Jabatan Farmasi HSNZ

Jabatan Farmasi HSNZ Akaun Rasmi Jabatan Farmasi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)

Dimaklumkan bahawa perkhidmatan Farmasi Discaj Hospital Sultanah Nur Zahirah telah berpindah semula ke Bangunan Utama.Se...
24/08/2026

Dimaklumkan bahawa perkhidmatan Farmasi Discaj Hospital Sultanah Nur Zahirah telah berpindah semula ke Bangunan Utama.

Sehubungan dengan itu, pembekalan ubat discaj bagi pesakit dari wad-wad Bangunan Utama akan dijalankan di Farmasi Discaj di Aras Bawah, Bangunan Utama mulai Isnin, 24.08.2026.

Waktu Operasi: 8 pagi hingga 9 malam, SETIAP HARI

Sila rujuk poster berikut untuk maklumat lanjut.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 09-6212121 sambungan 2405/2383 (Farmasi Discaj).

Sekian, terima kasih.

LAPORAN AKTIVITI | AUDIT DALAM AMALAN FARMASI (ADAF) NEGERI TERENGGANU KE JABATAN FARMASI HSNZ TAHUN 202618 Ogos 2026, K...
18/08/2026

LAPORAN AKTIVITI | AUDIT DALAM AMALAN FARMASI (ADAF) NEGERI TERENGGANU KE JABATAN FARMASI HSNZ TAHUN 2026

18 Ogos 2026, Kuala Terengganu - Jabatan Farmasi Hospital Sultanah Nur Zahirah telah menerima kunjungan pasukan Audit Dalam Amalan Farmasi (ADAF) Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu pada 18 Ogos 2026 bagi menilai tahap pematuhan terhadap prosedur, garis panduan dan peraturan yang sedang berkuat kuasa serta amalan di Jabatan Farmasi HSNZ. Audit ini telah dilaksanakan oleh barisan juruaudit yang berpengalaman seramai 11 orang diketuai oleh Pn. Rohayu binti Abdul Rahman@ Ramli, Pegawai Farmasi UF14 dari Hospital Kemaman.

Skop audit ini melibatkan penilaian Sistem Pengurusan Kualiti, Aktiviti Farmasi Logistik, Aktiviti Farmasi Ambulatori, Aktiviti Farmasi Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC), Aktiviti Farmasi Methadone, Aktiviti Penyediaan Farmaseutikal & Pembungkusan Semula, Pusat Maklumat Ubat, Aktiviti Perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal, Aktiviti Farmasi Pesakit Dalam dan Aktiviti Farmasi Wad.

Audit ini turut menilai tahap pematuhan terhadap piawaian amalan farmasi dan mengenal pasti ruang penambahbaikan kualiti perkhidmatan.

Semoga hasil audit ini dapat menjadi satu platform pembelajaran bersama ke arah penambahbaikan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan farmasi yang lebih efisien.

12/05/2026
LAWATAN KERJA BAHAGIAN AMALAN DAN PERKEMBANGAN FARMASI, KKM KE JABATAN FARMASI, HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH5 Mei 2026 ...
06/05/2026

LAWATAN KERJA BAHAGIAN AMALAN DAN PERKEMBANGAN FARMASI, KKM KE JABATAN FARMASI, HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH

5 Mei 2026 - Seramai 20 orang delegasi dari Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi, KKM yang diketuai oleh YBrs. Puan Zuhaini binti Mukrim, Pengarah Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi, telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Farmasi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Rombongan tersebut disambut oleh Puan Saidatul Akma, Ketua Jabatan Farmasi HSNZ bersama Ketua-ketua seksyen Farmasi HSNZ di Farmasi Logistik.

Program lawatan bermula dengan sesi fotografi antara warga Farmasi HSNZ dan ahli rombongan.

Peserta rombongan seterusnya dibawa melawat ke Farmasi Logistik, kemudian ke Farmasi Aseptik (TPN & CDR) dan berakhir di Farmasi Logistik. Sesi lawatan turut diiringi oleh ketua-ketua seksyen farmasi dan pengenalan ringkas mengenai perkhidmatan yang disediakan diberikan semasa lawatan.

Semoga lawatan ini menjadi pemangkin kepada usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan farmasi serta mengeratkan lagi jalinan kerjasama dan hubungan baik dalam perkhidmatan farmasi.

22/04/2026
Dimaklumkan bahawa Unit Farmasi Discaj Hospital Sultanah Nur Zahirah akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada p...
16/04/2026

Dimaklumkan bahawa Unit Farmasi Discaj Hospital Sultanah Nur Zahirah akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada pengubahsuaian yang akan dimulakan dalam masa terdekat.

Sehubungan dengan itu, pembekalan ubat discaj bagi wad-wad Bangunan Utama akan dijalankan di Farmasi PRIBA mulai 16 April 2026 (Khamis) sehingga projek siap.

Pesakit discaj (keluar wad) dari wad di Bangunan Utama diminta untuk mendapatkan ubat di Farmasi PRIBA.

Waktu Operasi: 8 pagi hingga 9 malam SETIAP HARI.

08/04/2026

๐—–๐—˜๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—จ๐—•๐—”๐—ง ๐—”๐—ก๐——๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—˜๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—ง๐—œ๐—ฃ๐—ฆ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ž๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ข๐—ž๐—ข๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿญ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Alhamdulillah, selesai sudah Program Kenali Ubat Anda yang merangkumi ceramah mengenai pengurusan ubat-ubatan yang betul di rumah dan edaran Meditips bersempena Program Kumpulan Sokongan Keluarga Siri 1 Tahun 2026 yang telah berlangsung di Kompleks Psikiatri Mentari, HSNZ pada hari Selasa, 7 April 2026.

Terima kasih kepada semua pesakit dan waris yang telah memberikan penyertaan yang sangat memberangsangkan. Program ini bertujuan memperkasakan ilmu ubat-ubatan dalam kalangan komuniti keluarga pesakit yang mendapatkan rawatan di Kompleks Psikiatri HSNZ.

Kami di Jabatan Farmasi HSNZ sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pesakit.

Jumpa lagi di program akan datang!











08/04/2026

Address

Hospital Sultanah Nur Zahirah
Kuala
20400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Farmasi HSNZ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Jabatan Farmasi HSNZ:

Shortcuts

Share