Jom Sihat Kembalikan Hidup Ceria

Jom Sihat Kembalikan Hidup Ceria EJEN SAH DND 369
ORIGINAL DND HQ
ADA HOLOGRAM KKM
100% DARI HQ

Adakah anda termasuk dalam 32.7% rakyat Malaysia yang menghidap darah tinggi ?? Renung-renungkah lah . Sekiranya YA cepa...
12/06/2022

Adakah anda termasuk dalam 32.7% rakyat Malaysia yang menghidap darah tinggi ?? Renung-renungkah lah . Sekiranya YA cepat bertindak sekarang.

MANFAAT SACHA INCHI DAN KEBAIKANNYA.1) Sumber Omega-3 dan Omega-6 dalam nisbah sempurna.Minyak Sacha Inchi mempunyai leb...
20/04/2022

MANFAAT SACHA INCHI DAN KEBAIKANNYA.

1) Sumber Omega-3 dan Omega-6 dalam nisbah sempurna.

Minyak Sacha Inchi mempunyai lebih daripada 48% kandungan asid linolenat, pendahulu Omega-3. Ia juga mengandungi sebanyak 17 kali lebih banyak Omega-3 daripada ikan salmon liar.

2) Minyak yang baik “Memetabolisme” minyak yang buruk

Omega-3 dapat secara effectif menghilangkan lemak darah yang juga biasanya dikenali sebagai kolesterol jahat (LDL), meningkatkan pengaliran darah yang baik dan memperbaiki aliran darah, sehingga arteri menjadi fleksibel dan elastis untuk menghindari arteriosclerosis.

3) Mengandungi DHA yang boleh meningkatkan fungsi otak

Omega 3 dan 6 dalam minyak sacha inchi adalah ALA (alpha linolenic acid) dan LA (linoleic acid). Ini adalah omega 3 dan 6 berasaskan tumbuhan apabila dimakan menjalani proses penukaran ini di dalam badan kita. Menurut seorang doktor yang mengkaji tanaman ini selama 15 tahun, setiap langkah penukaran ini membolehkan tubuh kita menyerap nutrien dengan lebih menyeluruh dan secara semula jadi berbanding dengan pengambilan makanan tambahan yang tinggi EPA dan DHA.

4) Meningkatkan dan mengekalkan kesihatan JANTUNG

Kaya dengan asid lemak Omega, terutamanya ALA, minyak Sacha Inchi adalah salah satu sumber minyak Omega 3 berasaskan tumbuhan yang terbaik di dunia. Terdapat beberapa minyak Omega yang berasal daripada haiwan, tetapi sumber daging tersebut biasanya mengandungi lemak jenuh atau saturated fats dan karnitin, kedua-duanya dikaitkan dengan penyakit jantung. Sebaliknya, Omega 3 yang berasas daripada tumbuhan telah terbukti untuk mencegah serangan jantung, menurunkan tekanan darah tinggi, dan melembutkan pengerasan saluran darah. Omega-3 efektif untuk mengurangkan LDL (kolesterol jahat) dan trigliserida, dan pada waktu yang sama meningkatkan HDL (kolesterol baik). ALA juga dianggap sebagai komponen yang dapat membantu mengekalkan irama jantung yang normal.

5) Melindungi dan memupukkan pertumbuhan kulit yang sihat

Minyak Sacha Inchi juga mengandungi komponen asid behenik yang mempunyai sifat anti-penuaan yang luar biasa untuk membantu mengembalikan keanjalan kulit agar tetap teguh, lentur dan halus dan akhirnya menghasilkan kulit yang kelihatan lebih muda. Kandungan Omega-3, Vitamin A dan E (alpha-tokoferol) yang tinggi memberikan minyak ini sifat antioksidan yang sangat baik untuk membantu menguatkan kulit, mengekalkan kelembapan dan memerangi radikal bebas yang disebabkan oleh faktor penuaan dan persekitaran. Omega-3 meningkatkan produksi kolagen dan elastin, membantu untuk menjaga kulit sihat, tampak lebih muda dan bebas kerutan. Kesan-kesan Sacha Inchi pada kulit termasuk:

-Kurangkan penampilan bintik-bintik gelap
-Meminimakan kemunculan pori-pori yang besar
-Penghidratan yang dapat tahan lama
-Pertahanan radikal bebas
-Mengubahkan keanjalan kulit dan tanda-tanda penuaan
-Membantu meningkatkan pengeluaran kolagen
-Kurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan
-Sifat antioksidan yang menenangkan
-Menjadikan kulit lebih lembut, licin dan berseri---

6) Meningkatkan emosi positif

Minyak Sacha Inchi juga kaya dengan protein and triptofan. Triptofan merupakan asid amino yang bertanggungjawab untuk meningkatkan tahap hormon serotonin dalam tubuh badan kita. Serotonin adalah neurotransmiter (Bahan kimia dalaman yang menghantar isyarat merentasi sinaps dari satu neuron ke satu neuron lain yang disasarkan) yang berkaitan dengan berkawalan emosi, memberi perasaan kebahagiaan, serta meningkatkan selera dan kualiti tidur. Jika tahap hormon serotonin dalam badannya terlalu rendah, seseorang mungkin akan mengalami penyakit kemurungan, yang mana simptom-simptomnya termasuk rasa sedih yang berpanjangan, keletihan, ketiadaan tenaga dan hilang minat dalam aktiviti harian.

7) Mengawal proses biologi

Dengan kandungan protein dan zat besi yang kaya, minyak Sacha Inchi dapat membantu mengawalkan proses biologi. Protein berperanan dalam menghasilkan enzim, hormon, dan bahan kimia biologi lain sementara zat besi diperlukan untuk menghasilkan dopamin, norepinefrin, dan serotonin. Neurotransmitter dan bahan kimia penting ini mempengaruhi segalanya dari tidur hingga tenaga, serta adrenalin, pencernaan dan banyak lagi.

8) Memerangi keradangan

Minyak Sacha Inchi dapat membantu memerangi keradangan kerana ia mempunyai kandungan Vitamin E dan Omega 3 yang tinggi. Asid lemak yang sihat ini boleh menghalang keradangan dengan menyekat pembentukan sebatian yang mempromosikannya. Keradangan adalah penyebab umum kepada banyak penyakit kronik termasuk kekejangan otot, bronkitis, asma, eksim, bengkak sendi , diabetes jenis 2, sindrom metabolik, barah dan penyakit Alzheimer.

9) Meningkatkan sistem imun
Dianggap sebagai superfood, minyak yang diperolehi daripada buah Sacha Inchi dapat meningkatkan sistem imun anda. Ia memberi tubuh badan kita nutrisi unggul yang berfungsi untuk menghasil antibodi jesterunya membantu kita mencegah penyakit dan jangkitan. Protein ini juga berfungsi dengan sel sistem imun yang lain untuk mengenal pasti dan membantu memusnahkan bakteria dan virus tertentu. Sel-sel imun yang lain juga memerlukan zat besi dalam minyak Sacha Inchi untuk membiak dan menjadi matang bagi melawan penyakit-penyakit.

Ingin mencegah penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi atau diabetes yang sering dihadapi oleh rakyat Malaysia? Selain daripada mengamalkan diet yang seimbang dan bersenam, minyak Sacha Inchi AL-LECCA juga dapat membantu anda untuk mengurangkan risiko penyakit-penyakit tersebut dengan membekalkan asid lemak yang bermanfaat dalam jumlah yang sesuai untuk tubuh badan kita.

SACHA INCHI (Plukenetia volubilis) merupakan sejenis tanaman kekacang yang amat kurang dikenali di negara kita Malaysia....
20/04/2022

SACHA INCHI (Plukenetia volubilis) merupakan sejenis tanaman kekacang yang amat kurang dikenali di negara kita Malaysia.

Bagaimana pun ramai mula bertanya penulis blog mengenai tanaman ini yang didakwa amat berkhasiat apabila pihak RISDA mencadangkan tanaman ini sesuai diusahakan oleh pekebun kecil getah bagi meningkatkan pendapatan mereka. Tumbuhan berasal dari negara PERU ini juga dipanggil sebagai 'Sacha Peanut', 'Inca Peanut', 'Mountain Peanut' dan 'Sacha Inci'. Tumbuhan ini kini ada ditanam secara komersil di Thailand, Vietnam dan Kemboja untuk menghasilkan bijinya yang mengandungi minyak yang sangat bernilai. Penulis blog kali pertama melihat tanaman ini semasa melawat negara Thailand dan kali kedua semasa melawat Vietnam walau pun masa itu belum berminat untuk menulis blog. Tumbuhan ini adalah jenis renek (shrub) yang parrenial dengan memerlukan sokongan untuk menjalar diaatas kayu sokongan untuk penanaman komersil. Ia jenis tanaman yang perlukan cahaya matahari 100% atau dengan sedikit perlindungan sahaja. Memerlukan tanah yang subur dengan ada air yang mencukupi dan sistem saliran yang baik. Tanah dengan pH diantara pH5.1-5.5 dikatakan sesuai untuk petani menjadikan pertumbuhan dengan baik dan aplikasi bahan organan. Tanaman ini selalunya ditanam oleh pekebun kecil dengan keluasan yang mudah dijaga dan ada yang menanamnya sebagai tanaman keliling rumah dinegara jiran untuk menambahkan pendpatan keluarga dengan menjual bijinya kepada pemborong.

Address

Bandar Taiping
Taiping
33150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jom Sihat Kembalikan Hidup Ceria posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share