COMBI LMS

COMBI LMS Communication for Behavioural Impact (COMBI)

MESYUARAT JK COMBI PKDLMS BIL 1/2026 🦟💼​Alhamdulillah, telah selesai Mesyuarat Jawatankuasa COMBI Peringkat Pejabat Kesi...
08/05/2026

MESYUARAT JK COMBI PKDLMS BIL 1/2026 🦟💼

​Alhamdulillah, telah selesai Mesyuarat Jawatankuasa COMBI Peringkat Pejabat Kesihatan Daerah Larut, Matang dan Selama yang pertama bagi tahun 2026 yang dijalankan pada 5 Mei 2026 (Selasa) di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Taiping, Jalan Panggung Wayang. Mesyuarat ini menjadi titik tolak penting bagi penyelarasan aktiviti sukarelawan kita di lapangan.

​Antara fokus utama mesyuarat tersebut ialah:
✅ Lantikan JK Baharu: Tahniah kepada barisan jawatankuasa yang dimanahkan untuk meneruskan legasi kepimpinan bagi sesi 2026 - 2028.
✅ Geran MyCHAMPION: Perancangan rapi penggunaan geran 2025 yang telah berjaya diperolehi oleh COMBI Kamunting Jalan Stesyen demi manfaat komuniti.
✅ KPI MyCHAMPION: Memperkasakan 7 orang sukarelawan COMBI dalam mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) yang telah ditetapkan.
✅ Semakan Minit: Memastikan kesinambungan gerak kerja daripada mesyuarat Bil 3/2025 yang lalu.

Mesyuarat kali ini berjaya menghimpunkan kesemua 8 lokaliti COMBI yang telah dilatih bagi Daerah LMS iaitu:

1. COMBI Taman Kamunting Bakti
2. COMBI Kamunting Jalan Stesyen
3. COMBI Kampung Menteri
4. COMBI Bomba Sukarela Kuala Sepetang
5. COMBI Sungai Relong
6. COMBI Taman Kamunting Jaya
7. COMBI Taman Rakyat
8. COMBI Taman Lela

​Terima kasih juga kepada Unit Promosi Kesihatan PKDLMS selaku penyelaras COMBI dan semua sukarelawan atas komitmen yang tidak berbelah bahagi. Semoga mandat baharu ini membawa semangat baru dalam memerangi denggi di daerah kita!



COMBI PERAK
Pkdlms : Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama

PROGRAM SEJAHTERA KOMUNITI CUTI SEKOLAH 2.0 - 2025Persatuan Penduduk / COMBI Lokaliti Sg Relong  & Masjid Jamek Raja Mud...
23/12/2025

PROGRAM SEJAHTERA KOMUNITI CUTI SEKOLAH 2.0 - 2025

Persatuan Penduduk / COMBI Lokaliti Sg Relong & Masjid Jamek Raja Muda Musa Changkat Larah telah menganjurkan program serta aktiviti sempena cuti sekolah hujung tahun pada:

Tarikh : 21 Dis 2025 (Ahad)
Tempat : Masjid Jamek Raja Muda Muda Changkat Larah
Masa : 8.00 pagi - 12.30 tengahari

Aktiviti :

✂️ Majlis Berkhatan
🚚 Jualan Sejahtera Rakyat
✍️ Pertandingan Mewarna Kanak²
🩺 Pemeriksaan Kesihatan Percuma / COMBI lokaliti Sg Relong
🛝 Soopa Doopa Percuma

Pihak penganjur merakamkan penghargaan atas kehadiran Muslimin/Muslimat yang berjaya memeriahkan program kemasyarakatan di samping mengeratkan ukhuwah 🫰



23/12/2025

Moh Dengorkan Bual Bicara Fit Sihat di Saluran Radio Perak FM

Tarikh: 23 Disember 2025
Masa : 10.10 pagi

Address

Pejabat Kesihatan Daerah Larut, Matang Dan Selama, Aras 2, Wisma Persekutuan Taiping, Jalan Istana Larut
Taiping
34000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when COMBI LMS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to COMBI LMS:

Shortcuts

Share