11/08/2026
๐๐๐ฆ๐ง๐๐ฉ๐๐ ๐๐๐๐จ๐๐๐ฌ๐๐๐ก ๐ข๐ฅ๐๐ก๐ ๐๐ฆ๐๐ ๐ฆ๐๐๐๐ก๐๐ข๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฟ
๐ 9 Ogos 2026 (Ahad) | Taman Tasik Milenium, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor
Alhamdulillah, Festival Kebudayaan Orang Asli Selangor 2026 bersempena Sambutan Hari Orang Asal Sedunia telah berlangsung dengan penuh meriah, menghimpunkan komuniti Orang Asli dari seluruh Selangor dalam sebuah perayaan yang sarat dengan budaya, tradisi dan warisan.
Festival ini melibatkan komuniti daripada 74 buah kampung Orang Asli di Selangor, merangkumi kira-kira 20,000 penduduk daripada tiga suku kaum iaitu Temuan, Semai dan Mahmeri.
Pelbagai aktiviti kebudayaan, pameran, pertandingan, sukaneka dan aktiviti komuniti bukan sahaja menghidupkan suasana festival, malah menjadi ruang untuk menghargai warisan, memperkukuh perpaduan serta merapatkan persefahaman antara komuniti Orang Asli dan masyarakat umum.
Majlis telah dirasmikan oleh YB Papparaidu Veraman, EXCO Hal Ehwal Orang Asli, yang turut menyatakan hasrat agar festival ini terus menjadi acara tahunan dan dianjurkan secara bergilir melibatkan sembilan daerah di Selangor.
Turut hadir Encik Abdul Qayyum bin M. Suhaimi, Pengurus Besar YANIS, bagi menyantuni komuniti dan bersama-sama meraikan kepelbagaian budaya yang menjadi sebahagian daripada khazanah Selangor.
Bagi YANIS, setiap budaya mempunyai cerita, setiap warisan mempunyai nilai dan setiap komuniti wajar diraikan. Semoga festival ini terus menjadi wadah untuk memelihara warisan, memperkasa komuniti dan membina Selangor yang lebih inklusif. ๐
Raikan budaya. Hargai warisan. Perkasa komuniti. ๐ฟ