Alpro Farmasi Tanjung Malim

Alpro Farmasi Tanjung Malim "For a healthy and vibrant world"

Ramai sangka serangan jantung hanya datang sebagai sakit dada yang kuat.Hakikatnya, gejala boleh berbeza antara lelaki d...
27/08/2026

Ramai sangka serangan jantung hanya datang sebagai sakit dada yang kuat.

Hakikatnya, gejala boleh berbeza antara lelaki dan wanita.
Lelaki lebih kerap mengalami sakit dada yang jelas, manakala wanita p**a boleh mengalami gejala yang lebih sukar dikenali seperti cepat letih, loya, sesak nafas atau sakit di rahang dan belakang.

Namun, ada beberapa gejala yang boleh berlaku pada kedua-duanya, antaranya:

• Sakit, tekanan atau ketidakselesaan di dada
• Sesak nafas
• Berpeluh sejuk
• Pening atau hampir pengsan
• Sakit yang menjalar ke lengan, bahu, leher, rahang atau belakang
• Cepat letih secara tiba-tiba

Jangan tunggu sehingga sakit menjadi terlalu teruk.
Jika gejala berlanjutan lebih daripada beberapa minit, datang ketika berehat, atau disertai sesak nafas, pengsan atau berpeluh sejuk, dapatkan rawatan kecemasan dengan segera.

Mengenali tanda awal boleh menyelamatkan nyawa. Jangan abaikan isyarat yang diberikan oleh tubuh.

💙 CarePass: Kami Dah Aktif & Redeem! 🔓✨Kali ni team Alpro Farmasi Tanjong Malim bukan sekadar cerita pasal CarePass… kam...
18/08/2026

💙 CarePass: Kami Dah Aktif & Redeem! 🔓✨
Kali ni team Alpro Farmasi Tanjong Malim bukan sekadar cerita pasal CarePass… kami cuba sendiri! 😆

✅ Aktifkan CarePass
✅ Redeem Optiseen Eye Health Supplement
✅ Rasai sendiri manfaatnya 💙

Optiseen membantu menyokong kesihatan mata, terutama untuk mereka yang selalu menghadap skrin, bekerja di bawah cahaya terang atau menggunakan mata secara intensif setiap hari.

Terus hilang rasa mata kering dan letih 👀✨

Jom singgah ke Alpro Farmasi Tanjong Malim dan kami bantu anda aktifkan CarePass! 💙

Aktifkan. Rasai. Kongsi. ✨

17/08/2026
😷Jerebu merupakan satu fenomena yang berpunca daripada kehadiran banyak partikel kecil yang tidak dapat dilihat oleh mat...
16/08/2026

😷Jerebu merupakan satu fenomena yang berpunca daripada kehadiran banyak partikel kecil yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.
🌫️⚠️Jerebu yang berpanjangan akan mendatangkan kesan buruk kepada orang ramai.
Oleh itu, disarankan agar orang ramai dapat mengambil beberapa tindakan untuk mengurangkan kesan buruk jerebu kepada kesihatan

Hati merupakan organ dalaman terbesar yang terletak di bahagian kanan abdomen manusia. Hati mempunyai fungsi yang pelbag...
01/08/2026

Hati merupakan organ dalaman terbesar yang terletak di bahagian kanan abdomen manusia. Hati mempunyai fungsi yang pelbagai. Ia bukan sahaja berfungsi untuk menyingkirkan toksin dari dalam darah tetapi juga memainkan peranan penting dalam mengawal proses metabolisma lemak, protein dan karbohidrat serta penghasilan enzim dan makromolekul yang diperlukan oleh badan.
Oleh yang demikian, kesihatan hati perlu dijaga bagi memastikan hati dapat berfungsi secara normal dan optimum. Kuantiti lemak yang berlebihan di dalam hati adalah salah satu faktor yang boleh menyebabkan kemerosotan atau kegagalan fungsi hati. Keadaan ini dinamakan penyakit hati berlemak atau istilah saintifiknya Fatty Liver Disease.
Penyakit hati berlemak boleh dicegah dengan amalan gaya hidup sihat serta pengesanan awal melalui ujian saringan.

Masalah kekurangan zat makanan dalam kanak-kanak bukan sahaja menjejaskan pertumbuhan tetapi boleh memberikan kesan nega...
01/08/2026

Masalah kekurangan zat makanan dalam kanak-kanak bukan sahaja menjejaskan pertumbuhan tetapi boleh memberikan kesan negatif kepada sistem imuniti tubuh!
Jom pastikan anak kita mendapat cukup tenaga & nutrien yang diperlukan bagi mencegah masalah kekurangan zat makanan

🦟 Tips Kawalan NyamukNyamuk boleh membiak dengan cepat di kawasan yang mempunyai air bertakung dan persekitaran yang kur...
01/08/2026

🦟 Tips Kawalan Nyamuk

Nyamuk boleh membiak dengan cepat di kawasan yang mempunyai air bertakung dan persekitaran yang kurang bersih. Oleh itu, langkah pencegahan yang konsisten amat penting bagi membantu mengurangkan risiko pembiakan nyamuk di sekitar kediaman dan premis.

Amalkan langkah-langkah kawalan nyamuk seperti yang dikongsikan dalam poster ini demi mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, selamat dan selesa untuk seisi keluarga.

29/07/2026
Cara-Cara nak turunkan panas badan: *Gunakan air suam. Lap perlahan pada badan, leher, ketiak dan pelipat paha supaya ha...
28/07/2026

Cara-Cara nak turunkan panas badan:

*Gunakan air suam. Lap perlahan pada badan, leher, ketiak dan pelipat paha supaya haba dapat dilepaskan melalui permukaan kulit yang lebih luas.
*Jangan gunakan air ais atau air terlalu sejuk.
*Jika anak mula menggigil, hentikan. Menggigil menyebabkan badan menghasilkan lebih banyak haba.
*Pastikan anak minum air atau susu secukupnya, pakaikan baju nipis dan selesa, serta beri ubat demam mengikut dos yang betul jika anak tidak selesa.

Address

No. 3 & 5, Lot 370 & 371, Jalan Loke Yew
Tanjung Malim
35900

Opening Hours

Monday 09:00 - 21:30
Tuesday 09:00 - 21:30
Wednesday 09:00 - 21:30
Thursday 09:00 - 21:30
Friday 09:00 - 21:30
Saturday 09:00 - 21:30
Sunday 09:00 - 21:30

Telephone

+60192914923

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alpro Farmasi Tanjung Malim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Alpro Farmasi Tanjung Malim:

Shortcuts

Share