30/07/2026
Ringkasan Hadis
Hadis ini bukan bermaksud seseorang hanya dikira Muslim apabila tidak menyakiti orang lain. Hadis ini menjelaskan kesempurnaan sifat seorang Muslim dalam berinteraksi dengan manusia.
π Keislaman terbahagi kepada dua:
1. Islam dari sudut hubungan dengan Allah (Hak Allah)
Seorang Muslim ialah mereka yang mengucapkan dua kalimah syahadah, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa Ramadan, mengerjakan haji (bagi yang mampu), serta melaksanakan segala tuntutan agama.
2. Islam dari sudut hubungan dengan manusia (Hak hamba)
Seorang Muslim ialah mereka yang menjaga akhlaknya sehingga orang lain selamat daripada gangguan lidah dan tangannya. Tidak menyakiti dengan kata-kata, tidak memfitnah, tidak mengumpat, tidak mencaci, serta tidak menzalimi orang lain dengan perbuatan.
πΏ Siapakah Muhajir (Orang yang berhijrah) ?
π Hijrah terbahagi kepada dua:
1. Hijrah Khusus
Iaitu berpindah dari negeri yang dipenuhi kekufuran atau kesyirikan ke negeri Islam demi menjaga agama.
2. Hijrah Umum
Iaitu meninggalkan segala perkara yang dilarang oleh Allah. Inilah maksud yang lebih umum dan merangkumi setiap Muslim pada setiap zaman.
β¨ Oleh itu, sesiapa yang:
meninggalkan ghibah kerana Allah,
meninggalkan dusta kerana Allah,
meninggalkan fitnah, maksiat dan segala larangan-Nya,
maka dia juga tergolong sebagai 'seorang muhajir' menurut maksud hadis.
Hijrah bukan sekadar berpindah tempat, tetapi lebih utama ialah berpindah daripada maksiat kepada ketaatan, daripada dosa kepada taubat, dan daripada kemurkaan Allah kepada keredaan-Nya.
Wallahualam
π± OLIVE HOUSE Lagenda, Amanjaya