Terapi saraf dan bekam sg petani

Terapi saraf dan bekam sg petani urutan memulihkan tenaga
terapi sunnah
makanan sunnah untuk pengubatan urut terapi
bekam
rawatan islam
makanan sunnah

02/02/2022

Sudahkah anda mengamalkan sunnah dalam penjagaan kesihatan ,
Jika belum , Jom kita amal bekam sunnah
Kerana di dalamnya ada kebaikan , keberkatan dan kesembuhan insya Allah
Jom terapikan saraf anda dgn thobib hakim

www.wasap.my/60104694927/thobibhakim

Mengapa Seseorang perlu diurutApa yang dapat dilihat, kebanyakan mereka yang minta diurut itu sudah pun berusia melebihi...
28/12/2021

Mengapa Seseorang perlu diurut

Apa yang dapat dilihat, kebanyakan mereka yang minta diurut itu sudah pun berusia melebihi 30 tahun. Walau bagaimanapun, ada juga sekali sekala pelanggan yang diurut yang berusia di bawah 30 tahun tetapi peratusnya kecil sekali. Di sini, akan timbullah persoalan, mengapakah seseorang itu perlu kepada urutan tradisional.

Sudah terlalu kerap dinyatakan bahawa seseorang yang memerlukan kepada perkhidmatan urut tradisional adalah kerana mereka menghadapi permasalahan urat saraf yang kadang kala menyebabkan prestasi kerja mereka merosot dan daya pemikiran juga turut menurun, keinginan terhadap seks juga turut berkurangan.

Perlu Diurut Disebabkan Urat Dan Otot Yang Menjadi Tegang.

Antara sebab dan punca utamanya ialah urat dan otot menjadi tegang dan bengkak sehingga seseorang itu terasa amat letih dan tidak bermaya ialah seperti:

1. Terlalu banyak memikirkan masalah.

2. Terlalu lama duduk di atas kerusi seperti bekerja menggunakan komputer atau menonton TV.

3. Terlalu kurang mengeluarkan peluh.

4. Terlalu kurang tidur atau tidak cukup tidur.

5. Terlalu banyak minum minuman keras.

6. Terlalu kerap mengadakan hubungan seks, dengan memakan pil ransang seks.

7. Sekali sekala turun ke padang untuk bermain.

8. Sekali sekala terkena hujan.

9. Sekali sekala mengangkat benda berat.

10. Memandu kenderaan di perjalanan yang jauh.

11. Terkena cuaca panas yang amat terik dan banyak lagi punca-punca yang menyebabkan urat saraf atau otot-otot seseorang menjadi tegang.

Apabila hal ini terjadi ke atas diri anda, dengan sendirinya perjalanan serta pengedaran darah dan lain-lain elemen ke seluruh anggota badan akan menjadi perlahan dan tersekat-sekat. Kes seperti ini, jika dibiarkan berterusan boleh menyebabkan berbagai-bagai penyakit lain yang sering menimpa diri anda.Setengah penyakit yang sering menimpa seseorang akibat dari kes-kes diatas ialah, mati sebelah tubuh ataupun stroke, mati pucuk, lemah jantung dan lain-lain lagi yang anda sendiri boleh merasainya jika dibiarkan berterusan.

Biasanya dalam keadaan kepenatan urat saraf serta kelesuan tenaga inilah seseorang yang tahu akan khasiat urut tradisional, dengan segera tanpa ragu-ragu akan mendapatkan perkhidmatan Tukang Urut untuk diurut. Oleh kerana mereka yakin bahawa dengan cara diurut urut tradisional sahajalah, tenaga mereka dapat dipulihkan dalam jangka masa yang singkat dan tidak mendatangkan apa-apa kesan sampingan.

Tenaga Fizikal,Mental Dan Batin Pesakit Pulih Kuat Setelah Diurut.

Setakat yang diketahui, bukan sahaja tenaga fizikal dan mental kembali pulih dan bertenaga bahkan tenaga kebatinannya juga turut menjadi aktif dan kuat. Ramai di kalangan para pelanggan memberitahu bahawa keupayaan seksnya bertambah sehingga beberapa kali ganda seluruh badannya tanpa kecuali setelah diurut ...

akhir kata dari saya bersyukur ke hadrat ilahi dipanjangkan usia dalam keadaan yg masih sihat serta berkesempatan mempelajari dan merupakan salah seorang anak murid dalam bidang urutan mengucapkan terima kasih kepada guru2ku yg nyata dan yg tiada dinyatakan

buat saudara dan saudari yg lain dan buat diri saya juga satu peringatan senaman yang paling baik sekali adalah solat .... jagalah solat kita yg telah ditinggalkan oleh baginda muhammad rasulullah s.a.w. semoga allah s.w.t mengampuni dosa dan kesilapan kita dan kedua ibubapa kita dan dosa kita kepada kedua ibubapa kita serta memeperbaiki kesilapan dan ibadah kita kepadanya yang maha esa ...

www.wasap.my/60104694927/naksihat

Address

1651 Jalan Kelisa Ria 2/3
Sungai Petani
08000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Terapi saraf dan bekam sg petani posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Terapi saraf dan bekam sg petani:

Share