Ernee scarves

Ernee scarves Jamu Tun Teja
Elegant Whitening Emulsion
Scarves

Marhaban Ya Ramadan.Bulan suci lagi mulia, Lapangkan dada dan mohon keampunan sesama sahabat dan saudara. Mudahan Allah ...
11/03/2024

Marhaban Ya Ramadan.
Bulan suci lagi mulia,
Lapangkan dada dan mohon keampunan sesama sahabat dan saudara. Mudahan Allah berkati dan pelihara iman kita sepanjang Ramadhan ini.

Amin Ya Rabb

Erny
Ambassador Telekung Hiqmah

Bawa semangat baru dalam setiap sujud. Bawa kekhusyukan mendalam dalam setiap bacaan doa.Bawa kebergantungan sepenuhnya ...
02/11/2023

Bawa semangat baru dalam setiap sujud.
Bawa kekhusyukan mendalam dalam setiap bacaan doa.
Bawa kebergantungan sepenuhnya pada Maha Pencipta ketika dalam solat.

Tukar telekung baru untuk solat yang lebih nyaman dan selesa.

Inilah masa sesuai untuk tukar telekung lama kepada telekung baru dari Telekung Hiqmah.

Cantik sungguh tau warna-warna baru ni, tersangatlah memikat hati.

Esok launching warna ni, tapi sangat limited.

PM cepat cepat jangan lambat, ada harga promosi 🫢

Telekung Nur Travelite Series =======Fabric : Nylon Korea ( Super Quality ) Weight : 185 gram +-βœ… kain ringan & lightwei...
24/08/2023

Telekung Nur Travelite Series
=======

Fabric : Nylon Korea ( Super Quality )
Weight : 185 gram +-

βœ… kain ringan & lightweight
βœ… walaupun nipis tapi tak jarang
βœ… datang dengan bag comel berzip
βœ… packaging yang compact - senang dibawa untuk keluar, healing, travel
βœ… jimat ruang, boleh letak dalam handbag kecil
βœ… size sebesar genggaman tangan
βœ… material nylon - water repellent ( kalis air )
βœ… tahan lasak, tak mudah koyak
βœ… bahagian muka lycra - selesa & sesuai untuk semua size muka
βœ… ada tali ikat di belakang untuk adjust keselesaan bentuk muka
βœ… labuh seperti telekung biasa

Siapa Nak?

Boleh la DM saya ☺️

Salam sahabat,Hari Jumaat adalah hari yang mulia dan ia juga mempunyai banyak keistimewaan, kemuliaan dan kelebihan berb...
10/03/2023

Salam sahabat,

Hari Jumaat adalah hari yang mulia dan ia juga mempunyai banyak keistimewaan, kemuliaan dan kelebihan berbanding hari-hari yang lain.

Untuk itu, kita sebagai seorang muslim samada lelaki atau wanita perlulah mengambil berat berkaitan perkara ini.

Semoga Allah SWT memberi kesempatan serta mengurniakan kita waktu-waktu yang istimewa seperti ini kepada kita. Amin.

Moga bermanfaat ❀️

ErnyFandi πŸ’•



Kita selalu risaukan musuh yang nyata dan memberikan kesakitan fizikal kepada kita. Tetapi selalu kita tertinggal member...
24/09/2022

Kita selalu risaukan musuh yang nyata dan memberikan kesakitan fizikal kepada kita. Tetapi selalu kita tertinggal memberikan perhatian pada musuh yang tersembunyi tetapi dekat dengan kita.

Dunia kita genggam seakan esok masih lagi kita punya
Syaitan diikuti walaupun berulang kali diingatkan mereka adalah musuh yang nyata.

Nafsu itu selalu memberi keindahan yang sementara namun gagah juga kita kumpul.

Jangan disimpan Musuh yang tersorok tetapi seakan memeluk kita ini. Biarkan musuh itu duduk disatu sudut kehidupan kita sebagai satu signal kita perlu berpaling.

Dan mohon pada Allah SWT agar sentiasa kita diberikan petunjuk kerana Allah itu sentiasa memberikan petunjuk yang benar hanya kita sahaja yang tidak dapat mengerti signal Allah yang hebat itu.

Wallahu'alam

Erny Fandi

Dah berhari-hari fikir nak cari hadiah buat tersayang?  Dah! Jangan pening-pening sebab TELEKUNG ADALAH HADIAH YANG PALI...
19/09/2022

Dah berhari-hari fikir nak cari hadiah buat tersayang?

Dah! Jangan pening-pening sebab TELEKUNG ADALAH HADIAH YANG PALING SENANG ORANG JATUH CINTA πŸ’–

Insya Allah, kita pun akan mendapat ganjarannya (In Shaa Allah). Yang dapat hadiah gembira, yang memberi dapat pahala. Allahu… indahnya!

Saya ada 2 warna instock jika berminat sila la DM saya πŸ’•


Ada rancangan nak cari hadiah buat orang tersayang? Tapi tak sure apa yang nak dijadikan hadiah?Jangan resah lagi. Hadia...
29/08/2022

Ada rancangan nak cari hadiah buat orang tersayang? Tapi tak sure apa yang nak dijadikan hadiah?

Jangan resah lagi. Hadiahkan lah telekung Hiqmah. Hadiah teristimewa untuk yang teristimewa.

Hadiah telekung lagi bermakna kerana bukan saja dapat menggembirakan si penerima, kita pun dapat tumpang pahala sekali insyallah.

Jom dapatkan telekung Hiqmah. Nak tambah kotak hadiah dan ucapan pun ada disediakan. Sangat mudah, kan☺️


Ladies, Good news!! We are having merdeka sales. Get urs now!
29/08/2022

Ladies,

Good news!! We are having merdeka sales.

Get urs now!



Tiada siapa dalam dunia ini dapat menjamin rezeki yang bakal dimiliki. Sedangkan walau nasi sudah didalam mulut kita pun...
29/08/2022

Tiada siapa dalam dunia ini dapat menjamin rezeki yang bakal dimiliki. Sedangkan walau nasi sudah didalam mulut kita pun jika Allah SWT sudah takdirkan nasi itu jatuh dan menjadi milik semut yang berkeliaran pun, itu semua sudah menjadi ketentuan Allah.

Rahsia rezeki itu banyak atau sedikit, itu adalah rahsia Allah SWT.

Cuma sudah diberitahu bahawa apabila kita bersyukur dengan nikmat Allah maka Allah akan tambahkan lagi.

Maka penawar bagi kurangnya rezeki selain berdoa, bersyukur dahulu dengan yang sedikit supaya apabila yang banyak mendatang kita akan mudah bersyukur dan menghargai.

Begitulah.

Erny Fandi


As'salamualaikum Dunia Akhir Zaman ini banyak betul ujian. Kita takut betul bila kita tak dapat nak membezakan antara ya...
24/08/2022

As'salamualaikum

Dunia Akhir Zaman ini banyak betul ujian.

Kita takut betul bila kita tak dapat nak membezakan antara yang betul dan tidak. Sebab waktu sekarang ni semua pun nampak macam betul. Mana satu Halal, mana satu Haram? Kita pun tak pasti. Perbalahan dimana-mana sangat merisaukan

Itulah dia hal dan cabaran kita yang hidup di akhir zaman ini. Kita kalau boleh tak nak bersangka-sangka tapi kita tak tahu caranya.

Maka disitu kita ada senjata Muslim yang paling kuat iaitu doa yang ikhlas. Apabila dikiri, kanan, atas dan bawah semuanya susah nak percaya, ketahuilah bahawa Allah itu sangat dekat dengan kita dan tahu isi hati kita yang berbisik-bisik.

Maka gunakanlah senjata kita yang paling hebat ini. Berdoalah

Mintalah agar ditunjukkan kebenaran dan jalan yang lurus.

Allah swt itu Maha Pemberi. Minta pada Dia
InsyaAllah

Erny Fandi

Carilah masa untuk kita berbicara dengan pencipta kita dan luahkan segala isi hati kita melalui doa.Walaupun apa yang ki...
10/06/2022

Carilah masa untuk kita berbicara dengan pencipta kita dan luahkan segala isi hati kita melalui doa.

Walaupun apa yang kita fikir sudahpun Allah SWT ketahui, tetapi Allah SWT merindui rintihan kita dan doa-doa kita yang ikhlas. Allah SWT berasa malu apabila kita menadah tangan meminta kepada-Nya tetapi kita pulang dengan tangan kosong.

Begitu Allah SWT sangat s**a akan hamba yang meminta hanya kepadaNya sehingga Dia tidak akan biarkan kita pulang tanpa membawa balik sesuatu selepas berdoa.

Hari Jumaat yang penuh Barokah ini, kita panjatkan doa supaya kita sentiasa mendapat keredhaan Allah SWT dan semoga kita dapat masuk kedalam Syurga Allah dengan keredhaanNya.

Aamiin.

Erny Fandi


07/06/2022

Kita sering terkeliru tentang Ujian dan Musibah yang berlaku pada diri kita di dunia sarang ujian ini.

Benar. Dunia ini adalah tempat ujian bagi umat manusia yang melata di muka bumi ini. Hanya kita yang tidak sedar akan selalu merasakan nikmat yang sedikit atas kekaburan diri ini membezakan antara Ujian dan Musibah dari Allah.

Kita rasakan tidak cukup masa untuk solat itu satu ujian buat kita, tetapi mungkin itu adalah musibah akibat kealpaan kita atas kekayaan yang dikecapi

Ada waktu kita merasakan sakit itu satu musibah tetapi rupanya itu hadiah berupa ujian buat kita kerana seringkali kita akan mengingati Allah ketika sakit.

Maka jangan bersangka-sangka dengan pemberian Allah SWT.

Terima dengan hati yang terbuka dan bersyukurlah atas segala nikmat yang diterima nescaya janji Allah itu benar, akan ditambah lagi nikmat setiap kali kita ini bersyukur.

Wallahu'alam

Erny Fandi

Address

Woodlands Drive 53
Singapore

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ernee scarves posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share