakkan kulit dari rosak :)

Malam Lailatulqadar"Lailatulqadar pada 10 malam terakhir.Sesiapa yang membangunkannya demi mencari ganjarannya, maka All...
24/05/2019

Malam Lailatulqadar

"Lailatulqadar pada 10 malam terakhir.
Sesiapa yang membangunkannya demi mencari ganjarannya, maka Allah pasti ampunkan dosanya yang lalu & akan datang.
Lailatulqadar berlaku pada malam ganjil; sembilan, tujuh, lima, tiga atau malam terakhir." (Riwayat Ahmad)

Address

SUBANG
Subang Jaya

Telephone

+60182174934

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nura Sihat Jelita posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share