26/08/2026
๐ฃ๐๐๐๐๐จ๐ฅ๐๐ก ๐ฆ๐๐๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ ๐๐ก๐๐๐๐ก, ๐๐ ๐ฃ๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐ ๐๐๐ข๐ก๐ข๐ ๐ ๐ง๐๐ ๐ฃ๐๐ง๐๐ก
Invest Kedah Berhad telah menyertai SG4 Round Table Discussion on Malaysian SMEs yang membincangkan tajuk, โAre Malaysian SMEs Capable of Facing the Challenges Posed by the Influx of Foreign Investment and Intensifying Global Competition?โ yang berlangsung pada 24 Ogos 2026 di Kuala Lumpur.
Sesi ini turut disertai oleh YB Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah, Pengerusi SG4 Group Sdn. Bhd. merangkap Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi serta Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Kedah, yang menyampaikan ucapan pembukaan bagi sesi meja bulat tersebut.
Perbincangan meja bulat ini menghimpunkan wakil daripada pelbagai pihak berkepentingan termasuk MIDA (Bahagian Pelaburan Domestik), Federation of Malaysian Manufacturers (FMM), INCEIF University, Maybank, Hong Leong Islamic Bank, CIMB Islamic, EXIM Bank Malaysia, serta agensi pembangunan ekonomi negeri iaitu Invest Kedah Berhad, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs).
Mewakili Invest Kedah Berhad, En. Noor Ikhsan Abdul Aziz, Ketua Pegawai Operasi, berkongsi perspektif Invest Kedah mengenai peranan agensi penggalakan pelaburan dalam memastikan kemasukan pelaburan asing (FI) turut membuka ruang dan peluang kepada syarikat serta PKS tempatan.
Bagi Invest Kedah, usaha menarik pelaburan hanyalah permulaan. Peranan ini diteruskan melalui pendekatan โAttract, Facilitate & Connectโ โ menarik pelaburan berkualiti, memudah cara pelaksanaan projek serta menghubungkan keperluan pelabur dengan syarikat tempatan, penyedia penyelesaian dan bakat yang berkeupayaan.
Antara contoh yang diketengahkan ialah usaha menghubungkan keupayaan syarikat tempatan dengan peluang dalam rantaian bekalan pembuatan, penyelesaian tenaga hijau dan sumber tenaga kerja terlatih.
Pada masa sama, cabaran sebenar bukan sekadar mewujudkan hubungan atau business matching, tetapi memastikan hubungan tersebut dapat diterjemahkan kepada kerjasama komersial yang berdaya maju dan mampan. Ini memerlukan syarikat tempatan memenuhi keperluan MNC dari aspek spesifikasi teknikal, kualiti, pensijilan, kapasiti, harga, kebolehpercayaan dan penghantaran.
Invest Kedah akan terus memperkukuh kerjasama bersama pelabur, agensi kerajaan, persatuan industri, institusi kewangan, universiti, institusi TVET dan pemain industri bagi meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dalam ekosistem pelaburan negeri.
Kejayaan FDI bukan hanya diukur melalui nilai pelaburan yang dibawa masuk, tetapi juga melalui pekerjaan yang diwujudkan, penggunaan tenaga kerja tempatan, perolehan tempatan, pembangunan vendor, pemindahan teknologi dan kemahiran serta nilai ekonomi yang dapat dikekalkan di Kedah.
Invest Kedah โ Your Investment Partner in Kedah.