25/11/2023
KURSUS : Kursus Penghasilan Kuih Sejuk Beku (Kuih Onde-Onde & Kuih Kasturi)
Pengajar : Puan Hasnah Harun (Pengasas Gadisku Frozen Food) , Cik Nurul Afidah Nasir.
Tarikh : 25 & 26 November 2023
Peserta : 60 peserta.
Alhamdulillah Kini Gadisku Frozen Food - Penang terus menabur bakti kepada masyarakat untuk terlibat memberi tunjuk ajar dan latihan untuk Kursus Penghasilan Kuih Sejuk Beku (Kuih Onde Onde dan Kuih Kasturi)
Terima Kasih Pihak Penganjur Pejabat Daerah & Tanah Seberang Perai Utara yang sentiasa memberi peluang kepada kami untuk berkongsi ilmu yang tak seberapa ini bersama-sama dengan golongan suri rumah, peniaga kecil yang berminat untuk mengubah nasib hidup mereka..
Kursus diadakan selama dua hari dengan 2 sesi di mana 30 orang dalam satu sesi. Bertempat di Dewan Komuniti MPKK Kubang Menerong.
Kursus dimulai dengan teori dan terus praktikal secara hands on dimana para peserta akan terus belajar teknik dan method yang betul unyuk penghasilan kuih sejuk beku.
Tahniah kepada semua yang terlibat.