10/05/2026
Makan antibiotik 2 kali kemudian terus berhenti. Alasannnya tak menjadi.
Beberapa hari kemudian datang ke klinik kami, kerana gejala kencing kotor masih belum reda.
Bila ditanya nama antibiotik apa yang diambil di klinik lain sebelum ini pesakit tak tahu.
Kami mulakan kembali rawatan antibiotik setelah ujian air kencing masih menunjukkan wujudnya kuman.
Temujanji diberi hari ke 5. Tetapi pesakit hanya datang hari ke-7. Namun enggan berjumpa doktor kerana doktor lain yang bertugas.
Kesudahnya pesakit datang kembali 2 minggu kemudian. Gejala masih sama.
Ujian khusus air kencing, urine culture dihantar ke makmal.
Keputusannya kuman jenis Escherichia Coli atau nama glamornya E. Coli masih ada dalam air kencing.
Kuman ini juga sudah kebal kepada antibiotik jenis Ciprofloxacin.
Mujurlah masih banyak antibioitik yang masih boleh membunuh kuman ini.
Ini isu yang kerap berlaku bila pesakit tidak mematuhi arahan rawatan, kerintangan antibiotik. Kuman kebal dan tak mati.
Isu pesakit ini :
1. Tidak mengambil antibiotik dengan betul. Hanya 2 biji dan berhenti makan kerana mengharapkan keajaiban dalam rawatan.
2. Antibiotik kedua yang diberi tidak disambung tepat pada masanya walaupun sudah dinasihatkan datang hari ke-5 rawatan sekiranya masih bergejala.
3. Faktor kencing manis juga melambatkan proses penyembuhan.
Dalam rawatan jangkitan kuman, pengambilan antibiotik perlu diambil dengan berdisiplin. Rawatan susulan p**a perlu berterusan tanpa terputus antibiotik sekiranya masih bergejala.
Walaupun nampak biasa, jangkitan kuman yang lama boleh bahayakan nyawa bila tidak diurus dengan betul.