Yongsari Urutan Tradisional

Directions

Yongsari Urutan Tradisional Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Yongsari Urutan Tradisional, Health & Wellness Website, Taman manik, Teluk Intan.

Kembar Seiras, PerempuanKembar 637 lahir pukul 5:00 pagi, berat 2.0 kgKembar 638 lahir pukul 5:01 pagi, berat 2.3 kg.Ter...
07/10/2025

Kembar Seiras, Perempuan

Kembar 637 lahir pukul 5:00 pagi, berat 2.0 kg
Kembar 638 lahir pukul 5:01 pagi, berat 2.3 kg.

Terpaksa letak tanda sebab saya pun tak boleh cam mana satu adik, mana satu kakak. Mak tak buang lagi gelang kaki sebab takut tertukar.

Daun belimbing buluh daun herbs yang buat rahim cepat kecut lepas bersalin.. Proses bertungku dengan daun ni sebenarnya ...
07/10/2025

Daun belimbing buluh daun herbs yang buat rahim cepat kecut lepas bersalin..

Proses bertungku dengan daun ni sebenarnya tak menghasilkan bau

Tapi sumpah la memang pokok ni rare sangat zaman sekarang. Kat kampung2 pn jarang2 jumpa.

Sebab tu tak ramai yg tau kebaikan
• Bantu buang angin & toksin ringan melalui peluh
• Ada kesan menyegarkan & kurangkan bau badan sebab daun ni ada sedikit rasa masam semula jadi
• Bagus juga untuk badan rasa ringan lepas bertungku

Zaman dulu selain daun mengkudu n kunyit,daun ni antara fav herb tau.

Penjagaan Ibu Bersalin Profesional Servis Ke RumahIbu lepas bersalin memang perlukan sentuhan urutan yang betul supaya b...
15/09/2025

Penjagaan Ibu Bersalin Profesional Servis Ke Rumah

Ibu lepas bersalin memang perlukan sentuhan urutan yang betul supaya badan cepat pulih dan emosi pun stabil.

Dengan Bonda Jaga, anda dijaga oleh terapis berpengalaman, bertauliah DKM Postnatal & berdaftar dengan PT&K – jadi keselamatan dan teknik memang terjamin.

Kenapa Ramai Ibu Pilih Bonda Jaga?
✨ Ilmu & pengalaman terapis – urutan postnatal, bertungku, bengkung & herba.
✨ Pemulihan menyeluruh – bantu lancarkan darah, kecutkan rahim & kurangkan sengal badan.
✨ Peralatan & ramuan premium – herba asli, minyak urut berkualiti.
✨ Servis ke rumah – ibu boleh rehat, bayi pun selesa.

💛 Kami percaya setiap ibu berhak rasa dimanja, disayangi & dipulihkan dengan cara yang selamat.

📞 Tempah Slot Awal – Jadual Cepat Penuh!
WhatsApp :- wa.my/60167690506/postnatal

Lepas 3 hari jangan lupa bg feedback ya puan! Gitu laaa pesan sebelum balik. Kadang2 dorang bg feedback tak sempat nak r...
11/09/2025

Lepas 3 hari jangan lupa bg feedback ya puan! Gitu laaa pesan sebelum balik.

Kadang2 dorang bg feedback tak sempat nak repost fb.

Sebenarnya satu kepuasan bila kita jadi salah satu asbab kesihatan orang lain makin baik. Dia x sama dengan kita juai produk.

Syukur selalu dapat feedback positif yg macam ni. Inn sha Allah selagi kesihatan mengizinkan akan terus berbakti ☺️☺️

Kome boleh roger kalau nak dapatkan hasil sentuhan urutan tradisional melayu atau pakej ibu bersalin.

💐 Terima kasih buat semua ibu hebat yang ambil pakej bersalin sepanjang bulan Ogos.Truly grateful for the trust you gave...
04/09/2025

💐 Terima kasih buat semua ibu hebat yang ambil pakej bersalin sepanjang bulan Ogos.

Truly grateful for the trust you gave us to take care of both mommy & baby during such a precious moment.

Setiap cust sporting, baik hati & buat mood pantang jd happy walaupun tengah dalam fasa mencabar.

Walaupun buat jarang marketing, tapi syukur ramai yang recommend & share pengalaman sendiri. That means a lot to our small but strong team that I really love 🫶

Semoga ibu2 semua & baby akan membesar dengan penuh kasih sayang dan dilimpahi rezeki yg berpanjangan. May your journey of motherhood be filled with health, love & endless blessings. 🤍✨

Cik kak, cik adik, cik puan semua.Dah lama badan minta rehat?Lenguh tak habis-habis, tidur pun tak lena?Haaa... inilah m...
17/05/2025

Cik kak, cik adik, cik puan semua.

Dah lama badan minta rehat?
Lenguh tak habis-habis, tidur pun tak lena?
Haaa... inilah masa dia.

datang lagi!
Dari 18 Mei sampai 31 Mei, kami buka ruang khas untuk korang manja diri & recharge balik tenaga.

Apa yang best?

Urutan badan penuh dengan sentuhan penuh kasih

Rawatan tradisional yang melegakan

Suasana tenang, wangi, dan damai

Harga manja poket, bukan main-main

Nak booking cepat, takut slot penuh sebab kita nak bagi 10 orang terawal.

Klik je WhatsApp kami terus wa.my/601130532330/PayDay
Atau PM terus kat FB pun boleh.

Alhamdulillah next SLIM RIVER 🕊️Total terapis Yongsari Therapy & Confinement LadyHilir Perak ✅Perak tengah ✅Kinta ✅Sungk...
14/05/2025

Alhamdulillah next SLIM RIVER 🕊️

Total terapis Yongsari Therapy & Confinement Lady

Hilir Perak ✅
Perak tengah ✅
Kinta ✅
Sungkai ✅
Slim river ✅

Semua yg diatas ada kelulusan SKM dan DKM. Mempunyai akta 775 dibawah seliaan tradisional & komplementari.

Kadang, Kita Letih Bukan Saja2... Tapi Sebab Badan Terlalu Lama Bertahan Penat fizikal boleh diurut.Penat emosi... kadan...
11/05/2025

Kadang, Kita Letih Bukan Saja2... Tapi Sebab Badan Terlalu Lama Bertahan

Penat fizikal boleh diurut.
Penat emosi... kadang lega bila tubuh disentuh dengan kasih.

Berikan ruang untuk tubuh dan jiwa anda berehat.

Urutan tradisional bukan sekadar sentuhan – ia terapi, kasih sayang, dan rehat yang anda layak dapatkan.

Dapatkan servis urutan tradisional 👇👇👇

✔ Minyak herba warisan
✔ Layanan penuh hormat & selesa
✔ Tanpa caj pengangkutan
✔️ Mempunyai SKM3 urut terapi dan DKM4 postnatal

Tempah masa untuk diri sendiri.

www.wasap.my/601130532330/TherapisWanita

07/05/2025

Tadi tengah urut seorang pelanggan yang baru pertama kali jumpa aku. Masa aku pegang tangan dia, aku perasan tangan dia sejuk semacam.

Aku pun tanya,
“Sejuk tangan ni... awak jenis kuat fikir ya?”

Dia terus senyum, macam ada rahsia terbongkar.
“Betul lah kak... otak ni tak berhenti fikir dari pagi sampai malam. Kadang tengah tidur pun macam otak berjaga.”

Aku angguk je. Dalam hati aku, "Ramai sebenarnya wanita macam ni..."

Kuat jaga keluarga. Kuat kerja. Kuat tahan. Tapi lupa nak jaga diri sendiri.

Kadang-kadang urut bukan sekadar nak buang angin atau betulkan urat. Tapi nak bagi ruang untuk diri berehat. Tenang. Tarik nafas panjang-panjang, dan lepaskan semua beban sekejap.

Hari ni, aku bersyukur sebab aku bukan sekadar tukang urut. Tapi juga pendengar. Penenang. Penyayang.

Semoga yang baca ni pun jumpa ruang untuk sayang diri sendiri, walaupun sekejap.

24/04/2025

Kenapa lepas raya rasa lemau semacam je?

Bukan makanan yang salah.Tapi badan kita dah ter overload dengan makanan raya!

Lepas beberapa hari ‘open house’ — rendang, kuah kacang, air manis, kek, kuih berlapis-lapis, sistem badan kita pun dah penat nak proses semua tu.

Dengan gua tinggi, minyak banyak, kurang serat. Semua tu buat badan rasa berat, lesu, dan cepat letih.

Apa nak buat?

Jom reset pelan2.

Mulakan pagi dengan air suam & lemon (ringankan fungsi hati)

Lebihkan sayur hijau & buah (bagi serat cuci usus)

Kurangkan air manis, lebihkan air kosong

Cuba elakkan makanan bergoreng dlm tempoh seminggu dua.

Kalau boleh, buat sup detox atau jus homemade

Ingat, badan kita ni bijak,bagi peluang dia rehat & pulih, nanti akan segar macam biasa.

Raya dah nak habis, jom kita jaga diri p**a!

Address

Taman Manik
Teluk Intan
36000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yongsari Urutan Tradisional posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share