06/08/2026
Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas dan ruam merah. Selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan lutut.
Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa).