Klinik Harmoni Tanah Merah 24 Jam

Klinik Harmoni Tanah Merah 24 Jam Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Klinik Harmoni Tanah Merah 24 Jam, Medical and health, Tingkat Bawah, Lot 8363, Mukim Maka, Daerah Kusial, Jajahan Tanah Merah, Tanah Merah.
(3)

10/08/2026

🚨 Harap kita tak pernah berdepan situasi ini... tetapi kalau ia berlaku, adakah kita tahu apa yang perlu dibuat?

Ramai orang panik apabila melihat seseorang rebah. Ada yang terus mengangkat mangsa, menyiram air atau mengerumuni mereka.

Sedangkan tindakan pertama yang betul boleh memberi kesan besar sementara menunggu pasukan perubatan tiba.

πŸ’™ Luangkan beberapa minit untuk belajar. Ilmu ini mungkin tidak digunakan setiap hari, tetapi suatu hari nanti ia mungkin menjadi sebab seseorang masih mempunyai peluang untuk terus hidup.

πŸ“² Save & share posting ini kepada keluarga dan rakan-rakan. Semoga ia menjadi ilmu yang tidak pernah perlu digunakan, tetapi sentiasa berguna jika diperlukan.

06/08/2026

Tanda-Tanda Awal Perkembangan Anak Terlengkah: Ibu Bapa Wajib Ambil Tahu! πŸ’‘πŸ‘Ά
Adakah anda perasan anak kurang fokus, lambat bercakap, atau perkembangan tak seiring dengan usia rakan sebaya? Jangan ambil mudah! Ini mungkin antara tanda awal ADHD, Autism, atau Speech Delay.

πŸ” Tanda-tanda penting yang perlu diperhatikan:

Seusia 12 Bulan: Tiada respon/tindak balas kepada ibu bapa atau persekitaran.

Seusia 18 Bulan: Masih belum boleh berjalan ATAU tiada sebarang perkataan yang jelas.

Seusia 2 Tahun: Tiada susunan ayat ringkas atau mengalami penundaan (delay) perkembangan.

Jangan tunggu lagi jika ada tanda-tanda ini pada anak anda. Dapatkan nasihat doktor dan penilaian awal dengan segera. 🩺❀️

Hubungi atau kunjungi Klinik Harmoni yang terdekat untuk konsultasi lanjut.

Hashtags:

"Jangan terasa hati kalau ibu bapa tak bagi cium bayi mereka..."Bukan sebab sombong.Mereka cuma sedang melindungi anak y...
27/07/2026

"Jangan terasa hati kalau ibu bapa tak bagi cium bayi mereka..."

Bukan sebab sombong.

Mereka cuma sedang melindungi anak yang sistem imunnya masih belum matang.

Kadang-kadang, batuk atau selesema yang ringan pada orang dewasa boleh memberi kesan yang lebih serius kepada bayi.

❀️ Hormati keputusan ibu bapa. Kasih sayang juga boleh ditunjukkan tanpa perlu mencium bayi.

πŸ‘‡ Tag seseorang yang selalu geram nak cium baby. πŸ‘Ά

24/07/2026

Kenapa luka susah nak sembuh? πŸ©ΈπŸ€•
Ramai ingat luka kecil boleh biar sembuh sendiri. Tapi sebenarnya, ini 3 kesilapan biasa yang buat luka makin teruk:
1️⃣ Biar tanpa cuci/ubat – kuman mudah membiak.
2️⃣ Guna ubat/krim sebarangan – tanpa tahu kandungan sebenar.
3️⃣ Tunggu melarat – dah melarat baru nak cari rawatan.
Luka lambat sembuh mungkin ada sebab lain seperti jangkitan kuman atau kencing manis.
Dapatkan pemeriksaan & rawatan yang betul di Klinik Harmoni. 🩺✨

πŸ‘Ά "Alah... pegang sekejap je."Ayat ini mungkin biasa kita dengar apabila melihat bayi yang baru lahir.Namun, bagi bayi t...
23/07/2026

πŸ‘Ά "Alah... pegang sekejap je."

Ayat ini mungkin biasa kita dengar apabila melihat bayi yang baru lahir.

Namun, bagi bayi terutamanya yang berusia di bawah 3 bulan, sistem imun mereka masih belum matang. Jangkitan yang ringan bagi orang dewasa seperti batuk, selesema atau demam boleh memberi kesan yang lebih serius kepada bayi.

🀲 Sebelum menyentuh bayi:
βœ… Basuh tangan dengan sabun.
βœ… Elakkan memegang bayi jika anda tidak sihat.
βœ… Hormati keputusan ibu bapa jika mereka tidak membenarkan orang lain memegang atau mencium bayi.

❀️ Melindungi bayi bukan bermaksud menjauhkan mereka daripada kasih sayang, tetapi memastikan setiap sentuhan yang diberikan adalah selamat.

Sayangi bayi, lindungi mereka daripada jangkitan yang boleh dicegah.

21/07/2026

Susah nak buang tabiat merokok? 🚭

Kesian kat anak kerap batuk & asma sebab asap rokok.

Jom dapatkan rawatan & konsultasi berhenti merokok di Klinik Harmoni. Kami sedia bantu anda demi kesihatan keluarga! ❀️

πŸ“ Walk-in ke mana-mana cawangan Klinik Harmoni terdekat."

🀧 Influenza bukan sekadar selesema biasa.Ia boleh menyebabkan demam tinggi secara tiba-tiba, sakit badan, batuk, sakit t...
20/07/2026

🀧 Influenza bukan sekadar selesema biasa.

Ia boleh menyebabkan demam tinggi secara tiba-tiba, sakit badan, batuk, sakit tekak dan keletihan yang ketara. Virus ini juga mudah merebak melalui titisan pernafasan apabila seseorang batuk, bersin atau bercakap.

πŸ’‘ Jika anda mengalami simptom, ambil langkah berjaga-jaga:
βœ”οΈ Berehat di rumah jika tidak sihat.
βœ”οΈ Pakai pelitup muka apabila perlu.
βœ”οΈ Amalkan kebersihan tangan.
βœ”οΈ Dapatkan pemeriksaan jika simptom berlarutan, semakin teruk atau anda berada dalam kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas, wanita hamil dan individu yang mempunyai penyakit kronik.

❀️ Lindungi diri, lindungi keluarga dan lindungi komuniti.

17/07/2026

ADA MASALAH KULIT TAPI TAK TAHU NAK MERAWAT DEKAT MANA? πŸ€”

Jangan risau, doktor di Klinik Harmoni Cawangan Tanah Merah sedia membantu anda!

Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan rawatan untuk masalah kulit seperti:
βœ… Jerawat
βœ… Jeragat
βœ… Ketuat
βœ… Ekzema..dan banyak lagi!

Jom datang buat pemeriksaan dan dapatkan konsultasi serta rawatan lanjut daripada doktor kami.

πŸ“ Lokasi Klinik:
Tingkat Bawah, Maka Daerah Kusial,
Lot 8363, Mukim Tanah Merah,
17500 Tanah Merah, Kelantan.

πŸ“ž Hubungi / WhatsApp Kami:
+60 14-571 1531

🚨 STOP ikut skincare orang lain kalau tak kenal kulit sendiri.Ramai yang beli skincare sebab:❌ Viral di TikTok❌ Ramai af...
15/07/2026

🚨 STOP ikut skincare orang lain kalau tak kenal kulit sendiri.

Ramai yang beli skincare sebab:
❌ Viral di TikTok
❌ Ramai affiliate review
❌ Tengok kulit orang terus cantik

Tapi...

Kulit setiap orang berbeza.

Produk yang sesuai untuk orang lain belum tentu sesuai untuk anda.

Salah pilih produk boleh menyebabkan:
⚠️ Jerawat makin teruk
⚠️ Kulit jadi sensitif
⚠️ Kemerahan & iritasi
⚠️ Skin barrier rosak

πŸ’‘ Sebelum beli skincare, kenali dulu jenis kulit anda. Jangan jadikan kulit sendiri sebagai tempat "try & error".

πŸ‘‡ Pernah tak anda beli skincare sebab viral, tapi akhirnya kulit jadi lagi teruk? Kongsi pengalaman di ruangan komen.

Address

Tingkat Bawah, Lot 8363, Mukim Maka, Daerah Kusial, Jajahan Tanah Merah
Tanah Merah
17500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Harmoni Tanah Merah 24 Jam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Klinik Harmoni Tanah Merah 24 Jam:

Shortcuts

Share