10/02/2022
Ambillah sumber protein yang pelbagai. Pilihlah sumber ikan dalam hidangan seharian kerana ikan mengandungi lemak yang lebih rendah berbanding daging merah. Selain itu, ia mempunyai kandungan yang sangat penting iaitu omega 3 dan sumber mineral yang lain. Antara manfaat omega 3 adalah membantu meningkatkan memori, mengurangkan keradangan dan baik untuk kesihatan jantung.
Oleh itu, makanlah ikan mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia 2020 iaitu sebanyak 1 sajian sehari.
Nutritionistkkm