Permai Polyclinics HM Solaris Tuaran

Call Directions Website Contact the business

Permai Polyclinics HM Solaris Tuaran Klinik Perubatan Dan Pembedahan Di Pekan Tuaran

Good morning and happy Friday. Wishing you an easy start and a bright finish.
08/10/2026

Good morning and happy Friday. Wishing you an easy start and a bright finish.

BILA SEKOLAH PATUT DITUTUP KERANA JEREBU?Garis panduan KPM jelas:IPU melebihi 100Semua aktiviti murid di luar bilik darj...
07/10/2026

BILA SEKOLAH PATUT DITUTUP KERANA JEREBU?
Garis panduan KPM jelas:
IPU melebihi 100
Semua aktiviti murid di luar bilik darjah perlu dihentikan.
IPU melebihi 200
Sekolah di kawasan atau daerah terlibat hendaklah ditutup serta-merta.
Tak perlu tunggu dua atau tiga hari.
Ia berdasarkan bacaan IPU dan keadaan semasa. (KPM)
Tapi kenapa perlu tutup sekolah? Bukankah murid duduk dalam kelas?
Masalahnya, berada “dalam bangunan” tidak semestinya bermaksud terlindung daripada jerebu.
Banyak bilik darjah menggunakan pengudaraan semula jadi, pintu dan tingkap terbuka, kipas berpusing, tetapi tiada sistem penapisan udara.
Dalam keadaan begini, PM2.5 dari udara luar boleh masuk dengan mudah ke dalam kelas. Perlindungan daripada pencemaran udara mungkin jauh lebih rendah berbanding ruang tertutup yang mempunyai sistem penapisan udara.
Selain itu, pendedahan bukan hanya berlaku ketika belajar.
Murid masih perlu:
— datang dan p**ang dari sekolah
— berjalan antara blok
— berada di koridor
— ke kantin dan tandas
— menunggu bas atau ibu bapa
— melakukan pelbagai pergerakan sepanjang hari
Sebab itu penutupan sekolah apabila IPU berada pada tahap sangat tidak sihat bertujuan mengurangkan keseluruhan tempoh pendedahan kanak-kanak kepada udara tercemar.
Bagaimana p**a kalau semua tingkap ditutup tetapi tiada air purifier?
Menutup pintu dan tingkap biasanya masih membantu mengurangkan kemasukan asap dan PM2.5 dari luar. Jadi ia bukan semestinya lebih buruk daripada membuka semua tingkap.
Tetapi menutup bilik sahaja belum tentu mencukupi.
Perlindungan yang lebih baik ialah:
ruang tertutup + minimum kemasukan udara luar tercemar + sistem penapisan udara yang sesuai.
EPA turut mengesyorkan pintu dan tingkap ditutup ketika episod asap, dan penggunaan sistem HVAC dengan penapis atau portable air cleaner jika tersedia. (US EPA)
Kanak-kanak juga merupakan antara kump**an yang perlu diberi perhatian khusus ketika episod pencemaran udara, terutama mereka yang mempunyai asma atau penyakit kronik. (CDC)
Jadi apabila IPU melebihi 200, arahan menutup sekolah bukanlah berlebihan.
Kita tidak boleh menganggap semua bilik darjah adalah tempat perlindungan daripada jerebu hanya kerana ada empat dinding dan bumbung.

Credit to Public Health Malaysia

07/10/2026

betul atau salah ?🤔

Good morning :)
06/10/2026

Good morning :)

06/10/2026

Agak plot twist ya🥲

JERAWAT BELAKANG BADAN KENAPA SUSAH SANGAT NAK HILANG?Jerawat bukan hanya berlaku di muka. Bahagian belakang dan bahu ju...
05/10/2026

JERAWAT BELAKANG BADAN KENAPA SUSAH SANGAT NAK HILANG?
Jerawat bukan hanya berlaku di muka. Bahagian belakang dan bahu juga mempunyai banyak kelenjar minyak, sebab itu sesetengah orang mengalami “bacne” yang berulang-ulang sehingga meninggalkan tompok hitam dan parut.
Ia juga bukan semestinya kerana badan kotor.
Jerawat bermula apabila minyak (sebum) dan sel kulit mati menyumbat folikel rambut. Apabila folikel tersumbat, bakteria yang memang hidup pada kulit boleh menyumbang kepada keradangan.
Masalah ini boleh menjadi lebih teruk apabila belakang sering berpeluh dan tertutup lama.
Contohnya memakai baju sukan basah terlalu lama, pakaian terlalu ketat, beg galas yang sentiasa bergesel pada bahu dan belakang atau tidak mandi selepas aktiviti fizikal.
Produk rambut seperti conditioner, hair oil atau produk badan yang terlalu berminyak juga boleh menyumbang jika kerap terkena belakang.
Perubahan hormon, sesetengah ubat dan penggunaan anabolic steroid p**a boleh menyebabkan acne menjadi lebih teruk.
Satu lagi perkara yang ramai lakukan ialah scrub kuat-kuat dan picit jerawat kerana mahu cepat hilang.
Malangnya, ini boleh menambahkan keradangan dan meningkatkan risiko tompok hitam, parut berlubang serta keloid.
Apa yang boleh cuba sendiri?
Untuk acne badan yang ringan, boleh mulakan dengan body wash yang mengandungi benzoyl peroxide. Cari body wash dengan benzoyl peroxide 2.5–5% atau salicylic acid. Contoh: PanOxyl 4% / CeraVe SA.
Produk sebegini boleh didapati di farmasi. Benzoyl peroxide mungkin menyebabkan kulit kering dan boleh melunturkan warna tuala atau pakaian.
Dalam masa sama, ubah rutin harian.
Mandi dan tukar pakaian selepas banyak berpeluh. Jangan duduk berjam-jam dengan baju sukan yang basah. Pilih pakaian yang lebih longgar dan breathable.
Basuh tuala, cadar dan pakaian sukan secara berkala. Elakkan body oil atau produk yang mudah menyumbat pori jika jerawat kerap berlaku.
Dan paling penting jangan picit.
Rawatan jerawat bukan overnight. Biasanya perlu sekitar 8–12 minggu untuk menilai sama ada sesuatu regimen benar-benar membantu.
Bila perlu jumpa doktor?
Dapatkan pemeriksaan jika jerawat menjadi besar, dalam, sangat sakit atau banyak bernanah, semakin meluas, mula meninggalkan parut atau keloid, atau masih tidak bertambah baik selepas beberapa minggu rawatan yang konsisten.
Kes acne yang sederhana hingga teruk mungkin memerlukan ubat preskripsi daripada doktor bukan sekadar tukar body wash.
Rawat jerawat yang masih aktif dahulu.
Jangan tunggu seluruh belakang penuh parut baru mula mencari rawatan.

Credit to Public Health Malaysia

05/10/2026

JANGAN TUNGGU LAMA2 BAH..

Kalau rasa berat badan makin susah dikawal, apa salahnya datang konsultasi dulu dengan doktor.

👨‍⚕️ Di Permai Polyclinics, kami menyediakan Program Pengurusan Berat Badan yang dipantau oleh doktor dan disesuaikan mengikut keperluan setiap individu.

✅ Konsultasi doktor
✅ Pelan rawatan mengikut penilaian
✅ Pemantauan berkala
✅ Harga promosi terhad

⚠️ Slot konsultasi setiap minggu adalah terhad.

TEKAN WASAP DIBAWAH
TEKAN WASAP DIBAWAH
TEKAN WASAP DIBAWAH

05/10/2026

Jangan ba kasi kejut2😒

Selamat pagi semua! 🌿💚Teruskan berusaha walaupun langkah kita perlahan. Setiap usaha yang ikhlas pasti membawa kita lebi...
04/10/2026

Selamat pagi semua! 🌿💚

Teruskan berusaha walaupun langkah kita perlahan. Setiap usaha yang ikhlas pasti membawa kita lebih dekat kepada kejayaan. Jangan menyerah, teruskan melangkah! ✨

Semoga hari anda dipenuhi kesihatan dan perkara yang baik. 🤍

Kami lampirkan jadual bertugas doktor untuk minggu hadapan (05 sehingga 11 Oct) untuk rujukan para pelanggan yang kami k...
04/10/2026

Kami lampirkan jadual bertugas doktor untuk minggu hadapan (05 sehingga 11 Oct) untuk rujukan para pelanggan yang kami kasihi. Jemput datang semua 😊

Address

Lot 25, Block D, HM Solaris, Off Berungis/Kota Belud
Tuaran
84000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Permai Polyclinics HM Solaris Tuaran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Permai Polyclinics HM Solaris Tuaran:

Shortcuts

Share