NAZ RIZQY ENT

NAZ RIZQY ENT KEPAKARAN KAMI IALAH MENJADIKAN TUBUH BADAN ANDA SEGAR MELALUI URUTAN REFLEKSOLOGI & TERAPI

13/01/2023

Susah nak cari SPA untuk lelaki kan? try sini, boleh urut satu badan untuk kaum adam.

Sebelum mengurut, peralatan lengkap Kita sediakan. Tuan2 Yang lenguh2 badan Tu, boleh la relakskan diri Di Pusat rawatan...
17/11/2022

Sebelum mengurut, peralatan lengkap Kita sediakan.

Tuan2 Yang lenguh2 badan Tu, boleh la relakskan diri Di Pusat rawatan terapi Dan refleksologi Kami Di Kg Pulau Mentimun, Sg Siput.

Masya Allah . Segar . Sauna kaki tapi berpeluh satu badan . Kaki rasa ringan .Siapa nak sauna kaki meh datang Naz Rizqy ...
16/07/2022

Masya Allah . Segar . Sauna kaki tapi berpeluh satu badan . Kaki rasa ringan .

Siapa nak sauna kaki meh datang Naz Rizqy Urut Terapi bertempat di Kg Pulau Mentimun Sg Siput Perak . Kami ada menawarkan pakej sekali dengan Urutan Refleksologi, InsyaAllah mur² aje 🥰

Yang tong kayu tu alat yang kami gunakan untuk sauna kaki + herba tau dalam nye, bukan kosong je . InsyaAllah puas hati ❤️

Yang jauh² pun boleh mai tapi kena call dulu tau. Ohh ya, juru urut kami ni OKU Penglihatan & ada Sijil Kemahiran . Bukan beshe beshe 🤩




15/04/2014
15/04/2014

REFLEKSOLOGI...Adakah ia menyakitkan?

Ia perlu dialami sendiri. Kali pertama mungkin sakit tetapi bak kata orang, alah bisa tegal biasa. Refleksologi tidak menyakitkan, tetapi boleh menyebabkan ketidakselesaan sedikit.

Bagaimana ia boleh menyegarkan seseorang?

Sebagaimana kaedah tradisional lain seperti urut, akupuntur, tai chi dan ayurveda, refleksologi memberi kesan lebih kurang sama — boleh merangsang tidur lebih nyenyak dan selera makan. Ini secara tidak langsung dapat memberi tenaga kepada seseorang.

Ada yang mendakwa refleksologi boleh membantu masalah sembelit. Bagaimana perkara ini boleh berlaku tidak dapat diterangkan, tetapi ini antara kriteria utama menyebabkan ramai pengusaha berlumba-lumba menghasilkan mesin refleksologi elektrik.

Refleksologi bukan hanya pada kaki, ia juga boleh dilakukan pada tangan tetapi kaedah ini kurang popular.

Mengapa urut kaki lebih popular dan menyeronokkan?

Ada pengamal refleksologi mendakwa ia boleh memperbaiki mood kerana bahagian otak yang berhubung dengan kaki terletak bersebelahan dengan bahagian yang menghubungkan alat kelamin! Bagaimanapun, kesan refleksologi berbeza antara individu. Jika anda mengalami masalah sakit kaki, disarankan lebih baik supaya mendapatkan pemeriksaan doktor terlebih dulu kerana ia mungkin disebabkan masalah lain.

13 Fakta kelebihan urutan refleksologi
1) Melancarkan pengaliran darah
2) Meningkatkan daya tahan individu
3) Mengurangkan risiko tulang reput
4) Menyeimbangkan kedudukan badan
5) Melancarkan pergerakan
6) Menguatkan otot kaki
7) Mengurangkan risiko kencing tidak lawas
8) Menguatkan tulang dan pinggul
9) Mengurangkan risiko sakit sendi
10) Mengurangkan rasa letih
11) Mengelak risiko sembelit
12) Mengurangkan masalah usus
13) Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan.

Address

Sungai Siput
3110

Opening Hours

Monday 10:00 - 18:00
Tuesday 10:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 18:00
Thursday 10:00 - 18:00
Saturday 10:00 - 18:00
Sunday 10:00 - 18:00

Telephone

0195418199

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NAZ RIZQY ENT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category