04/12/2015
BEZA MINERAL WATER & R.O WATER
Pada awal menyertai keusahawanan SHOM saya memasarkan produk penapis air bermineral dan sudah pasarkan secara meluas. Penapis air mineral terbukti kualiti air tapisan air paip keluar menjadi air bermineral dan apabila diuji pH menunjukkan ungu kebiruan.
Ketika alam sekolah, cikgu subjek Sains ajar para pelajar menggunakan kertas litmas untuk uji tahap bacaan alkali dan asid. Tentu kita ingatkan pengalaman itu, dalam makmal buat ujian keasidan dan kealkalian.
Memang semua tahu bahawa ungu kebiruan berunsur alkali. Manakala yang kuning itu asid. Bacaan di bawah pH 7 adalah asid. Bacaan pH 7 adalah nuteral berwarna hijau.
Dalam pada itu, ada segelintir peniaga penapis air yang bukan mineral datang buat kononnya "kajian" gunakan rod letrik dimasukkam ke dalam bekas kaca berisi air mineral. Apabila dialirkan arus letrik maka akan bertindak balas dengan air mineral dan menjadi kelodak atau berbuih-buih berwarna coklat (koko) kononya "bendasing" kotoran yang membahayakan.
Bendasing atau kelodak itu adalah kandungan mineral yang bertindak balas bila dialirkan arus eletrik.
Lalu pakar air yang buat kajian tadi akan masukkan ke dalam air tapisan berwarna kuning yang berasid. Tiada tindakan dan air kelihatan jernih. Maka dikatakan air itu bersih dan amat sesuai untuk kesihatan. Tahukah anda air itu adalah bersifat asid. Ya asid.... Air kekuningan pH dikatakan elok dan sesuai untuk kesihatan...? Aduhai.... mudahnya kita yang tengok pun tahu itu air berasid sebab pH tu kan di bawah bacaan 7. Maka hari-hari air yang kononnya bersih menyihatkan itu sebagai minuman sekeluarga.
Bila pengkaji air yang sama itu diminta uji pH air zam-zam, mereka akan kata air zam-zam tidak boleh diuji nanti "meletup" rod letrik. Betulkan meletup??? Atau takut temberang mereka akan "pecah". Bila air zam-zam diuji sedemikian akan menunjukkan juga berkelodak, berbuih-biuh ada bendasing.
Apakah air zam-zam mahu dinafikan kelebihannya? Air zam-zam merupakan air terbaik, berunsur alkali kaya dengan pelbagai mineral. Bila diuji pH air zam-zam menunjukkan ungu kebiruan.
Jadilah pengguna lebih bijak untuk menilai mana satu penapis air mineral dan bukan penapis air biasa. Sekadar air biasa yang berasid pH 6 dan bukan pH beralkali.
Sekadar berkongsi pengalaman bila berdepan dengan kalangan yang s**a buruk-burukkan penapiS air mineral.
Anda berhak memilih yang mana lebih baik, bukan mudah diperdaya oleh segelintir yang s**a ambil kesempatan. Manfaatkanlah ilmu Sains masa sekolah dulu sedikit sebanyak membantu kita agar tidak mudah diperdayakan oleh sesetengah pihak kononnya air dibawah pH 7 adalah yang elok dan baik untuk kesihatan.