07/09/2026
LARANGAN BEG PLASTIK JINJIT SEKALI GUNA DI SELURUH NEGERI PERAK
Mulai 1 September 2026, Kerajaan Negeri Perak menetapkan larangan pemberian dan penggunaan beg plastik jinjit sekali guna di seluruh negeri Perak.
Sehubungan itu, semua premis perniagaan yang terlibat adalah dilarang memberikan atau menggunakan beg plastik jinjit sekali guna kepada pelanggan.
Antara premis yang terlibat adalah:
🛒 Pasar Raya Hiper (Hypermarket)
🛍️ Pasar Raya Besar (Supermarket)
🏬 Pasar Raya Serbaneka (Department Store)
🏪 Kedai Serbaneka (Convenient Store)
🍔 Restoran Makanan Segera (Fast Food Restaurant)
⛽ Kedai Serbaneka Stesen Minyak
🏬 Kedai Rangkaian (Chain Store)
💊 Farmasi (Pharmacy)
📌 Lain-lain premis berkaitan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Ayuh bersama-sama menyokong usaha ini dengan mengurangkan penggunaan plastik sekali guna dan membudayakan amalan yang lebih lestari demi kelestarian alam sekitar serta kesejahteraan generasi akan datang.