Hospital Tanah Merah - RASMI

Directions Website Contact the business

Hospital Tanah Merah - RASMI Facebook rasmi Hospital Tanah Merah Ini adalah Laman Rasmi Facebook bagi Hospital Tanah Merah.

πŸ©·ππ„πŒπ„π‘πˆπŠπ’π€π€π πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π ππ„π‘π‚π”πŒπ€ π’π„πŒππ„ππ€ π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π π–π€ππˆπ“π€ 🩷Jom datang beramai-ramai ke Sambutan Hari Kesihat...
04/10/2026

πŸ©·ππ„πŒπ„π‘πˆπŠπ’π€π€π πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π ππ„π‘π‚π”πŒπ€ π’π„πŒππ„ππ€ π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π π–π€ππˆπ“π€ 🩷

Jom datang beramai-ramai ke Sambutan Hari Kesihatan Wanita anjuran Hospital Tanah Merah dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah yang menawarkan pelbagai pemeriksaan kesihatan secara PERCUMA! πŸ’—

πŸ“ Lokasi: Lobi Emerald, Hospital Tanah Merah
πŸ“… Tarikh: 12 Oktober 2026 (Isnin)
⏰ Masa: 9.00 pagi – 3.00 petang

✨ Antara pemeriksaan yang disediakan:
🩷 Pemeriksaan kendiri payudara
🩺 Pemeriksaan kesihatan
πŸŽ€ Saringan kanser pangkal rahim

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan saringan awal. Kesihatan wanita, keutamaan kita bersama. πŸ’•

🌸 Jom hadir dan manfaatkan pemeriksaan percuma yang disediakan!








πŸŽ€ 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 πŠπ„π’π„πƒπ€π‘π€π πŠπ€ππ’π„π‘ ππ€π˜π”πƒπ€π‘π€ πŸŽ€1 Oktober 2026- Kanser payudara merupakan antara kanser yang paling lazim berlaku. Pe...
01/10/2026

πŸŽ€ 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 πŠπ„π’π„πƒπ€π‘π€π πŠπ€ππ’π„π‘ ππ€π˜π”πƒπ€π‘π€ πŸŽ€

1 Oktober 2026- Kanser payudara merupakan antara kanser yang paling lazim berlaku. Pengesanan pada peringkat awal dapat membantu meningkatkan peluang untuk mendapatkan rawatan yang berkesan.

πŸͺž Periksa payudara sendiri secara berkala dan kenali perubahan yang luar biasa.

🩺 Dapatkan pemeriksaan kesihatan mengikut nasihat dan saranan pegawai perubatan.

πŸ’‘ Jangan abaikan tanda-tanda mencurigakan. Dapatkan nasihat dan pemeriksaan perubatan dengan segera sekiranya terdapat perubahan pada payudara.

πŸŽ€ Kesan awal, rawat awal.

Ayuh tingkatkan kesedaran dan jadikan penjagaan kesihatan payudara sebagai sebahagian daripada amalan hidup sihat.






πŸŽ‰ π“π€π‡ππˆπ€π‡ 𝐃𝐀𝐍 π’π˜π€ππ€π’! πŸ†πŸ«°πŸ»Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada En. Yusnawera bin Yusoff, Ketua Unit Rehabilitasi, Hos...
29/09/2026

πŸŽ‰ π“π€π‡ππˆπ€π‡ 𝐃𝐀𝐍 π’π˜π€ππ€π’! πŸ†πŸ«°πŸ»

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada En. Yusnawera bin Yusoff, Ketua Unit Rehabilitasi, Hospital Tanah Merah (HTM), atas kejayaan merangkul JOHAN Pertandingan Video Pendek β€œVOICE OF AHP”, mewakili Perkhidmatan Terapi Cara Kerja, Hospital Tanah Merah, sempena Sambutan 20 Tahun Sains Kesihatan Bersekutu Peringkat Kebangsaan.

πŸ† π‰πŽπ‡π€π ππ„π‘π“π€ππƒπˆππ†π€π π•πˆπƒπ„πŽ ππ„ππƒπ„πŠ β€œπ•πŽπˆπ‚π„ πŽπ… 𝐀𝐇𝐏”

Penghasilan video ini mengetengahkan komitmen warga HTM dalam memberikan pengalaman terbaik kepada pesakit, selaras dengan aspirasi β€œSaya, Pengalaman Terbaik Pesakit”.

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan buat Hospital Tanah Merah serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja untuk terus memberikan perkhidmatan yang berkualiti, profesional dan berfokuskan pengalaman terbaik pesakit.

Syabas dan tahniah En Yusnawera Yusoff and Team Unit Rehabilitasi HTM! πŸ‘πŸ»πŸŽ‰

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama Hospital Tanah Merah di peringkat kebangsaan.

Ikhlas daripada:
Pengurusan Tertinggi & Warga Kerja
Hospital Tanah Merah











29/09/2026
πŸ†  π“π€π‡ππˆπ€π‡ π‡πŽπ’ππˆπ“π€π‹ 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 πŒπ„π‘π€π‡! πŸ†πŸŒŸ 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 π‡πŽπ’ππˆπ“π€π‹ π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ† πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π, πŠπ”π€π‹πˆπ“πˆ & ππ‘π„π’π“π€π’πˆ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ” 🌟(𝐊𝐚𝐭𝐞𝐠𝐨𝐫𝐒 𝐇𝐨𝐬...
29/09/2026

πŸ† π“π€π‡ππˆπ€π‡ π‡πŽπ’ππˆπ“π€π‹ 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 πŒπ„π‘π€π‡! πŸ†

🌟 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 π‡πŽπ’ππˆπ“π€π‹ π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ† πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π, πŠπ”π€π‹πˆπ“πˆ & ππ‘π„π’π“π€π’πˆ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ” 🌟
(𝐊𝐚𝐭𝐞𝐠𝐨𝐫𝐒 π‡π¨π¬π©π’π­πšπ₯ π‰πžπ§π’π¬ πŸ‘)

26 September 2026- Hospital Tanah Merah (HTM) telah menerima pengiktirafan 5 Bintang dalam Anugerah Hospital Cemerlang, Kualiti & Prestasi Tahun 2026 bagi kategori Hospital Jenis 3.

Pengiktirafan ini merupakan cerminan komitmen berterusan seluruh warga HTM dalam memastikan aspek kualiti, prestasi dan kecemerlangan terus diperkukuh dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat.

Penyampaian anugerah tersebut dilaksanakakan semasa persidangan Pengarah Pengarah Hospital peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertempat di Hotel Grand Lexis,Port Dickson.

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Pengarah Hospital Tanah Merah, barisan Timbalan Pengarah, Ketua Jabatan, Ketua Unit serta seluruh warga HTM atas komitmen, kerjasama dan dedikasi yang telah menyumbang kepada pencapaian yang membanggakan ini.

Tahniah dan syabas, warga HTM! 🫢🏻🫰🏻







29/09/2026

❀️ π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ 𝐉𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐆 π’π„πƒπ”ππˆπ€

Sempena Hari Jantung Sedunia, KKM menyeru masyarakat agar meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menjaga kesihatan jantung dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Pemakanan seimbang, aktiviti fizikal yang mencukupi, tidak merokok serta pemeriksaan kesihatan secara berkala merupakan antara langkah penting dalam memelihara kesihatan jantung.

Marilah kita bersama-sama mengambil langkah proaktif dalam menjaga kesihatan jantung demi kesejahteraan dan kualiti hidup yang lebih baik.

πŒπ„π‘π€π…π€πŠ π’π„πŒππ€π‡, πŒπ„ππ‰π”ππ‰π”ππ† πŠπ€π’πˆπ‡Merafak sembah dan menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muham...
28/09/2026

πŒπ„π‘π€π…π€πŠ π’π„πŒππ€π‡, πŒπ„ππ‰π”ππ‰π”ππ† πŠπ€π’πˆπ‡

Merafak sembah dan menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, serta setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Tuanku yang ke-57 pada 29 September 2026.

Semoga Allah SWT sentiasa melindungi dan merahmati Tuanku, mengurniakan kesihatan, kesejahteraan serta usia yang diberkati, dalam terus mencurahkan bakti dan menaungi rakyat dengan penuh kebijaksanaan, keadilan dan kasih sayang.

Daulat Tuanku!

Ikhlas daripada
Pengurusan Tertinggi dan Warga Kerja
Hospital Tanah Merah







ππ„ππ†πŠπ„π‹ πŠπ„π’π„π‹π€πŒπ€π“π€π ππ„π’π€πŠπˆπ“ (ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐏𝐄𝐍𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 πˆππ“π„π‘π•π„ππ’πˆ) ππ„π’π€πŠπˆπ“ 𝐉𝐀𝐓𝐔𝐇 ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ π‡πŽπ’ππˆπ“π€π‹ 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 πŒπ„π‘π€π‡ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”2...
28/09/2026

ππ„ππ†πŠπ„π‹ πŠπ„π’π„π‹π€πŒπ€π“π€π ππ„π’π€πŠπˆπ“ (ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐏𝐄𝐍𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 πˆππ“π„π‘π•π„ππ’πˆ) ππ„π’π€πŠπˆπ“ 𝐉𝐀𝐓𝐔𝐇 ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ π‡πŽπ’ππˆπ“π€π‹ 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 πŒπ„π‘π€π‡ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

28 September 2026 – Unit Pengurusan Risiko dan Survelans Klinikal Hospital Tanah Merah (HTM) dengan kerjasama Fall Intervention Team telah menganjurkan Bengkel Keselamatan Pesakit : Program Pencegahan dan Intervensi Pesakit Jatuh Peringkat Hospital Tanah Merah Tahun 2026 bertempat di Dewan Mas Merah, Hospital Tanah Merah.

Bengkel ini telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Mohd Nasir bin Abdul Kadir, Pengarah Hospital Tanah Merah, dan turut dihadiri oleh barisan Timbalan Pengarah Hospital serta warga kerja HTM yang terlibat.

Penganjuran bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran warga kerja mengenai risiko serta faktor yang menyumbang kepada kejadian pesakit jatuh, di samping memperkukuh kemahiran dalam aspek pencegahan dan intervensi. Usaha ini juga merupakan salah satu langkah berterusan HTM dalam memperkasa budaya keselamatan pesakit serta memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang lebih selamat dan berkualiti.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada para penceramah atas perkongsian ilmu dan penyampaian slot yang sangat bermanfaat. Terima kasih juga kepada semua peserta atas komitmen dan penglibatan aktif sepanjang bengkel berlangsung.

Semoga ilmu dan perkongsian yang diperoleh dapat diterjemahkan dalam amalan seharian, seterusnya menyumbang kepada persekitaran penjagaan kesihatan yang lebih selamat, berkualiti dan berorientasikan keselamatan pesakit.

β€œKeselamatan Pesakit, Tanggungjawab Bersama.”






26/09/2026

Address

HOSPITAL TANAH MERAH
Tanah Merah
17500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Tanah Merah - RASMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Hospital Tanah Merah - RASMI:

Shortcuts

Share