Falina Mobile Facial Spa

Falina Mobile Facial Spa Menyediakan perkhidmatan kecantikan dan kesihatan untuk anda seisi keluarga Beauty consultant

15/09/2022
KURSUS PERNIAGAAN MOBILE FACIAL SPA=============== Terbuka kepada sesiapa yg sedang mencari peluang bisnes untuk menamba...
11/09/2022

KURSUS PERNIAGAAN MOBILE FACIAL SPA
===============

Terbuka kepada sesiapa yg sedang mencari peluang bisnes untuk menambah pendapatan.

APA YANG ANDA PELAJARI DI DALAM KURSUS INI??
✅ Cara untuk memulakan Bisnes Kecantikan tanpa mengeluarkan modal yang tinggi
✅ Cara Facial yang Mudah, Selamat dan Berkesan
✅ Cara mendapatkan customer dengan cepat dan mudah
✅ Cara dapat income RM100 - RM300 sehari hanya dengan facial muka customer.
✅ Cara mengembangkan perniagaan kecantikan dan jana pendapatan ribuan ringgit setiap bulan secara konsisten.

BUTIRAN KURSUS:

📆 Tarikh: 18 SEPT 2022
⏰ Masa: 9am - 11am
📍 Tempat: Taiping
💳 Yuran: RM30

‼️‼️BONUS.. BONUS.. ‼️‼️

Cepat2 grab your tiket now🤩👇🏻👇🏻👇🏻

http://www.wasap.my/60134666949/KursusFacial

The ARTISTRY SIGNATURE SELECT Masks ensures all common skin concerns are represented: polishing, purifying, hydrating, b...
11/01/2019

The ARTISTRY SIGNATURE SELECT Masks ensures all common skin concerns are represented: polishing, purifying, hydrating, brightening and firming. Your beauty is unique so you deserve nothing less than a one-of-a-kind mask treatment. Multi-mask now according to your skin needs!

The ARTISTRY SIGNATURE SELECT Masks ensures all common skin concerns are represented: polishing, purifying, hydrating, b...
11/01/2019

The ARTISTRY SIGNATURE SELECT Masks ensures all common skin concerns are represented: polishing, purifying, hydrating, brightening and firming. Your beauty is unique so you deserve nothing less than a one-of-a-kind mask treatment. Multi-mask now according to your skin needs!

Adakah anda tahu kenapa liang pori kita besar dan terbuka? Apakah punca dan cara untuk mengecilkan saiz pori-pori di waj...
11/01/2019

Adakah anda tahu kenapa liang pori kita besar dan terbuka? Apakah punca dan cara untuk mengecilkan saiz pori-pori di wajah?

Liang pori-pori terbuka boleh menjadi satu masalah pada kita. Liang roma kita kelihatan seperti berlubang. Biasanya ia terjadi di hidung, dagu dan p**i anda tapi sebenarnya kat mana-mana area pun boleh terjadi. Ia menjadi liang pori sebagai pembukaan untuk bulu roma, saiz bulu roma kita bergantung pada saiz liang. Kadang-kadang campuran sel-sel kulit mati menyebabkan liang itu untuk kelihatan lebih terbuka atau tersumbat.



Punca Liang Roma Membesar Adalah Seperti Berikut:-

Genetik
Masalah pori-pori wajah terbuka adalah disebabkan faktor genetik keturunan. Genetik bukan sahaja akan mewariskan warna kulit, warna anak mata, malahan juga boleh mewariskan struktur pori-pori wajah seseorang itu.

Penuaan
Apabila seseorang itu semakin meningkat usia, secara semulajadi, penghasilan Elastin akan berkurang. Elastin ialah keanjalan kulit untuk meregang dan kembali ke asal. Apabila elastin berkurangan, ia menyebabkan kulit mengendur dan menyebabkan pori-pori wajah kelihatan lebih besar.

Cahaya Matahari
Wajah yang sering terdedah dengan radiasi ultraviolet cahaya matahari boleh menyebabkan kerosakan Elastin wajah dan menjadikan pori-pori wajah terbuka.

Kebersihan
Sekirannya anda tidak mencuci wajah dengan betul, pengump**an minyak di wajah akan menyebabkan pori-pori tersumbat, dan menyebabkan pori-pori wajah kelihatan lebih besar.

Bolehkah kita mengecilkan liang pori? Sebenarnya kalau pori-pori anda dah besar kita tak boleh betul-betul hilangkannya tapi kita boleh memperbaikinya dengan mencari produk yang sesuai untuk menutup liang-liang ini. Kita harus mengurangkan saiznya, memang ia mengambil masa sedikit.

Produk yang anda pilih mestilah membantu dari segi -mengecilkan saiz liang pori -membersihkan liang supaya tidak tersumbat -menghalang jerawat supaya tidak muncul akibat liang tersumbat

Perlu anda ketahui liang pori yang tidak dibersihkan dengan baik akan menyebab kan dinding liang pori menebal menyebabkan kecacatan kekal. Sebab tu kalau korang nampak ada orang muka dia lubang-lubang terlampau besar terutama lelaki.

Perlu sentiasa mencuci muka dengan pembersih yang sesuai, tidak terdedah kepada pancaran matahari yang teruk, menyingkirkan bakteria, kekotoran dan lebihan minyak di muka yang boleh menjadi penyebab kepada liang tersumbat. Tapi perlu diingat supaya kulit juga memerlukan lembapan, jadi jangan p**a mencari pencuci muka yang membuang semua minyak sampai kulit terasa kering dan pedih!

Kenapa perlu pilih Falina Mobile Facial Spa?🤷‍♀🤷‍♀👰🏻Tak perlu bersiap pakai tudung cecantik.👰🏻Tak payah pening-pening se...
10/01/2019

Kenapa perlu pilih Falina Mobile Facial Spa?🤷‍♀🤷‍♀

👰🏻Tak perlu bersiap pakai tudung cecantik.
👰🏻Tak payah pening-pening set Waze nak pi Spa.
👰🏻Analisis kulit bernilai RM15
👰🏻Pelbagai pilihan Pakej ditawarkan mengikut bajet anda.
👰🏻Menggunakan facial device special.
👰🏻Menggunakan Produk yg telah diuji scr dermatologi dan terbaik dunia
👰🏻Penggunaan mesin Dermasonic utk menanggalkan black head dan white head tanpa menyakitkan wajah anda.

Awak nak facial ka?
Meh whatsapp Ina cecepat.

http://www.wasap.my/60134666949/SayaNakBookFacial

Tips penjagaan kulit wajahAnda beruntung jika anda mempunyai kulit muka yang bebas daripada masalah kulit seperti jerawa...
09/01/2019

Tips penjagaan kulit wajah

Anda beruntung jika anda mempunyai kulit muka yang bebas daripada masalah kulit seperti jerawat dan lain-lain. Namun itu bukan alasannya untuk anda mengambil mudah soal penjagaan kulit muka.

Siapa kata susah nak jaga kulit muka? Tidak perlu kusutkan fikiran untuk mendapatkan rawatan spa kulit sebagainya. Hanya lakukan tiga langkah mudah ini untuk menjaga kulit muka anda.

#1- Mencuci muka

Pencuci muka bukanlah sesuatu yang sukar untuk dicari. Beratus-ratus jenama pencuci muka terdapat di pasaran untuk anda pilih. Tidak semestinya perlu yang mahal untuk mendapatkan hasil kulit yang terbaik.

Anda hanya perlu mencari pencuci yang sesuai dengan kulit anda dan teruskan menggunanya. Elak daripada mencampur-campurkan jenama produk berlainan. Pencuci yang mengandungi banyak buih mampu membuat kulit anda kering.

Anda juga boleh mencuba mencuci muka menggunakan bahan-bahan berasaskan organik seperti susu , yogourt atapun oat. Siapa tahu jika ia berkesan pada kulit anda.

#2- Pelembab

Untuk mendapatkan kulit wajah idaman, setelah membersih dan menyegar , pastikan anda tidak mengabaikan langkah seterusnya iaitu melembabkan kulit wajah.

Bagi kulit normal, kandungan minyak semula jadi sudah dimiliki. Namun adakalanya ia akan menjadi kering disebabkan pelbagai faktor seperti cuaca, tekanan dan persekitaran. Pilih pelembab yang ringan dalam bentuk losyen.

Jika anda yang memiliki kulit kering p**a, pelembab adalah penting untuk menjaga keanjalan kulit wajah anda. Gunakan pelembab yang bertekstur keras seperti krim.

Tetapi, jika anda mempunyai kulit berminyak, elakkan daripada menggunakan pelembab. Ini kerana kejenjar sebum anda sudah aktif mengeluarkan minyak. Bagaimanapun, anda boleh menggunakan pelembab yang mengandungi bahan menyerap minyak yang berasaskan air. Selamat mencuba!

#3- Pelindung UV

Pendedahan terhadap cahaya matahari kadang-kala tidak dapat dielakkan. Maklumlah, kita tinggal di negara beriklim panas, Malaysia.

Tahukah anda, kulit yang kering akibat terdedah kepada cahaya matahari mampu membuatkan kulit anda berkedut dengan kadar yang cepat. Disebabkan itu, tiada sebab untuk anda tidak menggunakan pelindung UV matahari dengan kandungan SPF paling kurang, 30.

Bagi kulit yang berminyak, gunakan pelindung yang mengandungi bahan mineral dan organik. -VVANISTA.MY

Testimoni pd wajah sendiri
08/01/2019

Testimoni pd wajah sendiri

Address

Taiping
34000

Telephone

+60134666949

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Falina Mobile Facial Spa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share