Poliklinik Tawakal

Poliklinik Tawakal Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Poliklinik Tawakal, Medical and health, B 137, Tingkat Bawah, Lorong Ria Indah 10/5, Taman Ria Indah, Sungai Petani.

Rawatan Am
• Sabtu - Khamis: 9AM-6PM
• Klinik Malam :
Isnin & Rabu: 8PM-9.30PM

Rawatan am dewasa/kanak2
- Nebuliser
- Ultrasound
- Sakit puan
- Immunisasi (tempahan)
- Pembedahan kecil
- Khatan

Rawatan Sendi/Tulang
* Isnin & Rabu: 8PM - 9.30PM

19/08/2026

Harap Maklum

Klinik bercuti atas hal kecemasan hari ini Rabu 19/8/2026.
Maaf atas kesulitan yang dihadapi.

13/08/2026

PENGUMUMAN

Klinik bercuti dari 2.30ptg Khamis 13/8/2026 sehingga Ahad 16/8/2026
Mohon maaf atas kesulitan yang di hadapi.

13/08/2026

CARPAL TUNNEL SYNDROME

Mungkin ada diantara kita yang mengalami masalah kebas di sekitar sendi pergelangan tangan sehingga ke hujung jari. Berkemungkinan kita mengalami sakit Carpal Tunnel di atas. Secara ringkas, ia adalah disebabkan himpitan atau tekanan pada saraf dan tisu lembut yang berada di sekitar terowong tisu di sendi pergelangan tangan. Kesannya, pengidap akan mengalami lenguh atau kebas mengikut kafar keterukan tekanan tersebut.

Jika anda mengalami masalah tersebut, mungkin boleh melakukan urutan ringkas ini. Sekiranya tidak berkesan menghilangkan kebas atau simptom yang dialami, sila lah berjumpa dengan doktor/doktor pakar tulang sendi untuk rawatan lanjut.


27/07/2026
Ketahui info ringkas mengenai penyakit Influenza.Amalkan langkah-langkah memakai pelituo muka di tempat ramai orang, men...
26/07/2026

Ketahui info ringkas mengenai penyakit Influenza.

Amalkan langkah-langkah memakai pelituo muka di tempat ramai orang, menutup mulut jika bersin atau batuk dan kerap mencuci tangan.

Golongan yang berisiko tinggi mendapat komplikasi akibat jangkitan virus influenza adalah seperti

✅ Kanak-kanak berumur bawah 5 tahun
✅ Wanita hamil
✅ Warga tua 65 tahun ke atas
✅ Pesakit kronik
✅ Individu yang mempunyai daya ketahanan badan yang rendah sama ada akibat penyakit kronik yang dihidapi
✅ Individu obes

Segera dapatkan rawatan jika gejala jangkitan menjadi bertambah teruk.

12/07/2026

Harap maklum

Klinik tidak beroperasi petang ini sehingga esok Isnin,13/7/26 atas hal kecemasan.
Maaf atas kesulitan anda.

Satu peringatan jika kita lupa. Aedes yang sentiasa menjadi ancaman.
12/07/2026

Satu peringatan jika kita lupa. Aedes yang sentiasa menjadi ancaman.


TEMPAT AEDES MEMBIAK LEBIH DEKAT DARIPADA YANG KITA SANGKA.

Jangan hanya periksa kawasan luar rumah. Aedes juga boleh membiak di tempat kecil dan tersembunyi seperti bekas tadahan penapis air, pelapik rak pinggan, baldi, kolah air, bekas bunga hiasan, bekas letak berus gigi dan mana-mana bekas kecil yang boleh menakung air.

Nampak air bertakung? Jangan biarkan.
Buang, bersihkan atau terus musnahkan sebelum menjadi tempat pembiakan Aedes.

Realiti sebenar hidup seorang doktor.
12/07/2026

Realiti sebenar hidup seorang doktor.


“Kami tidak minta untuk disanjung. Kami cuma tidak mahu dicaci.”

Dalam satu temu bual bersama Oh! Penjawat Podcast, Dr Moventhiran Ramakrishnan, pakar bedah otak dan saraf serta Ketua Unit Neurosurgeri Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, berkongsi sisi seorang doktor yang jarang dilihat masyarakat.

Beliau bukan membesar dalam kemewahan.

Ibunya bekerja sebagai pembantu rumah. Ketika bekalan elektrik di rumah terputus kerana bil tidak mampu dibayar, beliau pernah belajar di bawah lampu jalan.

Beliau juga pernah mencuci pinggan, mengangkat besi buruk dan melakukan pelbagai pekerjaan untuk membantu keluarga.

Daripada seorang anak yang hanya mahu keluar daripada kemiskinan, beliau akhirnya menjadi doktor yang memegang otak manusia dan membuat keputusan antara hidup dengan mati.

Namun dalam temu bual bersama Oh! Penjawat Podcast, perkara paling menyentuh bukanlah tentang kehebatan pembedahannya.

Ia tentang hati seorang doktor yang terpaksa terus bekerja, walaupun dirinya sendiri sedang terluka.

1. Ketika ibunya meninggal dunia, beliau sedang membedah pesakit

Waktu itu era COVID. Tubuhnya lengkap berbalut PPE. Tangan sedang melakukan pembedahan, dan di atas meja ada seorang pesakit yang nyawanya bergantung pada setiap gerakan beliau.

Tiba-tiba telefon berbunyi.

Seorang rakan mendekat. Suaranya perlahan, seolah-olah takut untuk menyampaikan berita itu.

“Bos… I think you kena stop bedah sekejap.”

Beliau bertanya,

“Kenapa?”

Rakannya terdiam seketika sebelum berkata,

“Your mom passed away.”

Pada saat itu, dunia seorang anak seakan-akan berhenti.

Namun tangan seorang pakar bedah tidak boleh berhenti begitu sahaja.

Di hadapannya masih ada seorang manusia yang perlu diselamatkan. Beliau terpaksa menahan kesedihan, menyimpan air mata dan meneruskan pembedahan sehingga keadaan pesakit selamat.

Kemudian seorang lagi rakan datang dan berkata,

“I heard the news. You go out now.”

Hanya selepas tugas itu diambil alih, beliau keluar dari dewan bedah. Bukan lagi sebagai seorang pakar. Tetapi sebagai seorang anak yang baru kehilangan ibunya.

Pada hari beliau tidak sempat berada di sisi ibunya sendiri, beliau masih berada di sisi ibu, bapa atau anak milik keluarga lain.


Dan itu bukan kali pertama beliau melalui kehilangan seperti itu.

Ketika adiknya meninggal dunia, beliau juga baru hendak memulakan pembedahan di Sabah.

Seorang rakan datang menyampaikan berita itu.

“Your brother passed away.”

Bosnya melihat keadaan beliau dan terus menyuruhnya berhenti.

“Pergi.”
“Come back when you feel like coming back.”

Dua kali beliau menerima berita kehilangan insan tersayang ketika berada di ambang pembedahan.

2. Doktor lebih sukar melupakan pesakit yang gagal diselamatkan

Bagi seorang pakar bedah, kejayaan mungkin memberi kelegaan.

Tetapi pesakit yang gagal diselamatkan akan terus tinggal dalam ingatan.

Dr Moventhiran berkata,

“We don’t look at the success story. We look at what we lost.”

Beliau masih mengingati seorang pesakit muda berusia sekitar 30 tahun yang datang ke hospital dalam keadaan masih boleh berjalan dan bercakap. Pesakit itu mempunyai ketumbuhan di bahagian otak yang kelihatan seperti kes yang boleh dikendalikan.

Sebelum pembedahan, seperti biasa, beliau menerangkan risikonya kepada keluarga.

“Pembedahan tetap ada risiko.”

Pembedahan dilakukan. Ketumbuhan berjaya dikeluarkan.

Namun selepas semuanya kelihatan selesai, pembuluh darah yang melekat pada ketumbuhan itu tiba-tiba pecah.

Keadaan berubah dalam sekelip mata.

Pesakit itu meninggal dunia sebelum sempat dibawa semula ke dewan bedah.

“Bayangkan seorang budak umur 30 tahun meninggal… dan dia datang berjalan.”

Dr Moventhiran berkata beliau terus terduduk.

Seorang pesakit yang beberapa jam sebelumnya masih bercakap, tiba-tiba sudah tiada.

Bosnya datang dan cuba memujuk,

“It happens to everybody. But you kena bangun.”

Keesokan harinya, beliau dijadualkan melakukan pembedahan yang hampir sama.

Beliau masih takut. Tangannya masih teringat apa yang berlaku.

Namun bosnya berkata:

“Buat.”

“Kalau you tak buat, you takkan buat lagi.”

Beliau kembali masuk ke dewan bedah.

Sehingga hari ini, setiap kali sampai di bahagian yang sama dalam pembedahan, beliau masih teringat pesakit tersebut.

Beliau akan berpesan kepada pasukannya:

“This place, you have to be careful.”

Kehilangan itu tidak hilang.

Ia berubah menjadi pelajaran yang dibawa ke setiap pembedahan selepasnya.

Ada satu lagi kes yang masih kuat dalam ingatan beliau.

Ketika itu beliau masih dalam tahun akhir latihan kepakaran. Seorang pesakit kecemasan dibawa masuk untuk dibedah. Pada awalnya, kes itu kelihatan seperti pembedahan yang boleh dilakukan.

Tetapi darah pesakit tidak mahu membeku.

Pasukan terus mencuba.

Mereka melawan pendarahan. Mereka cuba menyelamatkan pesakit itu sehingga saat akhir.

Kemudian jantung pesakit berhenti.

Beliau melihat jururawat melakukan CPR di atas katil pembedahan.

Kemudian arahan diberikan:

“Close, close.”

Pembedahan dihentikan.

Pesakit itu meninggal dunia di atas meja pembedahan.

Dr Moventhiran keluar untuk berjumpa ibu pesakit.

Beliau berkata:

“Saya minta maaf.”

Tetapi ibu itu memandangnya dan menjawab:

“Kenapa doktor nak minta maaf?”

“Doktor dah buat yang terbaik.”

“Anak saya itu takdir.”

Keesokan harinya, ibu yang baru kehilangan anak itu menghantar nasi lemak kepada beliau.

Bayangkan seorang ibu yang sedang menanggung kesedihan paling besar dalam hidupnya masih sempat memikirkan doktor yang sudah cuba menyelamatkan anaknya.

Bagi keluarga, kehilangan itu adalah kehilangan seorang anak.

Bagi doktor, kehilangan itu juga menjadi luka yang dibawa p**ang.

Ada hari mereka p**ang dalam diam.

Ada hari mereka duduk di dalam kereta tanpa radio, tanpa muzik, hanya mengulang semula setiap detik pembedahan dalam fikiran.

“Apa yang berlaku?”

“Di mana saya boleh buat lebih baik?”

Pesakit yang berjaya diselamatkan mungkin p**ang dan meneruskan hidup.

Tetapi pesakit yang gagal diselamatkan sering kekal hidup dalam ingatan doktor yang merawatnya.

3. Setiap pembedahan perlu dianggap seperti pembedahan pertama

Kesilapan bukan hanya berlaku ketika seseorang masih baru.

Ia juga boleh berlaku selepas pembedahan yang ke-100, apabila seseorang mula terlalu yakin dan merasakan semuanya sudah biasa.

Sebab itu beliau berpesan:

“Treat every surgery as your first surgery.”

Walaupun sudah bertahun-tahun berpengalaman, beliau masih membaca, mengkaji imbasan dan menyediakan dirinya untuk kemungkinan paling buruk.

Kerana dalam pembedahan otak, kesilapan beberapa milimeter boleh mengubah seluruh kehidupan seseorang.

Di atas meja itu bukan sekadar satu kes.

Itu mungkin satu-satunya ayah kepada anak-anaknya. Seorang ibu yang menjadi tempat keluarga bergantung. Atau seorang anak yang sedang ditunggu kep**angannya.

4. Pesakit tidak pernah ditinggalkan sepenuhnya di hospital

Selepas pembedahan selama 12 atau 16 jam, seorang pakar bedah mungkin p**ang dalam keadaan terlalu penat untuk bercakap.

Namun fikirannya masih bersama pesakit.

Beliau pernah p**ang hampir tengah malam, tidur beberapa jam, kemudian terjaga sebelum subuh untuk melihat semula imbasan otak pesakit.

Adakah berlaku pendarahan?

Adakah pesakit masih stabil?

Hanya selepas melihat keputusan yang baik, barulah beliau mampu menarik nafas lega dan meneruskan harinya.

Tubuh doktor mungkin sudah berada di rumah.

Tetapi sebahagian fikirannya masih berdiri di sisi katil pesakit.

5. Di sebalik uniform itu, mereka juga manusia

Mereka boleh penat.

Mereka boleh takut.

Mereka boleh terduduk selepas kehilangan pesakit.

Mereka juga mempunyai ibu bapa yang boleh meninggal dunia, pasangan yang menunggu di rumah dan anak yang membesar tanpa banyak masa bersama mereka.

Mereka tidak meminta masyarakat menutup mata terhadap kesilapan. Setiap kesilapan tetap perlu disiasat. Setiap kelemahan sistem tetap perlu diperbaiki.

Tetapi teguran tidak semestinya menjadi cacian.

Kita mungkin hanya bertemu seorang doktor selama beberapa minit pada hari paling sukar dalam hidup kita.

Namun kita tidak tahu berapa banyak kesedihan yang sedang dipendamnya ketika dia cuba menyelamatkan seseorang yang kita sayangi.

Mereka tidak perlu dipuja sebagai wira.

Cukuplah kita melihat mereka sebagai manusia yang sedang berusaha menyelamatkan manusia lain.

Kerana kadangkala, tangan yang sedang menyelamatkan keluarga kita itu juga sedang menggigil menahan kehilangan keluarganya sendiri.

“Kami tidak minta untuk disanjung. Kami cuma tidak mahu dicaci.”

Tonton episod penuh bersama Dr Moventhiran Ramakrishnan di Oh! Penjawat Podcast untuk mendengar sendiri kisah hidup, pengorbanan dan realiti seorang pakar bedah otak yang jarang diketahui masyarakat.

Sehebat mana pun seorang penunggang motosikal itu, risiko kecederaan sangatlah tinggi jika berlaku kemalangan, apatah la...
12/07/2026

Sehebat mana pun seorang penunggang motosikal itu, risiko kecederaan sangatlah tinggi jika berlaku kemalangan, apatah lagi kalau pemanduan dilakukan secara tidak berhemah dan mengikut undang-undang.
Sayangi diri sendiri dan janganlah membahayakan nyawa pengguna jalanraya yang lain.

Al Fatihah untuk semua mangsa yang terlibat dalam nahas jalanraya baru-baru ini.


ANATOMI MEREMPIT

Bayangkan anda berada di atas sebuah kenderaan yang dipandu sangat laju.

Tetapi kenderaan itu tiada bumbung.
Tiada pintu.
Tiada tali pinggang keledar.
Tiada beg udara.
Tiada rangka besi yang melindungi tubuh.

Hanya badan anda, beberapa sentimeter dari jalan raya.

Apabila berlaku kemalangan berimpak tinggi, tubuh manusia akan menjadi “zon remuk”.

Kepala boleh menghentam jalan atau pembahagi jalan.

Leher boleh terhentak kuat.
Dada boleh menghimpit jantung dan paru-paru.
Hati serta limpa boleh koyak lalu menyebabkan pendarahan dalaman.
Tulang belakang boleh cedera sehingga menyebabkan lumpuh.
Tangan dan kaki p**a sering menjadi bahagian pertama yang menerima geseran dan hentakan.

Walaupun memakai topi keledar, ia bukan perisai untuk seluruh tubuh.

Pada kelajuan tinggi, peluang untuk terselamat tanpa kecederaan serius menjadi semakin rendah. Ada yang meninggal dunia di lokasi. Ada yang selamat, tetapi hidup dengan kecacatan kekal, kerosakan otak atau kehilangan anggota badan.

Merempit bukan sekadar “bawa motor laju”.

Ia adalah mempertaruhkan seluruh anatomi tubuh pada satu kesilapan kecil.

Jalan raya bukan litar.
Tubuh manusia bukan dibina untuk menerima hentakan pada kelajuan tinggi.

Address

B 137, Tingkat Bawah, Lorong Ria Indah 10/5, Taman Ria Indah
Sungai Petani
08000

Opening Hours

Monday 09:00 - 21:30
Tuesday 09:00 - 21:30
Wednesday 09:00 - 21:30
Thursday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+6044251763

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Poliklinik Tawakal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share