08/08/2026
Mangga harumanis
[INFO] BENARKAH HARUM MANIS BOLEH MELANGSINGKAN TUBUH?
Bulan ini, negeri di utara tanah air akan mengirimkan aroma harum lagi manis kepada seluruh Malaysia.
Buah mempelam yang memiliki isi kuning keemasan yang begitu tebal dan aroma harum yang menusuk kalbu ini begitu sinonim dengan negeri Perlis.
Benarkah Harum Manis boleh melangsingkan tubuh?
Ikuti kupasan PHM.
✅Satu kajian terbaru menunjukkan, buah mangga berpotensi untuk dijadikan bahan untuk mengawal berat badan dengan menyekat perkembangan sel lemak.
✅ Kajian yang berbeza menunjukkan kulit buah mangga boleh menyekat pembentukan tisu lemak, sama seperti fungsi anti oksidan resveratol.
✅ Buah-buahan manis seperti mangga boleh mempunyai banyak gula. Tetapi gula buahnya berbeza daripada gula yang diproses kerana ia diseimbangkan oleh serat dan pelbagai nutrien untuk badan.
✅ Buah-buahan manis seperti mangga juga merupakan alternatif yang BAIK untuk makanan ringan dan makanan segera yang sememangnya TIDAK SIHAT
KHASIAT LAIN MANGGA
✅ Vitamin A
Mango kaya dengan vitamin A. Vitamin ini mempunyai banyak fungsi penting dalam tubuh, terutamanya untuk mata dan kulit. Ia juga meningkatkan kesihatan tulang anda, serta sistem pembiakan dan sistem imun.
✅ Vitamin C
Mango adalah salah satu sumber makanan tertinggi vitamin C. Vitamin ini penting untuk sistem imun anda.
✅ Anti Kanser
Mikronutrien dalam mangga boleh melawan sel kanser. Dalam satu kajian haiwan, mangga menurunkan saiz tumor dan menyekat faktor pertumbuhan kanser. Dalam kajian lain, mangga menghancurkan kanser payudara peringkat awal.
✅ Melancarkan pencernaan
Penggunaan mangga telah menunjukkan hasil yang mengagumkan pada orang yang mengalami sembelit kronik.
PENTING!!
✅KESEDERHANAAN ANDALAH KUNCI
Pastikan pengambilan anda TIDAK melebihi 2 cawan sehari.
✅ Sekiranya anda menghidap kencing manis atau keadaan kesihatan lain yang membuat anda sensitif terhadap buah atau gula, berbincang dengan doktor anda tentang apa yang sesuai untuk anda.
✅ Kajian manfaat buah mempelam masih di peringkat awal dan memerlukan lebih banyak kajian yang lebih kukuh
*Owh ya, khabarnya Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), telah menghasilkan mempelam Harumanis yang mampu mengeluarkan buah sepanjang tahun . Tidak perlulah menanam ketum untuk menjana pendapatan.
Nak Sihat? Mujur Ada Buah!