ZivaZera

ZivaZera Authorized dealer for HAUS Cosmetics

GEL MOISTURISER UNTUK KULIT BERJERAWATBlood Orange Brightening Gel Moisturiser ini sangat sesuai untuk kulit wajah yang ...
01/12/2021

GEL MOISTURISER UNTUK KULIT BERJERAWAT

Blood Orange Brightening Gel Moisturiser ini sangat sesuai untuk kulit wajah yang berminyak atau berjerawat.
Gel moisturiser ini ialah 100% water based. Kandungan Seboclear MP yang dapat mematikan jerawat aktif dan mengawal minyak di muka.
Antaran kelebihannya ialah:-
✔️Mematikan kuman yang aktif
✔️Mengawal pengeluaran sebum
✔️Anti aging
✔️Anti kedutan
✔️Mencerahkan kulit kusam

Water based gel moisturiser, mudah serap dan memberikan kelembapan yang maksima.

Pada masa yang sama boleh merawat masalah kulit berminyak, berjerawat dan kusam.

Kandungan Hyaluronic Acid (HA) dan Blood Orange dalam moisturiser membantu melembapkan dan menegangkan kulit wajah.

Bila dah banyak blood orange tu, lebih cepat cerah kulit, lebih cepat hilang parut jerawat dan paling penting lebih cepat kulit sihat

Tiada yang mustahil ke arah kulit idaman.



Mana satu lebih sesuai untuk kulit berjerawat? Gel atau Cream? Kulit sebenarnya mempunyai sistem pelembap tersendiri yan...
01/12/2021

Mana satu lebih sesuai untuk kulit berjerawat? Gel atau Cream?

Kulit sebenarnya mempunyai sistem pelembap tersendiri yang semula jadi di mana ia menghasilkan sebum yang bukan hanya berfungsi sebagai melembapkan kulit malah berperanan melindunginya.

Malangnya, apabila anda semakin tua struktur kulit kita akan rosak. Lapisan lipid dan protein dalam kulit anda beransur-ansur merosot yang membawa kepada kehilangan keanjalan.

Kebiasaanya mereka yang berhadapan dengan masalah kulit yang sentiasa berminyak, pelembapan mungkin perkara terakhir yang anda mahu lakukan. Matlamat utama adalah untuk membuang lebihan minyak, bukan menambah yang sedia ada. Betul?

Pemakaian pelembab akan membantu kulit mempertahankan kadar air dan mencegah kerosakan skin barrier yang mampu membuat keadaan kulit menjadi lebih buruk.

Walaubagaimanapun, kulit berminyak masih memerlukan lembapan dan jika anda melangkau pelembap, kelenjar minyak akan bekerja keras dan menghasilkan lebih banyak minyak.

Ramai antara kita yang mengalami kulit berminyak tidak menyedari bahawa mereka masih perlu melembapkan untuk memancu kesihatan kulit secara keseluruhan, tekstur dan penampilan kulit mereka.

Untuk kulit berminyak, dan terutamanya mereka yang mengalami kulit berjerawat, adalah penting untuk mencari pelembap yang dilabel sebagai bebas minyak atau tidak- komedogenik. Pemilihan moisturiser haruslah yang mempunyai tekstur ringan dan mempunyai bahan bahan humectant.

Banyak pelembap mengandungi pelindung matahari, antioksidan, dan anti-pencemar untuk penghalang pelindung tambahan

Anda perlu menggunakan pelembap dengan kerap, tidak kira jenis kulit anda. Yang pentingnya terletak pada mencari formula yang sesuai untuk anda, terutamanya jika anda mempunyai kulit berminyak.



Saya Ingatkan…Penjagaan kulit ni bukan hanya tahu tentang produk dan guna produk. Malah ianya lebih dari itu. Malah ada ...
24/11/2021

Saya Ingatkan…

Penjagaan kulit ni bukan hanya tahu tentang produk dan guna produk. Malah ianya lebih dari itu. Malah ada antara kita langsung tidak ambil peduli tentang penjagaan kulit ni. 😱

No no no! Kita tak boleh ambil ringan ye. Kulit kita mahal dik. Jadi kena jaga baik-baik.

Sedikit tips penjagaan kulit yang betul dan menyeluruh untuk korang.

💃🏻 Ilmu tentang penggunaan sesuatu produk sangat bagus dan berguna untuk kita tapi sayang kalau kita tak gunakannya secara konsisten. Jadikan ia habit!

💃🏻 Tidur yang cukup sangat penting ya! Semasa tidur, kulit akan menghasilkan collagen dan merawat kerosakan kulit akibat UV exposure, kurangkan kedutan dan tanda penuaan.

💃🏻 Tidur yang sihat adalah 6-8 jam sehari dan seeloknya tidur dari pukul 10 malam. Kurang waktu tidur akan buatkan hormon stress meningkat kan menyebabkan inflamasi, breakout dan eczema.

💃🏻 Exercise juga penting! Ia membantu improve pengaliran darah dan membekalkan oksigen dan nutrient yang cukup untuk kulit yang sihat.

💃🏻 Pastikan makan makanan yang sihat dan amalkan diet yang seimbang. Kurangkan makan fastfood ya.

Rugi je kita guna skincare yang berkualiti dan mahal tapi kita tak jaga perkara yang lain yang buatkan kulit kita tak dapat nak absorb nutrients dengan baik.

Let’s change for a healthy skin today!

Serum vs Moisturizer Kedua-duanya memainkan peranan penting terhadap kulit wajah. Serum adalah produk kategori rawatan y...
20/11/2021

Serum vs Moisturizer

Kedua-duanya memainkan peranan penting terhadap kulit wajah. Serum adalah produk kategori rawatan yang biasanya digunakan selepas essence dan sebelum pelembap. Serum berfungsi untuk merawat masalah kulit yang spesifik menggunakan bahan-bahan yang ada di dalam serum tersebut.

Serum bersifat ringan dan berupaya menembusi ke dalam kulit untuk menghantar bahan aktif yang ada di dalamnya.

Penggunaan pelembap secara konsisten membantu meningkatkan fungsi lapisan bawah kulit. Sepertimana yang kita ketahui pelembap juga berfungsi sebagai “pelindung” dari gangguan luaran pada kulit seperti pencemaran, pendedahan kepada bahan kimia, habuk, dan sebagainya.

Fungsi pelembap jika digunakan setiap hari secara konsisten dapat mengurangkan masalah kulit kering. Bagi memaksimumkan hasil manfaat dari pelembap, sapukan produk ke wajah dengan gerakan mengurut. Pergerakan ini bagus untuk peredaran darah di bawah permukaan kulit yang dapat merangsang pertumbuhan semula sel kulit dan sekaligus menjadikan wajah kelihatan awet muda.



5 KESAN BURUK ABAIKAN PENJAGAAN KULIT 1. PEMBIAKAN BAKTERIA Tanpa sedar anda kerap kali atau sepanjang hari menyentuh ku...
19/11/2021

5 KESAN BURUK ABAIKAN PENJAGAAN KULIT

1. PEMBIAKAN BAKTERIA

Tanpa sedar anda kerap kali atau sepanjang hari menyentuh kulit wajah. Ia membuat wajah anda menjadi salah satu bahagian yang paling kotor. Ia sangat penting untuk membersihkan wajah anda untuk mengelak penyebaran bakteria penyebab jerawat yang boleh memburukkan lagi cela pada keseluruhan wajah.

2. MUNCULNYA JERAWAT

Mencuci wajah anda pada waktu malam akan mengurangkan penghasilan bakteria ke liang-liang kulit yang boleh menyebabkan jerawat. Ini bermakna anda boleh menghindari munculnya jerawat di wajah.

3. PENGHASILAN TISU BARU TERGANGGU

Pada waktu malam iaitu ketika tidur, kulit wajah akan melakukan proses pembaik pulih dengan sendirinya. Jadinya, adalah penting untuk exfoliate wajah anda agar kuit boleh membentuk tisu-tisu baru.

4. PROSES REGENERASI TERGANGGU

Ketika tidur akan berlaku proses ‘regenerasi’ pada kulit wajah. Untuk kesan anti-penuaan terbaik, cuci wajah anda dengan pencuci lembut bebas sulfat atau gel pembersih AHA/BHA dan menggunakan serum atau pelembab berprestasi tinggi.

5. KULIT MENJADI KERING

Penjagaan kulit bertujuan untuk mengekalkan kelembapan kulit wajah. Jadi, cuci wajah anda dan kemudian sapukan pelembap sebelum tidur untuk memastikan kulit sentiasa lembap dan hidrat.



7 Cara Nak Tahu Produk Skincare Serasi Atau TidakExcited nak guna produk yang viral dan baru keluar di pasaran? Hati-hat...
17/11/2021

7 Cara Nak Tahu Produk Skincare Serasi Atau Tidak
Excited nak guna produk yang viral dan baru keluar di pasaran?

Hati-hati kerana Bukan semua produk sesuai dengan kulit kita. Check bahan, kebaikkan dan halal sesuatu produk tu.

Antara tanda macam mana kita boleh tahu produk tu sesuai atau tidak dengan kita:

👻 Rasa pedih dan panas

Selalunya permulaan penggunaan mungkin ada rasa sedikit pedih bergantung kepada interaksi bahan dan keadaan kulit. NAMUN jika ianya berterusan rasa pedih dan panas, sila berhenti menggunakannya.

👻 Kulit jadi gatal-gatal

Cuba perhatikan jika kulit jadi gatal-gatal dan tidak selesa. Ada kemungkinan produk tersebut tidak sesuai dengan anda.

Berhentikan penggunaan dan dapatkan nasihat doktor atau pakar.

👻 Kulit menjadi kemerah-merahan

Mungkin ada bahan yang menyebabkan iritasi pada kulit dan kulit menjadi kemerah-merahan. Lebih teruk ia buatkan kulit rasa terbakar dan menjadi gelap.

👻 Kulit menjadi lebih kering

Kulit menjadi lebih kasar malah boleh mengelupas. Ia akan membuatkan kulit terasa perit dan gatal.

Tinggalkan sebelum melarat.

👻 Mata Merah dan Berair

Ini lebih kepada penggunaan produk untuk mata. Jika digunakan membuatkan mata kita pedih, merah dan berair.

Jika berlaku simptom ini, hentikan penggunaan produk tersebut.

👻 Bibir Kering dan Merekah

Bibir merupakan kulit paling nipis dan sensitif. Jika tersalah guna produk ia akan cepat merasa kering dan menyebabkan pecah dan luka.

👻 Naik Jerawat

Penggunaan produk yang salah boleh menyebabkan kenaikkan jerawat yang luar biasa.

Namun jangan terkeliru antara jerawat purging dan breakout.



Ini adalah antara bahan2 terlarang yang selalu diletakkan di dalam produk skincare. Cuba tilik satu2 kesan dan bahaya di...
16/11/2021

Ini adalah antara bahan2 terlarang yang selalu diletakkan di dalam produk skincare. Cuba tilik satu2 kesan dan bahaya dia tu.

Jadi semak dulu sebelum beli. Elakkan produk beracun.



Jerawat muncul kesan dari salah guna produk?Rata-rata zaman sekarang, kebanyakan wanita mengalami masalah jerawat diseba...
16/11/2021

Jerawat muncul kesan dari salah guna produk?

Rata-rata zaman sekarang, kebanyakan wanita mengalami masalah jerawat disebabkan oleh salah guna produk yang mengandungi bahan kimia yang tinggi.

Kerana apa? Kerana lambakan produk yang boleh beri kesan glass skin yang cepat padahal mengandungi bahan2 terlarang.

Merkuri adalah salah satu bahan popular untuk mencerahkan kulit. Sebab merkuri sangat power menghalang pembentukan melanin sehingga kulit nampak cerah dalam waktu yang singkat.

Walaupun kesannya sangat cepat, namun lama-kelamaan kulit wajah mula rosak. Ada yang berjerawat teruk, ada yang biru kehitaman,kusam dan jeragat yang banyak. Kesan dalaman pulak boleh jadi kanser dan masalah buah pinggang. Scary nyer 🥴

Stop lah segera, biar lambat asal selamat ✌️



Haii...💕
18/10/2021

Haii...💕



16/10/2021

Jeragat Oh Jeragat..

Kisah jeragat ni bukan kisah yang boleh di ambil mudah.. kisah yang mengambil masa bertahun2 untuk timbul di permukaan..

Hari ni rasanya kulit muka kita mulus je.. tapi bila dah mula umur 40an kulit muka kusam dan mula naik tompokan jeragat.. kenapa ya?

Pasti ada penyelesaian untuk masalah ni kan..



11/10/2021

Antara faktor yang menyebabkan penghasilan melanin berlebihan dan terzahir sebagai jeragat di permukaan kulit adalah:

🌼 Hormon
🌼 Sinar UV
🌼 Keradangan (inflammation)
🌼 Penggunaan ubat-ubat tertentu

Macamana 4 ni boleh mencetus jeragat? Tungguuuu ...


Yakin pada diri sendiri..Kecantikan pasti lahir dari dalam..💕
09/10/2021

Yakin pada diri sendiri..
Kecantikan pasti lahir dari dalam..💕


Address

Lot 1800B, Jalan Kampung Pondok,

01000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ZivaZera posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to ZivaZera:

  • Want your business to be the top-listed Health & Beauty Business?

Share