13/11/2021
Staf terpaksa kerja lebih masa pada waktu malam untuk menyiapkan order pelanggan. Inilah kekuatan 70% kuasa beli pengguna Muslim. Kita tak perlu buat target hendak jual kepada semua orang. Cukup kita penuhi keperluan masyarakat Muslim sahaja. Insya'allah masyarakat non Muslim juga akan turut dapat manfaat.
Kalau boleh saya nak semua orang rasa madu Tualang Quad. Dapatkan aroma dan rasanya. Kemudian hafal. Insya'allah, tidak akan tertipu dengan madu sintetik @ sugar feeding jenama ARAB atau import China. Banyak yang kata, "rasa lain dari yang lain"... Sebenarnya, itulah rasa nektar sejuta bunga, bahasa Quran disebut في كل الثمرات
Cukup-cukuplah teknik penipu uji keaslian madu dengan lihat bentuk sarang lebah, bunyi pop, bakar madu, tuang di air, pekat tak pekat, dll. Itu semua mitos dan tak dapat dipertanggungjawab secara ilmiah. Orang yang cacat akal saja boleh terima ujian sebegitu. Saya Test di sabun sunlight pun boleh terbentuk rupa sarang lebah.