25/04/2021
Ramadhan Terindah
Kali pertama saya hadiri ESQ training Level 1 pada awal 2019. Tamat Level 4 akhir 2019..deep sangat. Dalam training saya panjatkan doa pada Allah Ya Baari agar agendakan keluarga dan semua yang saya kenali dipilih untuk hadir Esq Training juga.
Akhir training ada juga terdengar peserta² share kisah² alumni terdahulu dilanda ujian setelah habis training Level 4 ni. Kecut perut. Seramnyer saya dengar.
2020, tahun yang sangat mencabar buat saya. Masa awal Covid19 saya dianugerahkan dengan ujian kesihatan dan sempat keluar masok hospital empat kali dan berakhir dengan operation.
Alhamdulillah, masa ni Esq NEW CHAPTER training dah go online. Seminggu selepas operasi, dalam keadaan sakit saya gagahkan diri recharge training online. Dan doa saya masa itu YA ALLAH MASOKAN RASA CINTA DALAM HATI KU KEPADAMU.
Seminggu selepas New Chapter online saya diuji p**a dengan hubungan rumahtangga. Terimbas akan doa saya masa training lepas.
Mungkin ini ujian Allah pada saya yang inginkan Cinta dalam hati kepadaNYA.
Benar ke engkau mencintai NYA su? Atau engkau lebih mencintai pasangan mu?
Perit, pedih, sakit nak menerima kenyataan. Rasanya hati remuk tak dapat digambarkan dengan kata².
Hanya ilmu yang saya pelajari dari , , , menjadi peringatan. Betapa luasnya rahmat dan kasih sayangnya Allah.
October 2020, sekali lagi saya recharge dan paksa suami join sekali. Seterusnya suami selesaikan semua training² ESQ.
Ramadhan 2021 New Chapter datang lagi. Alhamdulillah hari ini selesai sudah dua hari training. Disisi saya, sebelah kanan mak dan sebelah kiri p**a suami.
Bila dah tahu siapa kita
Dimana kita dan
Mahu kemana kita
Inshaa Allah ujian lebih mudah dilalui.
Terima kasih Allah untuk Ramadhan yang terindah ini.