Hospital Raja Perempuan Zainab II - RASMI

Hospital Raja Perempuan Zainab II - RASMI Facebook Rasmi Hospital Raja Perempuan Zainab II

๐Ÿ’™ ๐’๐„๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ-๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐๐„๐๐†๐‡๐€๐‘๐†๐€๐€๐ ๐๐”๐€๐“ ๐Ž๐™๐„๐‹ ๐‰๐„๐–๐„๐‹๐‹๐„๐‘๐˜ (๐Œ) ๐’๐ƒ๐. ๐๐‡๐ƒ. ๐Ÿ’™Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) merakamkan ...
02/09/2026

๐Ÿ’™ ๐’๐„๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ-๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐๐„๐๐†๐‡๐€๐‘๐†๐€๐€๐ ๐๐”๐€๐“ ๐Ž๐™๐„๐‹ ๐‰๐„๐–๐„๐‹๐‹๐„๐‘๐˜ (๐Œ) ๐’๐ƒ๐. ๐๐‡๐ƒ. ๐Ÿ’™

Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ozel Jewellery (M) Sdn. Bhd. atas sumbangan lampin pakai buang dewasa kepada pihak hospital.

Sumbangan ini amat bermakna dalam membantu memenuhi keperluan pesakit serta menyokong kelancaran penyampaian perkhidmatan di HRPZ II. Semoga keprihatinan dan kemurahan hati pihak Ozel Jewellery (M) Sdn. Bhd. terus menjadi inspirasi kepada lebih banyak pihak untuk bersama-sama menyumbang kepada kesejahteraan pesakit dan komuniti.

Turut hadir dalam sesi penyerahan sumbangan ialah YBrs. Dr. Aminah Rusmin binti Mohamad Ghazali, Timbalan Pengarah Perubatan II, dan YBrs. Dr. Norhana binti Mohamed Fadzil, Timbalan Pengarah Perubatan III, Penyelia Jururawat HRPZ II serta wakil daripada Ozel Jewellery (M) Sdn. Bhd.

Terima kasih atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan kepada HRPZ II. ๐Ÿค

๐ŸŒท ๐๐„๐๐†๐‡๐€๐‘๐†๐€๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐”๐‚๐€๐๐€๐ ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐ŸŒทHospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) merakamkan setinggi-tinggi penghargaa...
02/09/2026

๐ŸŒท ๐๐„๐๐†๐‡๐€๐‘๐†๐€๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐”๐‚๐€๐๐€๐ ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐ŸŒท

Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ๐„๐ง๐œ๐ข๐ค ๐™๐ฎ๐ฅ๐ก๐ข๐ฅ๐ฆ๐ข ๐๐ข๐ง ๐ ๐‘๐š๐ฆ๐ฅ๐ž๐ž ๐๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐ ๐š atas sumbangan 2 buah Tongkat Empat Kaki (Foldable Walking Frame) kepada pihak hospital.

Sumbangan ini amat bermakna dan diharapkan dapat memberi manfaat serta membantu meningkatkan keselesaan dan mobiliti pesakit yang memerlukan.

Semoga segala jasa baik dan keprihatinan yang diberikan mendapat ganjaran serta keberkatan daripada Allah SWT.

๐“๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š ๐ค๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐š๐ญ๐š๐ฌ ๐ค๐ž๐ฉ๐ซ๐ข๐ก๐š๐ญ๐ข๐ง๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐ฌ๐จ๐ค๐จ๐ง๐ ๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐‡๐‘๐๐™ ๐ˆ๐ˆ ๐Ÿ’™

๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐๐š๐ฒ๐ข ๐Œ๐ž๐ซ๐๐ž๐ค๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿ‘ถ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ31 Ogos 2026 - Di sekitar program Sambutan Bayi Merdeka 2026 sempena sambutan Hari Kemerde...
31/08/2026

๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐๐š๐ฒ๐ข ๐Œ๐ž๐ซ๐๐ž๐ค๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿ‘ถ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

31 Ogos 2026 - Di sekitar program Sambutan Bayi Merdeka 2026 sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-69.

Pihak HRPZ II telah menerima sebanyak 8 kelahiran bayi merdeka iaitu lima lelaki dan tiga perempuan sehingga jam 9.00 pagi tadi. Pihak HRPZ II menerima kelahiran yang pertama pada jam 12.10 pagi, iaitu kelahiran bayi perempuan.

Program ini telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Izamin bin Idris, Pengarah HRPZ II. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Ahli Lembaga Pelawat Hospital Raja Perempuan Zainab II dan Bank Rakyat Cawangan Kota Bharu.

Di kesempatan ini, setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan oleh pihak HRPZ II kepada Ahli Lembaga Pelawat Hospital Raja Perempuan Zainab II, Bank Rakyat Cawangan Kota Bharu dan McDonalds Malaysia cawangan Kubang Kerian atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan Program Sambutan Bayi Merdeka 2026 ini.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒบ Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke - 69.
"Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati"

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ— ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พPengurusan Tertinggi dan seluruh warga Hospital Raja Perempuan Zainab II (H...
30/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ— ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta menghargai keamanan dan keharmonian yang kita kecapi.

Sebagai warga HRPZ II, kami bertekad untuk terus menabur bakti dengan penuh dedikasi dan semangat, memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

โ€œ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฃ๐š๐ก๐ญ๐ž๐ซ๐š๐š๐ง ๐ƒ๐ข๐ง๐ข๐ค๐ฆ๐š๐ญ๐ขโ€

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Jiwa Merdeka, Teguh Bersama. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Selamat Hari Kebangsaan Ke-69!




30/08/2026
โค๏ธ ๐‚๐Œ๐„: ๐๐ˆ๐‚๐€๐‘๐€ ๐‡๐€๐“๐ˆ, ๐–๐€๐‘๐ˆ๐’๐Š๐”, ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“๐ˆ ๐ˆ๐Š๐‘๐€๐‘๐Š๐” โค๏ธHospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) terus komited dalam meningka...
27/08/2026

โค๏ธ ๐‚๐Œ๐„: ๐๐ˆ๐‚๐€๐‘๐€ ๐‡๐€๐“๐ˆ, ๐–๐€๐‘๐ˆ๐’๐Š๐”, ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“๐ˆ ๐ˆ๐Š๐‘๐€๐‘๐Š๐” โค๏ธ

Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) terus komited dalam meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai pendermaan organ menerusi program CME โ€“ โ€œBicara Hati, Warisku, Hormati Ikrarkuโ€.

Program ini menjadi platform untuk membincangkan secara lebih dekat mengenai pendermaan organ, ikrar penderma serta peranan waris dalam menghormati hasrat dan keputusan yang telah dibuat oleh seseorang yang telah berikrar untuk menderma organ.

Sesi perkongsian ini telah dimoderatorkan oleh Yang Berusaha Dr. Azaharim bin Omar, Ketua Unit Perolehan Organ HRPZ II, bersama dua orang panel jemputan, iaitu Yang Berusaha En. Mohd Zain bin Daud dan Yang Berusaha Puan Hasmalina binti Hassan, yang berkongsi pandangan, pengalaman serta perspektif berkaitan isu pendermaan organ.

Pendermaan organ merupakan satu bentuk pengorbanan dan nilai kemanusiaan yang mampu memberikan sinar harapan serta peluang kehidupan baharu kepada mereka yang memerlukan. Setiap ikrar yang dibuat membawa makna yang besar, justeru komunikasi bersama keluarga amat penting agar hasrat tersebut diketahui dan difahami oleh waris.

๐Ÿ’š Bicara dengan hati, maklumkan kepada waris, hormati ikrar.

Semoga perkongsian ini dapat menyemarakkan kesedaran dalam kalangan warga HRPZ II dan masyarakat agar lebih terbuka untuk memahami serta berbincang mengenai pendermaan organ.

Kerana satu keputusan hari ini, mungkin menjadi harapan untuk sebuah kehidupan esok. โค๏ธ

๐Ÿšจ๐Ÿ”ฅ ๐…๐ˆ๐‘๐„ ๐ƒ๐‘๐ˆ๐‹๐‹ ๐ƒ๐ˆ ๐ˆ๐‚๐” ๐ˆ๐๐“๐€๐, ๐‡๐‘๐๐™ ๐ˆ๐ˆ ๐Ÿ”ฅ๐ŸšจHospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) telah melaksanakan Fire Drill di Unit ...
27/08/2026

๐Ÿšจ๐Ÿ”ฅ ๐…๐ˆ๐‘๐„ ๐ƒ๐‘๐ˆ๐‹๐‹ ๐ƒ๐ˆ ๐ˆ๐‚๐” ๐ˆ๐๐“๐€๐, ๐‡๐‘๐๐™ ๐ˆ๐ˆ ๐Ÿ”ฅ๐Ÿšจ

Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) telah melaksanakan Fire Drill di Unit Rawatan Rapi (ICU) INTAN sebagai langkah memperkukuh tahap kesiapsiagaan warga hospital dalam menghadapi situasi kecemasan, khususnya insiden kebakaran.

Latihan ini turut mendapat kerjasama dan sokongan yang hebat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM). Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas komitmen, kepakaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang latihan berlangsung.

Turut hadir menyaksikan latihan ialah Pengarah HRPZ II, YBrs. Dr. Izamin bin Idris dan Timbalan Pengarah Pengurusan, YBrs. En. Saharuddin bin Mohd Kia.

Ucapan penghargaan turut ditujukan kepada Ketua Jabatan Anestesiologi, YBhg. Datoโ€™ Dr. Wan Nasrudin bin Wan Ismail, atas kerjasama dan komitmen hebat dalam menjayakan pelaksanaan latihan ini.

Tidak dilupakan, syabas dan tahniah buat pasukan OKK HRPZ II yang turut memberikan komitmen dan kerjasama yang sangat baik sepanjang latihan dilaksanakan. Penglibatan serta tindakan pantas semua anggota amat penting dalam memastikan setiap prosedur kecemasan dapat dilaksanakan dengan cekap dan teratur.

Alhamdulillah, keseluruhan latihan berjalan dengan lancar dan teratur hasil kerjasama erat semua pihak yang terlibat. ๐Ÿ’ช๐Ÿป

Latihan seumpama ini amat penting bagi memastikan warga hospital sentiasa bersedia, cekap dan tenang dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan, demi menjamin keselamatan pesakit, waris dan warga kerja HRPZ II.

๐Ÿš’๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€โš•๏ธ๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€๐Ÿš’ Kesiapsiagaan Diperkasa, Keselamatan Diutamakan!

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐€๐‚๐€๐‘๐€ ๐’๐ˆ๐Œ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐Š ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ (๐‡๐Š๐‡๐Œ) ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ— ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐‡๐‘๐๐™ ๐ˆ๐ˆ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSemangat patriotisme dan k...
27/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐€๐‚๐€๐‘๐€ ๐’๐ˆ๐Œ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐Š ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ (๐‡๐Š๐‡๐Œ) ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ— ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐‡๐‘๐๐™ ๐ˆ๐ˆ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Semangat patriotisme dan kecintaan kepada tanah air terus disemarakkan dalam kalangan warga Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) menerusi Acara Simbolik Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) Ke-69 Peringkat HRPZ II.

Acara simbolik ini menyaksikan sesi menandatangani banner sebagai tanda sokongan warga HRPZ II terhadap sambutan HKHM 2026, diikuti dengan pemasangan Jalur Gemilang pada kenderaan jabatan, termasuk ambulans, sebagai lambang semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara.

Turut hadir ialah Pengarah HRPZ II, YBrs. Dr. Izamin bin Idris, bersama barisan pengurusan HRPZ II iaitu Timbalan Pengarah Perubatan II, YBrs. Dr. Aminah Rusmin binti Mohamad Ghazali; Timbalan Pengarah Perubatan III, YBrs. Dr. Norhana binti Mohamed Fadzil; serta Timbalan Pengarah Pengurusan, YBrs. En. Saharuddin bin Mohd Kia.

Penglibatan warga kerja dalam acara ini mencerminkan semangat kebersamaan, perpaduan dan rasa cinta kepada tanah air, di samping menyemarakkan suasana bulan kemerdekaan dalam persekitaran hospital.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Ayuh kita kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga dan bersama-sama menyemarakkan semangat kemerdekaan!

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Ke-69!
Merdeka! Merdeka! Merdeka! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ




Address

Hospital Raja Perempuan Zainab II
Kota Bharu
15200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Raja Perempuan Zainab II - RASMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Hospital Raja Perempuan Zainab II - RASMI:

Shortcuts

Share