Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching

Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching "KAMI SEDIA MEMBANTU"

🌫️ Lindungi Paru-Paru Anda Semasa Jerebu⚠️ Apabila IPU tidak sihat atau lebih tinggi, elakkan aktiviti fizikal di luar. ...
01/09/2026

🌫️ Lindungi Paru-Paru Anda Semasa Jerebu

⚠️ Apabila IPU tidak sihat atau lebih tinggi, elakkan aktiviti fizikal di luar. 🏠 Pilih aktiviti di dalam rumah atau gimnasium yang mempunyai pengudaraan dan kualiti udara yang baik.

Kurangkan pendedahan. Lindungi diri, lindungi keluarga.

🚨 TREND IPU KUCHING TERUS MENINGKATπŸ“ Kuching, SarawakπŸ—“οΈ 1 September 2026 | 8:00 pagiBacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) K...
01/09/2026

🚨 TREND IPU KUCHING TERUS MENINGKAT

πŸ“ Kuching, Sarawak
πŸ—“οΈ 1 September 2026 | 8:00 pagi

Bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) Kuching telah mencapai 407, iaitu dalam kategori BERBAHAYA.

πŸ“ˆ Dalam tempoh 12 jam, bacaan meningkat:

πŸ”Ή 8:00 malam (31 Ogos): 381
πŸ”Ή 8:00 pagi (1 September): 407
πŸ”Ί Peningkatan +26 mata IPU (β‰ˆ6.8%)

Kenaikan berlaku secara berterusan sepanjang malam hingga pagi, dengan kenaikan paling ketara +4 mata antara 4:00 pagi hingga 5:00 pagi.

⚠️ Apabila IPU berada pada tahap BERBAHAYA, kurangkan pendedahan kepada udara luar.

πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Lindungi diri dan keluarga:
βœ… Kurangkan aktiviti di luar rumah
βœ… Elakkan aktiviti fizikal atau lasak di luar
βœ… Gunakan pelitup muka jika perlu berada di luar
βœ… Minum air secukupnya
βœ… Dapatkan rawatan sekiranya mengalami batuk, sesak nafas, sakit tekak atau mata pedih

Jangan ambil mudah keadaan jerebu. Lindungi paru-paru anda dan orang tersayang.

πŸ“Š Sumber: APIMS, Jabatan Alam Sekitar Malaysia (DOE)
πŸ“ Pemantauan: Stesen IPU Bandar Kuching, Sarawak
πŸ•— Kemaskini: 1 September 2026, 8:00 pagi

⚠️ AMARAN: KUALITI UDARA BERBAHAYA🚨 IPU KUCHING | 7:00 MALAMπŸ“… 31 Ogos 2026🌫️ IPU 379 – BERBAHAYA (>300)⚠️ Kurangkan akti...
31/08/2026

⚠️ AMARAN: KUALITI UDARA BERBAHAYA
🚨 IPU KUCHING | 7:00 MALAM
πŸ“… 31 Ogos 2026

🌫️ IPU 379 – BERBAHAYA (>300)

⚠️ Kurangkan aktiviti luar, tutup pintu & tingkap dan pakai pelitup muka jika perlu keluar.

🚨 Kenali tanda-tanda amaran akibat jerebu seperti batuk, sesak nafas, sakit dada, mata pedih atau sakit tekak. Dapatkan rawatan jika gejala berterusan atau semakin teruk.

Jaga diri, lindungi keluarga.

😷 N95 & JEREBUJerebu boleh menjejaskan kesihatan, terutama apabila kualiti udara berada pada tahap tinggi. Penggunaan N9...
31/08/2026

😷 N95 & JEREBU

Jerebu boleh menjejaskan kesihatan, terutama apabila kualiti udara berada pada tahap tinggi. Penggunaan N95 yang dipakai dengan betul dapat membantu mengurangkan pendedahan kepada zarah pencemar dalam udara.

βœ… Pastikan hidung, mulut dan dagu tertutup sepenuhnya
βœ… Pasang tali dan klip hidung dengan betul
βœ… Pastikan tiada kebocoran di tepi topeng
βœ… Elakkan misai/janggut yang mengganggu pengedapan
βœ… Tukar N95 jika kotor, rosak atau sukar bernafas

⚠️ N95 menapis zarah, tetapi tidak menapis gas atau wap kimia.

Pakai dengan betul. Lindungi diri. Kurangkan risiko kesihatan akibat jerebu.

⚠️ TANDA AMARAN KESIHATAN AKIBAT JEREBUπŸ“ Kuching, SarawakπŸ• 1:00 petang | 31 Ogos 2026πŸ”΄ IPU: 349 – BERBAHAYAJerebu pada t...
31/08/2026

⚠️ TANDA AMARAN KESIHATAN AKIBAT JEREBU

πŸ“ Kuching, Sarawak
πŸ• 1:00 petang | 31 Ogos 2026
πŸ”΄ IPU: 349 – BERBAHAYA

Jerebu pada tahap ini boleh memberi kesan kepada kesihatan. Peka terhadap tanda dan gejala seperti gatal tekak, batuk, sukar bernafas/sesak nafas, mata pedih dan berair, hidung berair serta kerap bersin, kulit gatal-gatal dan sakit dada.

πŸ›‘ Kurangkan pendedahan kepada jerebu.
😷 Pakai pelitup muka N95/KN95 jika perlu berada di luar.
πŸ’§ Minum air secukupnya dan lindungi golongan berisiko tinggi.

🚨 Dapatkan rawatan segera sekiranya mengalami sesak nafas, batuk berterusan, sakit dada atau gejala semakin teruk.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) – Info Sihat / Panduan Kesihatan untuk Anda; APIMS, Jabatan Alam Sekitar (DOE).

🌫️ ARAH ALIRAN UDARA & JEREBU DI KUCHINGπŸ“… 31 Ogos 2026Arah aliran udara menunjukkan pergerakan angin dari kawasan Kalima...
31/08/2026

🌫️ ARAH ALIRAN UDARA & JEREBU DI KUCHING
πŸ“… 31 Ogos 2026

Arah aliran udara menunjukkan pergerakan angin dari kawasan Kalimantan ke arah Sarawak, yang berpotensi membawa asap daripada kawasan kebakaran dan meningkatkan pencemaran udara di Kuching.

⚠️ Kurangkan aktiviti luar, gunakan pelitup muka N95/KN95 jika perlu dan lindungi golongan sensitif. Jika mengalami sesak nafas, batuk berterusan, sakit dada atau demam, dapatkan rawatan segera.

Kesihatan Anda, Tanggungjawab Bersama.

🚨 TREND IPU KUCHING | 30 OGOS 2026πŸ•– 7:00 malam: IPU 322 – SANGAT TIDAK SIHAT πŸ”΄πŸ“ˆ IPU menunjukkan trend peningkatan sepanj...
30/08/2026

🚨 TREND IPU KUCHING | 30 OGOS 2026

πŸ•– 7:00 malam: IPU 322 – SANGAT TIDAK SIHAT πŸ”΄
πŸ“ˆ IPU menunjukkan trend peningkatan sepanjang hari.

⚠️ Kurangkan aktiviti luar dan pendedahan kepada jerebu. Golongan sensitif perlu mengambil langkah berjaga-jaga.

😷 Jika perlu keluar, kurangkan tempoh pendedahan dan dapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala kesihatan.

Sumber: APIMS, Jabatan Alam Sekitar (DOE)

🚨 IPU SUDAH MELEBIHI 300 β€” KINI BERADA PADA TAHAP BERBAHAYABacaan IPU di Kuching kini mencecah 316 pada jam 3:26 petang,...
30/08/2026

🚨 IPU SUDAH MELEBIHI 300 β€” KINI BERADA PADA TAHAP BERBAHAYA

Bacaan IPU di Kuching kini mencecah 316 pada jam 3:26 petang, 30 Ogos 2026.

⚠️ Ini bukan lagi keadaan jerebu yang biasa. Apabila IPU melebihi 300, kualiti udara berada pada tahap BERBAHAYA dan pencemaran udara yang sangat tinggi boleh memberi kesan kepada kesihatan semua.

🏠 Seboleh-bolehnya berada di dalam bangunan atau rumah.
🚫 Kurangkan dan elakkan aktiviti fizikal di luar.
😷 Jika perlu berada di luar, gunakan pelitup muka yang sesuai.
πŸ’§ Minum air secukupnya.
🩺 Dapatkan rawatan segera jika mengalami gejala seperti batuk, sesak nafas, sakit dada atau mata pedih.

πŸ“’ Mohon orang ramai terus peka dan pantau perkembangan IPU dari semasa ke semasa.

IPU >300 = BERBAHAYA.
Jangan tunggu sehingga badan memberi amaran. Lindungi diri. Lindungi keluarga.

πŸ“ˆ IPU KUCHING SEMAKIN MENINGKATBacaan IPU menunjukkan trend peningkatan sepanjang hari.7:00 pagi: 2842:00 petang: 313Ini...
30/08/2026

πŸ“ˆ IPU KUCHING SEMAKIN MENINGKAT

Bacaan IPU menunjukkan trend peningkatan sepanjang hari.
7:00 pagi: 284
2:00 petang: 313

Ini bermakna keadaan kualiti udara perlu terus diberi perhatian.

πŸ‘€ Mohon orang ramai terus peka dan mengikuti perkembangan bacaan IPU dari semasa ke semasa.

Jangan hanya melihat keadaan udara secara visual. Semak bacaan IPU terkini dan ambil langkah yang sesuai untuk mengurangkan pendedahan kepada udara tercemar.

Pantau IPU. Peka dengan perubahan. Lindungi kesihatan.

Indeks Pencemar Udara (IPU)  Telah Melebilhi 300:BERBAHAYAApabila IPU berada pada tahap 301 hingga 500, kualiti udara be...
30/08/2026

Indeks Pencemar Udara (IPU)
Telah Melebilhi 300:

BERBAHAYA

Apabila IPU berada pada tahap 301 hingga 500, kualiti udara berada pada tahap berbahaya dan boleh menyebabkan kesan kesihatan yang lebih serius kepada orang awam, terutama golongan sensitif.

🌫️ Kurangkan aktiviti dan masa berada di luar.
😷 Jika perlu keluar, gunakan pelitup muka yang sesuai seperti N95/KN95.
🏠 Pastikan pintu dan tingkap ditutup bagi mengurangkan kemasukan asap.

Address

Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching
Kuching
93150

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082414542

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching:

Shortcuts

Share